Chapter 4 ; who is she
HAYLA bersiar siar di sekitar kawasan sekolahnya pada waktu rehat. Bermacam jenis aksi dan ragam pelajar yang dapat dilihatnya pada ketika itu.
" Hayla! " panggil seseorang. Hayla menoleh dan memandang ke arah si pemanggil itu terpinga pinga.
" Aku nampak ayah kau " katanya.
" yeke? Mana? " soal Hayla teruja. Sudah seminggu dia tidak bertemu dengan lelaki itu.
" Tuuu " bibir dimuncungkan ke arah Zahir yang sedang bersandar pada dinding hallway. Bibir Hayla mengukir senyuman. Dia rindukan lelaki itu.
Baru saja kaki Hayla hendak melangkah ke arah Zahir . Muncul seorang perempuan bersama seorang lagi lelaki yang cukup Hayla kenali . Serta merta langkah nya terhenti.
" Hayla, itu bukan mama kau kan? " sampuk rakannya. Hayla tidak membalas sebaliknya mata dan telinga hanya tertumpu pada mereka' .
Beberapa minit kemudian Zahir dan perempuan itu melangkah pergi sambil berpimpin tangan. Otak Hayla semakin bercelaru.
" Eh kau nak pergi mana " tegah satu suara.
" Aku cuma nak tahu siapa perempuan tadi " balas Hayla.
" Hayla kau sendiri tahu Naufal tu macam mana kan? " suara rakannya itu kedengaran seperti risau dan gusar.
" Deen , aku cuma nak tahu siapa perempuan tu. Relax , kau tunggu dekat hujung sana " Gadis bernama Deen itu akur dan berjalan menuju ke tempat yang diberitahu oleh Hayla tadi.
Kaki melangkah mendekati Naufal yang sedang berbual bersama rakan rakannya.
" Fal ,Fal! Dia datang! " suara sumbang Paan memecah kesunyian. Naufal memandang ke arah Hayla tajam.
" Siapa lelaki tadi tu? " Soal Hayla tanpa berselindung. Dia betul betul nak tahu apa hubungan babanya dan perempuan itu.
" Perempuan tu kakak aku, lelaki yang datang dengan dia tadi abang ipar aku , ada masalah? " Hayla kemam bibir. No way!
Kaki terus melangkah pergi meninggalkan mereka yang tercengang disitu. " dah kenapa minah tu? Gila? " masing masing mula melangkah masuk ke dalam kelas memandangkan waktu rehat sudahpun tamat .
ANGIN sepoi sepoi bahasa pagi itu menampar-nampar lembut wajahnya. Pemandangan di atas rooftop itu membuatkan hatinya berasa sedikit lega.
Buat pertama kalinya dia poteng kelas. Otak semakin serabut apabila memikirkan apa yang akan terjadi jika mamanya tahu yang dia sudah melanggar peraturan sekolah.
Rambut diramas kasar.
" Kau dah gila ke? Sekejap mengeluh, sekejap ramas rambut. Sakit otak aku tengok " Hayla tersentak. Pantas kepalanya ditolehkan ke belakang.
" Apa awak buat dekat sini! Stalk ke apa? " soal Hayla marah.
" For your information, ini port aku. Aku dah duduk dekat atas ni sebelum kau datang lagi " Hayla kemam bibir. Mesti dia nampak semua yang aku buat tadi...
" Ouh kau ke Annur Hayla? Kalau kau nak tahu Puan Rafidah dah cari kau satu sekolah tadi. Kecik kecik dah pandai ponteng kelas " Hayla mencebik. Sebok je laki ni !
Hayla malas mahu berlama disitu. Bingkas dia bangun dan berjalan ke pintu tangga. Namun dihalang oleh Naufal.
" Kenapa kau tanya pasal abang ipar aku tadi? " Mata Naufal memandang tajam ke dalam anak mata Hayla.
" kalau awak nak tahu lelaki tu ... ayah saya" bahu Naufal ditolak kasar. Pantas dia berlari keluar dari tempat itu.
" HAYLA Kau pergi mana? Kau tahu tak puan Fida cari kau macam perempuan gila tadi? Aku tak rasa dia akan berdiam diri je Hayla " beritahu Deen.
Hayla hanya membatu. Malas mahu menjawab, dia tahu yang jawapan nya itu akan mengudang bebelan panjang gadis di hadapannya .
" Dia... Ada perempuan lain " gumam Hayla perlahan.
" Dia? Siapa? "
" Ayah aku , dia dengan kakak Naufal nak kahwin " Deen tunjuk muka 'Whattttt theee.
" Seriously Hayla? Mana kau tahu? Dari Naufal ke? " Hayla tidak mengangguk ,tidak juga menggeleng. Mama you owe me explanation....
To Be Continued,
Dgn bebesar hatinya sis nak kasi double update, buttttt... 30 comment dulu heeee
Vote & comment ♥
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...