[ TRIPLE UPDATE!❤ DISEBABKAN SAYA SAYANG MY LOVELIES SO HERE YOU GO HADIAH UNTUK HARINI . JANGAN LUPA VOTE DAN COMMENT OKAY! ]
Chapter 29 : Mana?
WAJAH milik Datin Aisha dan Zara dipandang silih berganti. Mereka berdua hanya memerhatikan sahaja kelakuan Aisy yang serba tak kena itu. Sekejap sekejap kepalanya ditolehkan ke arah tangga. Tak lama kemudian ke arah lain pula.
" Aisy cari apa sebenarnya? " soal Datin Aisha tanpa selindung. Pening kepalanya melihat Aisy sebegitu.
" Mama, Zahir mana? " soalan Aisy membuatkan lidah Datin Aisha kelu untuk berkata kata.
" Mana Zahir kaklong? Kenapa Aisy tak nampak dia pun sepanjang minggu ni? " Soal Aisy kepada Zara pula apabila Datin Aisha kelihatan seperti enggan ingin memberikan nya jawapan.
Zara mengusap belakang leher . Wajah Datin Aisha dan Ilham yang turut berada disitu dipandang lama sebelum dia kembali memandang ke arah Aisy semula dengan riak wajah serba salah.
" Kenapa kak long? " Soal Aisy kehairanan apabila Zara juga tidak menjawab soalannya.
" Semalam Aisy ada pergi rumah lama Zahir tapi kenapa ada orang lain dah duduk rumah tu mama? " Soal Aisy lagi.
" Kalau tak silap mama Zahir ada bagitahu yang dia nak jual rumah tu, mama ingat dia main-main je. Tak sangka dia jual betul-betul " balas Datin Aisha. Dia sendiri tak sangka yang Zahir akan menjual rumah Kesayangannya itu.
Aisy terdiam seketika dan mengangguk faham.
" Kak long tak jawab lagi soalan Aisy. Takkan kak long tak tahu Zahir ada dekat mana? Kenapa semua orang taknak bagitahu Zahir ada dekat mana? " Sungut Aisy bila semuanya membisu .
" Sebenarnya Aisy... Zahir dah lama tak balik sini. Kami tak tahu dia dekat mana sekarang , cuba Aisy tanya Nazhan. Kaklong rasa dia tahu Zahir dekat mana " Tipu Zara. Sebaliknya dia tahu dimana Zahir berada cuma dia tidak berani untuk memberitahu gadis itu akan perkara yang sebenarnya.
" Aisy masih sayangkan Zahir? " Soal Datin Aisha. Dia nampak yang Aisy masih mengharapkan cinta daripada anaknya.
" Zahir masih suami Aisy, dan ya Aisy sayangkan dia. Perasaan tu tak pernah berkurang sedikit walaupun dah bermacam yang Aisy lalui " Datin Aisha tersenyum senang. Dia sendiri tidak tahu apa yang ada pada Zahir sampaikan Aisy terlalu sayangkan lelaki itu.
" Mama mintak maaf bagi pihak Zahir sebab dah banyak lukakan hati Aisy selama ni " ucap Datin Aisha.
" Mama , mama tak perlu mintak maaf maaf bagi pihak sesiapa. Dalam hal ni tak ada siapa pun yang bersalah " balas Aisy.
" Okay lah mama, kaklong dengan abang long , Aisy minta diri dulu ya? Assalamualaikum " Pamit Aisy dan berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu rumah.
" Mama rasa Nazhan akan bagitahu Aisy ke? " Soal Zara dengan nada kerisauan. Dia takut jika Aisy akan terluka lagi.
" Aisy berhak tahu Zara, mama yakin Naz akan beritahu Aisy perkara yang sebenar dan bawak dia jumpa Zahir " Balas Datin Aisha tenang.
Zara Menggangguk faham.
KAKI melangkah masuk ke dalam banggunan yang gah berdiri di hadapannya dan menuju ke receptionist.
" Ya cik, boleh saya bantu? " soalnya mesra.Tag nama perempuan itu dijeling sekilas oleh Aisy. ZIANA
" Boleh saya berjumpa dengan Zahir Adha? " Gadis itu mengangguk dan mula mencapai telefon yang berada di kaunter tersebut.
" Maaf cik, Encik Zahir dah lama tak masuk office " katanya .
" Kalau macam tu boleh saya jumpa dengan Syed Nazhan? "
" Nama cik? " soalnya
" Nama saya Aisy , Aisy Annara " Ziana menganggukkan kepalanya dan mula bercakap melalui telefon. Tak sampai seminit dia menunggu gadis itu kembali menyapanya.
" Okay cik Aisy boleh tunggu dekat sana " tangannya dihalakan ke arah ruang menunggu di sebelah kanan banggunan.
" Terima kasih " Ucap Aisy dan berjalan ke arah ruang tersebut. Punggung dilabuhkan ke atas sofa empuk yang disediakan khas di ruang tersebut.
" Aisy? " sapa satu suara dengan nada yang terkejut. Pantas Aisy menoleh , wajah Nazhan menyapa pandangannya.
" Ya Allah, ini betul-betul Aisy? Bukan halusinasi aku kan? " Aisy mencubit lengan sasa Nazhan sehingga menyebabkan muka lelaki itu berkerut-kerut menahan kesakitan.
" Okay-okay aku tak berhalusinasi. Aisy mana kau pergi? Sebulan lebih kau hilang. Kau pergi mana? " Soal Nazhan ingin tahu.
" Aku kena culik lah " balas Aisy.
" Betul-betul lah " marah Nazhan.
" Ya Allah betul lah aku kena culik " Nazhan menayangkan wajah yang menjengkelkan.
" Kalau kau kena culik, kau tak akan balik dengan rupa yang macam ni. Maksud aku, tengok lah kau sekarang. Sihat walafiat! Kalau kau kena culik mesti kau dah macam mayat hidup sekarang ni " bebel Nazhan panjang lebar.
" Serious Naz, aku memang kena culik. Seminggu jugalah aku duduk dekat rumah usang lepastu ada orang selamatkan aku " Nazhan mengangguk faham.
" Ada apa kau nak jumpa aku ni Aisy? ada orang bagitahu aku yang kau nak jumpa Zahir tadi? Betul ke? " Pantas Aisy menganggukkan kepalanya.
" Aku ingatkan dah pergi membawa diri ni bawak-bawaklah bertaubat. Rupanya tak juga. Tak pernah nak berubahkan kau ni? " Bidas Nazhan selamba.
" Aku nak berubah ke, tak berubah ke tak kacau hidup kau lah Syed Nazhan. Sekarang bagitahu aku Zahir dekat mana? " Soal Aisy lagi .
Nazhan mengeluh berat.
" Ni mesti Kaklong Zara yang suruh kau cari aku kan? Aduhai kenapa akuuuu? Entah lah Aisy. Susah nak cakap sebenarnya. Serba salah pun ada " Nazhan menggosok perlahan belakang lehernya yang terasa sengal.
" Apa yang susah sangat? Aku cuma tanya dia dekat mana , itu pun susah ke nak bagitahu? Apa yang kau dan yang lain cuba sorokkan sebenarnya? Apa yang kau tak nak aku tahu? Zahir dah kahwin dengan perempuan lain ke? " Tuduh Aisy melulu .
" Jangan main sedap cakap je, jatuh fitnah nanti. Aku bukan tak nak bagitahu kau cuma aku tak rasa yang kau patut jumpa dia sekarang " Dahi Aisy semakin berkerut.
" Aku tak kira , Aku nak kau bawak aku jumpa dia harini jugak " Aisy tetap berdegil. Kalau dia tak buat macam tu sampai bila semua orang tak akan bagitahu dia di mana keberadaan Zahir sekarang.
" Okay fine! Tunggu sini kejap, aku pergi ambik briefcase dekat atas " Nazhan terus berlalu pergi meninggalkan Aisy.
I know there was something that they try to hide....
To Be Continued,
Agak agak apa yang jadi dengan Zahir ,Muahahahahaha 😆
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...