23 | Don't be scared

13.2K 649 50
                                    

Chapter 23 : Don't be scared

MATA melilau ke sekeliling apabila merasakan dirinya berada di satu tempat yang sangat berbeza. Pakaian yang berada ditubuhnya dipandang lama comforter tebal dan berat itu ditolak ke bawah dan kaki mula melangkah ke pintu.

" How many times do i have to tell you? Kenapa kau suka sangat bawak balik orang luar and tidur dalam rumah kita? Please Laura kita tak tahu apa niat dia. Buatnya dia nak buat jahat? " suara garau lelaki itu menyapa pendengaran Aisy.

Pintu bilik dikuak luas.

Seorang perempuan yang Aisy yakin dia adalah Laura kerana mendengar lelaki itu menyebutnya tadi merapatinya.

" Awak dah okey? " Soalnya perihatin. Lelaki tadi hanya menjeling Laura yang terlalu baik dengan ' orang luar ' yang dia bawa pulang ke rumah tanpa persetujuannya.

Aisy mengangguk perlahan.

" Bagus lah kalau kau dah sedar, aku nak sekarang jugak kau keluar dari rumah aku! Entah entah kau ni ada niat jahat dekat keluarga aku ke " Aisy menunduk apabila lelaki itu menghalaunya.

" Harry , apa kau ni! Dia baru sedar kot , mana sifat kemanusian kau " Laura menengking lelaki itu . Tak betah lagi dengan perangainya yang suka serkap jarang itu.

" Kak , tak apa. Saya akan keluar " Tangan Laura disentuh perlahan lalu memberikannya senyuman kelat.

" No-No-No awak jangan dengar cakap dia, this is my house , just ignore him. Please stay here for a while okey. Awak belum pulih lagi " Bicara Laura sambil matanya menjeling tajam ke arah lelaki itu dan menghalaunya pergi.

" Mari kita breakfast? " tangan Aisy ditarik ke ruang makan rumah agam tersebut. Matanya menangkap suasana diluar rumah tersebut seperti berkabus.

" Boleh saya tahu saya dekat mana? "soal Aisy kepada Laura yang sibuk mencedokkan nasi ke dalam pinggan.

" Awak dekat rumah saya , atau lebih specific lagi kita dekat cameron highlands " Mulut Aisy melopong .

" What's your name pretty " Aisy memandang ke arah Laura. Perempuan itu sangat cantik mempunyai wajah seperti mat salleh dan bermata biru.

" Aisy, Aisy Annara . Umur saya 24 tahun " Laura tersenyum sendiri.

" Nama Akak Laura , 32 tahun " Aisy mengangguk perlahan.

" Yang mengamuk macam orang gila tadi Harry, my brother. Dia memang macam tu bila ada orang luar dalam rumah . biasalah zaman sekarang ni kita memang ada masalah dalam trust issues right? - Eh makan lah Aisy, jangan malu malu. Penat akak masak untuk awak tau " Pelawa Laura. Aisy akur dan mula menjamah masakan Laura yang sememangnya sedap.

" Akak mix ke? " Tiba tiba terpancul soalan itu dari mulut Aisy.

Laura menggeleng.

" Akak dari Australia sebenarnya. Akak ikut Harry dengan suami akak ke Malaysia since both of us convert to islam. Parents akak tak dapat terima agama baru kami jadi kami terpaksa berpindah ke Malaysia . Mujur jugalah suami akak orang sini. Dia banyak bantu akak dan Harry sewaktu kami masih terkapai kapai dulu " Aisy mendengarnya dengan tekun. Hebat betul cabaran yang mereka lalui sampaikan dibuang keluarga.

" Oh jadi tak hairanlah kenapa akak boleh fasih berbahasa melayu" Laura tersenyum .

" Akak mintak maaf sangat sangat pasal Harry, dia memang tak mesra dengan orang , panas baran , bengis , beku. Lagipun dia jadi macam tu sebab dia nak lindungi akak. Dia tak nak orang amik kesempatan ke atas kami sebab tu dia macam tu " Aisy mengangguk. Pandang muka lelaki tadi pun dia dah kecut perut.

" kalau dia tak suka saya ada dekat sini tak apa, saya boleh keluar. Saya taknak disebabkan saya akak dan Harry bergaduh " Pantas Laura menggeleng laju.

" No , please jangan pergi. Akak gembira sangat sebab Aisy ada dekat sini dan teman akak. Dekat rumah ni cuma ada Akak, suami akak, anak akak dan juga Harry. Aisy stay sini ya? Ala pasal Harry tu jangan risaulah, tahu lah akak nak pujuk dia " Aisy hanya mengangguk lemah. Tak sampai hati nak menolak.

" Boleh akak tahu apa yang jadi pada Aisy sebelum Aisy ada dekat sini? " Soalan Laura membuatkan kunyahan Aisy terhenti. Ketakutan menyelubungi diri. Dia takut jika lelaki itu akan mencarinya .

" Sa-saya kena culik " mata Laura membutang.

" Seminggu saya diikat . Sampai lah satu hari ada sorang lelaki datang selamat kan saya. Dia pertaruhkan nyawa dia untuk selamatkan saya . Dan akhirnya saya berada di sini " Laura mengusap perlahan bahu Aisy.

" Don't be scared, you are safe here "











" ARE you crazy? " soalan Harry membuatkan Laura berpeluk tubuh. Sampai bilalah adiknya itu akan bersikap dingin.

" Laki aku okey je yang kau nak over kenapa Harry? Oh aku tahu... Kau takut yang kau akan jatuh hati dengan dia kan? " Harry tertawa sinis mendengar andaian Laura yang merapu tahap gaban itu.

" Please Laura , don't trust people easily okey? Kita tak tahu niat sebenar dia. Aku tahu dia ada niat tak baik " Laura angkat kening.

" Seriously? Kau boleh baca fikiran dia ke? Harry come on , fitnah tu berdosa besar tau. Cuba positive thinking sikit. Kolot la kau ni " selamba Laura mengutuk adiknya.

" Serious abang Harith setuju? Mesti kau pujuk dia macam macam kan? " soal Harry yang masih tidak berpuas hati.

" Harith akan sentiasa setuju dengan aku, dia selalu support aku. Bukan macam kau! " Laura mencebik kononnya merajuk dengan perangai Harry yang entah apa apa itu.

" Okay aku setuju, tapi ada syarat " Harry tersenyum penuh makna.







To Be Continued,

Taraaaaa, ada watak baruuuuu hehehe. Heksiteddddd huhu😛😭

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now