Chapter 21 : Useless
PANDANGAN dibuang jauh ke luar tingkap yang menghadap sebuah tasik yang berhampiran dengan rumahnya. Sudah hampir seminggu dia seperti itu , kurang bercakap, lebih selesa bersendirian dan mengurungkan diri di dalam bilik.
Apa kurangnya saya, apa lebihnya dia?
Keluhan berat dilepaskan dan mata dipejam rapat. Kenapa perasaan ini harus wujud di dalam dirinya? Dia tidak mencintai gadis itu, mengapa dia perlu merasa kehilangan?
Because i know you need me
" No, i don't need you " gumamnya sendiri.
Kalau awak nak saya pergi lepas hari itu tiba, saya akan pergi.
" Kau betul betul dah pergi. Kau dah tinggalkan aku. Kau kata kau cintakan aku. Tapi kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa waktu aku perlukan pujukan kau, kau tak ada? " Wajah diraup kasar. Sah kau dah gila Zahir.
Pintu bilik lelaki itu dikuak oleh seseorang. Kakinya melangkah mendekati Zahir dan bahu lelaki itu disentuh perlahan.
" Sudahlah, dah tak guna kalau kau nak menyesal. Bukan ke kau tak suka dia? Kenapa kau nak kena meroyan pula? " Soal Nazhan sarkastik.
" Mana ada aku meroyan " nafinya.
" Dah lah tu Zahir , sekarang aku nak kau siap cepat. Aku nak bawak kau jumpa seseorang " Zahir menurut. Kaki melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
" Bro, aku tunggu dekat bawah! " Laung Nazhan kuat dan tak lama kemudian terdengar bunyi pintu ditutup.
Selesai sahaja membersihkan diri Zahir turun ke ruang makan di mana Nazhan dan yang lain sedang duduk dan menikmati sarapan pagi bersama.
" Zahir, come and join us " Ajak Dato Zulfikri apabila Zahir melintasi mereka.
" It's okey pa, Zahir dengan Naz nak keluar. Ada hal " Tolaknya dan terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam Audi A5 coupe milik nya.
" Sent location, aku gerak dulu " Nazham hanya mengangguk perlahan. Telefon pintarnya dikeluarkan dan terus menghantar location Sebuah cafe yang terletak ditengah tengah kota tersebut.
Kereta yang dipandu oleh Zahir hilang dari pandangan mata. Nazhan menggelengkan kepalanya perlahan. Biarlah lelaki itu berjumpa dengan 'seseorang' itu secara peribadi dan biarlah seseorang itu membuka mata dan hati Zahir supaya lelaki itu sedar akan kesilapannya.
KERETA yang dipandu oleh Zahir berhenti disebuah cafe . Mata melilau ke sekeliling mencari kereta milik Nazhan yang dari tadi tak kelihatan. Zahir menyedapkan hatinya , Mungkin dia yang memecut terlalu laju sehingga lelaki itu ketinggalan di belakang.
Kaki melangkah masuk dan memilih meja yang berada di sudut yang agak tersorok. Selesai memesan air , telefon dikeluarkan lalu menghantar pesanan ringkas kepada Nazhan , tak sampai beberapa minit ...
Ting.
' sorry bro , aku tak dapat datang. Tayar tiba tiba pancit. Ok tipu je , aku sengaja bagi kau space dengan dia untuk berbincang dan aku harap lepas kau dengar pengakuan dia kau akan sedar tantang kesilapan kau memilih Hanna berbanding dia ' – Naz
Zahir kemam bibir, dari awal dia sudah mengetahui perkara ini akan terjadi. It's okey. Just go with the flow.
" Sorry lambat " Kerusi dihadapannya tiba tiba ditarik oleh seseorang.
Wajah Zahir terus berubah dingin. Mengapa lelaki yang sudah dianggap seperti musuh itu berada dihadapannya? Sengaja ingin menyakitkan hatinya?
" Kau nak apa? Kalau nak sakitkan hati aku, lebih baik kau balik sebelum muka kau pecah aku kerjakan " bicara Zahir dingin bersama dengan wajah bekunya.
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...