34 | Anak

13.6K 594 15
                                    

[ MEDIA : ZAHIR ADHA ]
















Chapter 34 : Anak?


A FEW MONTHS LATER,

SENYUMAN terukir dibibir tak kala Aria Amani ketawa mengekek apabila diagah oleh Zahir. Zara yang juga memandang ke arah mereka turut tersenyum.

" Suka betul dia main dengan Amani , nampaknya Aisy kena cepat-cepat kasi Zahir baby la ni. Dia tu suka budak tau. Nampak je muka bengis tapi dalam hati ada taman " muka Aisy berona merah .

" InshaAllah, kalau ada rezeki adalah kak . Twins tak balik lagi ya? Sunyi je rumah selalunya main kejar-kejar dengan uncle diorang " soal Aisy apabila kelibat Afiq dan Aqif tidak kelihatan.

" Ouh Twins ikut abang long pergi supermarket . Beli barang sikit. Aisy la ni nak datang tak bagitahu. Peti rumah kaklong dah la kosong ni " Bebel Zara. Terkejut beruk juga dia dibuatnya apabila Zahir dan Aisy datang ke rumahnya secara mengejut.

" Eh tak apalah, kitaorang singgah sekejap je ni , sama lah Aisy pun baru nak ajak Zahir pergi beli barang sekejap lagi " Beritahu Aisy apabila muka Zara kelihatan seperti resah.

" Sayang " Panggil Zahir.

" Hubby awak panggil tu , mesti nak menggatal . Zahir ni bukan boleh percaya sangat " Aisy ketawa kecil mendengar omelan Zara dan melangkah mendekati Zahir yang masih lagi bermain dengan Amani.

Zahir menghulurkan Amani kepada Aisy . Melihatkan wajah Amani yang comel itu Aisy terus tersenyum dan menyambut Amani. Pipi si kecil itu digomol-gomol .

" Suka? " soal Zahir.

" Apa punya soalan ni? Siapa je yang tak suka baby cik abang oi , apalah uncle Amani ni " Amani mengekek ketawa.

" Kita bila lagi? " Aisy kemam bibir.

" Kalau ada rezeki adalah "

" Kalau abang nak 10 anak, sayang sanggup bagi tak? " melopong luas Aisy dibuatnya. Peha Zahir dicubit geram. Dia ingat kita ni kilang buat anak ke apa?

" Tak malu ke , kak long dengar nanti " Bisik Aisy sambil matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling.

" Biarlah kak long dengar , abang peduli apa " Aisy menahan rasa geramnya. Zahir ni memang tak sah hidup dia kalau mengusik .

" Sayang ni comel lah , nasib iman abang kuat tau " Terus perut Zahir di pulas oleh Aisy.

" Rasakan! Suka sangat usik Aisy kan? " Zahir mengaduh sakit apabila tangan Aisy masih lagi tidak berhenti mencubit perutnya.

" Okay okay , stop . lebam badan Abang nanti " Aisy tidak mengendahkan Zahir. Kini fokusnya terhadap Amani yang sedang menyusu.

" Sayang " panggil Zahir lalu membaringkan kepalanya di atas peha Aisy.

" Apa? "

" Abang nak susu jugak boleh? " dahi Aisy berkerut-kerut mendengar permintaan gila suaminya.

" Pervert "




















TROLI barang ditolak perlahan oleh Zahir yang setia mengekori Aisy dari belakang. Wajah Aisy yang tekun mencari barang dapur itu diperhati lama.

Zahir menggelengkan kepalanya perlahan, Kalaulah dari dulu lagi mereka sudah bahagia seperti sekarang . Mesti sekarang ni anak dah tiga orang.

" Berangan apa tu? " Pipi Zahir dicubit perlahan.

" Berangan pasal masa depan " Zahir mengenyit sebelah matanya ke arah Aisy. Zahir baru saja hendak mencium pipi Aisy , namun perbuatannya terhenti apabila ada suara yang menyapa.

" Aisy? "

Mata Aisy membutang , mereka berdua terus berpelukan mesra seperti sudah lama tidak berjumpa .

" Olivia! Lamanya tak jumpa , awak apa khabar " soal Aisy ramah. Jumpa kawan terus lupa suami ada dekat sebelah.

" I macam ni je Aisy, tak ada apa yang berubah pun , eh ni – " belum sempat Olivia menghabiskan ayatnya ada suara lain menyampuk.

" Sayang , spegetti ke macaroni? — eh Aisy! " Jeritnya teruja.

" Hai Harry , wah dah bahagia dah sekarang " Zahir yang mendengar sahaja nama Harry meniti dibibir Aisy terus bahu gadis itu ditarik rapat dengannya.

" Oh lupa pula nak kenalkan, Harry , Olivia ni Zahir suami saya . And abang, ni Harry dengan Olivia " Zahir berjabat tangan dengan Harry.

" Seronok tengok you macam ni Aisy. Semoga perkahwinan you kekal sampai bila bila. Eh nanti datang lah wedding kitaorang " Olivia mengeluarkan sekeping kad lalu dihulurkan kepada Aisy.

" InshaAllah. Okay lah , saya pergi dulu ya " Pamit Aisy dan menarik lengan Zahir untuk beredar dari situ.

" Siapa tu? " soal Zahir bersama wajah dinginnya.

" Harry and Olivia "

" Maksud abang macam mana boleh kenal? " Mulut Aisy membentuk o.

" Emm , dia adik kepada Laura. Penyelamat Aisy tu ,ingat tak? " Zahir menganggukkan kepalanya. Muka Zahir masih lagi mencuka. Apa lagi yang tak kena?

" I'm sorry " ucapnya tiba-tiba . Tangan Aisy digengam erat.

" Lah kenapa pulak? " Zahir ni unpredictable betul .

" Sorry sebab abang tak ada waktu sayang perlukan abang. Abang — " jari telunjuk Aisy diletakkan pada bibirnya.

" Abang, benda dah lepas . Dulu abang tak boleh nak lindungi Aisy , tapi sekarang ni dah bolehkan? " Aisy tahan rasa nak ketawa. Aduh tengah-tengah supermarket pun nak berdrama. Mujur saja tak ada yang lalu lalang di situ.

" Cakap i love you " arahnya.

" i love you? " Aisy menurut.

Zahir tersenyum " I love you too sayang "













To Be Continued,

Sejujurnya , saya memang tak pandai nak buat sences yang sweet and cheezy. Itu pun main hentam je.

Kalau seksa orang tu reti la 😂

So stay tuned untuk next chap sebab lepas. ni si psycho tu akan muncul kembali guys!

Persoalannya ...

siapa dia 😋?

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now