18 |" Kau tak nak , Aku nak "

13.7K 716 83
                                    

[ MEDIA : ZAHIR ADHA ]

















Chapter 18 : “ Kau tak nak , aku nak ”

AISY menundukkan wajahnya apabila berhadapan dengan satu satunya lelaki yang dia cintai dan tiada gantinya.

Encik Iskandar hanya memandang sepi ke arah Aisy yang dari tadi mendiamkan diri dan menundukkan wajah daripada bertembung mata dengannya . Kepala digelengkan perlahan. Apa nak jadilah dengan kehidupan anak gadis Kesayangannya itu.

" Lama walid tak berborak dengan Aisy " Encik Iskandar bersuara.

" Maaf walid , sebab dah lama tak datang melawat umi dan walid. Aisy sibuk dengan kerja dekat office " tipu Aisy. Rasa bersalah menebal dihati kerana telah menipu walidnya.

" Aisy... " panggil lelaki itu seakan akan tahu yang dia cuba menyembunyikan sesuatu.

" Aisy tahu yang Aisy tak pandai menipu walid kan? Kalau kamu tak bagitahu pun walid tetap akan tahu, kamu ingat walid ni buta IT sangat ke? " ujar Encik Iskandar dalam nada bercanda.

" Maafkan Aisy walid " Aisy memohon maaf lagi .

" Kenapa tak berterus terang dengan kami? Kenapa Aisy diamkan masalah ini daripada pengetahuan umi dan walid? " soalan bertubi-tubi daripada encik Iskandar membuatkan Aisy sesak dada memikirkan jawapan .

" Aisy tak nak susahkan umi dan walid " ya, itu saja yang otaknya mampu keluarkan.

" Aisy tahukan masalah tak akan selesai kalau kita sendiri tak usaha untuk selesaikannya " Keluhan berat terbit di bibir kecil gadis itu.

" Tak ada apa lagi yang perlu diselesaikan walid, Zahir tetap dengan keputusannya dan Aisy redha jika ini adalah takdir yang sudah ditentukan oleh-NYA untuk Aisy " Encik Iskandar menggeleng lemah. Daif sungguh anak gadisnya ini.

" Aisy tak perlu berpura-pura kuat depan walid sayang. Walid tahu anak walid tak sekuat apa yang orang lain fikirkan " Aisy kemam bibir. Sebak mendengar tutur bicara walidnya.

Tiba tiba saja tubir mata terasa hangat.

" Aisy tak mahu nampak lemah dihadapan mereka terutamanya Zahir " lelaki itu mengeluh berat.

" Aisy tak perlu seksa diri sendiri sampai macam ni, kalau berpisah adalah yang terbaik buat kalian, umi dan walid redha dan sokong setiap keputusan yang terbaik untuk diri Aisy sendiri " Aisy memejamkan rapat matanya.

Kata kata Encik Iskandar membuatkan hatinya tersentuh. Melihatkan wajah yang penuh dengan kerisauan itu membuatkan dirinya berasa serba salah kerana membuatkan mereka bimbang terhadap dirinya.

" Kalau lah melupakan itu mudah Aisy yakin daripada awal perkahwinan lagi Aisy akan berhenti dan pergi " Puan Suraya dan Encik Iskandar berpandangan sesama mereka.

" Kenapa Aisy perlu pertahankan sedangkan Aisy tahu apa yang Aisy buat ni akan sakitkan hati dan perasaan Aisy sendiri? " Puan Suraya sudah mengalirkan air matanya. Aisy terpempan.

" Bukan niat Aisy nak buat umi menangis dan risaukan Aisy. Aisy sedar yang hubungan kami tak akan kemana tapi Aisy berharap yang buat masa sekarang semuanya akan okey walaupum sementara "

Dahi Puan Suraya dan Encik Iskandar berkerut kerut memandang ke arah anak gadis mereka. Mulut terkunci untuk berkata. Mereka kenal dengan prinsip kehidupan gadis itu.

‘ Mengalah dan Melepaskan adalah
pilihan terakhirnya ’

Untuk apa lagi kau pertahankan Cinta yang tak pernah wujud untuk kau Aisy Annara? Mengapa kau masih bersama dia walaupun bibirnya tak berhenti henti memanggil Hanna?

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now