[ MEDIA : ZAHIR ADHA ]
Chapter 11 ; Hell of love
MATA tak lepas daripada memandang rumah agam dihadapannya. Keluhan berat dilepaskan sebelum Aisy melangkah masuk ke dalam rumah tersebut untuk mengambil barang keperluannya.
Baru saja melepasi pintu masuk rumah , suara garau milik Zahir menyapanya.
" Kau pergi mana semalam? Tidur rumah jantan tu? " tanya Zahir sinis sambil memandang tajam ke arah Aisy.
" Awak ingat saya ni macam awak ke? Alhamdulillah walaupun suami saya jahil, tak pernah nak ajak saya solat atau bimbing saya ke arah jalan yang benar, saya masih lagi waras dan tahu hukum hakam sebagai seorang muslim " Bidas Aisy dengan selambanya.
Zahir memeluk tubuhnya.
" Habis tu kau keluar tanpa izin aku, tak berdosa ke? " Sebelah keningnya diangkat.
" Saya dah minta tapi awak yang tak dengar sebab sibuk sangat buat maksiat dalam bilik " Zahir kemam bibirnya apabila ayat gadis itu menusuk tepat ke dalam dadanya.
" Kau jangan nak bagi aku naik angin pagi-pagi ni Aisy Annara " Zahir memberi amaran keras kepada Aisy namun gadis itu tidak mengendahkannya.
" Apa-apa je lah Zahir Adha, and by the way , Saya nak pergi mahkamah lepas ni untuk tuntut fasakh . Muktamad " baru saja Aisy ingin memulas tombol pintu pantas tangan kekar Zahir mencengkam lengannya.
" Zahir apa ni? Lepaslah! " Ronta Aisy.
" Aku tak akan ceraikan kau, tak faham bahasa ke! " pipi Aisy dicengkam kasar dan tubuhnya ditolak rapat ke pintu.
" and i had enough of you" Aisy menolak tubuh lelaki itu jauh darinya .
" Dengar sini baik baik , kalau kau berdegil nak pergi amik borang tu aku tak akan teragak- agak untuk cederakan Hayla, mark my words " bisik lelaki itu ke telinga Aisy sambil mencengkam pipi Aisy
Cengkaman dilepaskan, namun Aisy masih statik ditempatnya. penat untuk berdebat lagi dan lagi
" Aku pelik , Dulu kau nak kan aku , and yes you got me , tapi bila dah dapat kau nak lepaskan pula? Sebab apa? Sebab ada yang lebih kaya dan lebih kacak dari aku . Tamak betul kau ni " Zahir menggelengkan kepalanya perlahan .
" But don't worry, aku akan bahagiakan kau. Bukan ke ini yang kau minta? Sebab tu kau setuju nak kahwin dengan aku " tawa halus dilepaskan.
" Welcome to the hell of love my sweetheart " Kata Zahir dengan penuh sinis dan melangkah pergi meninggalkan Aisy sendiri.
ZAHIR melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan penampilan yang tidak terurus . Beg bimbit dan briefcase dicampak kasar ke atas sofa lalu membetulkan tali leher dan rambutnya.
" Bro, lambat masuk. Busy buat apa je malam tadi? " Nazhan yang bersandar pada pintu pejabatnya dipandang melalui cermin.
" Mind your own business dude " Balas Zahir dingin.
" Tak, aku tak faham. Kau ni dah kenapa? Aku nampak kau berubah sejak Hanna balik Malaysia? Kenapa eh? " Zahir berdecit agak kuat.
Pantas Nazhan menutup pintu dan melangkah mendekati Zahir yang masih sibuk membetulkan rambutnya.
" Nothing change , aku tetap aku. Perasaan kau je kot Naz " Dalih Zahir.
" Kau tak payah tipu aku lah musibat, kau ingat aku tak tahu yang kau dengan Hanna dah get back? Tak sangka kau ni jenis jilat ludah sendiri . tch , tak sangka " Zahir menggenggam penumbuk.
" Apa masalah kau Naz? Kalau aku dah get back dengan dia pun ada aku kacau hidup kau ke? Please be mature " Nazhan tersenyum sinis.
" Habis kau tu 'mature' sangatlah? Rumah tangga pun tunggang langgang " bicaranya sinis
" Naz, tolong jangan cari pasal dengan aku pagi pagi ni. Pecah muka kau aku kerjakan nanti " Zahir menayangkan wajah bekunya.
" I'm not afraid "
" Apa yang kau nak sebenarnya? "
" Nothing, cuma nak sedarkan kawan aku supaya hidup dia tak bergelumang dengan dosa dan maksiat. Aku tak nak lah nanti dalam kubur malaikat tanya kenapa kau buat dosa lepastu kau cakap kawan kau tak tegur, tak pasal pasal aku kau tarik bawak masuk neraka sekali . Nauzubillah " Nazhan tersenyum senget sebelum kakinya melangkah keluar daripada pejabat Zahir.
Pap!
Meja dihentak kuat.
" KAU patut tengok muka dia waktu dengar aku punya tarbiah pagi tadi " Galak Nazhan mengetawakan Zahir.
Aisy hanya menggelengkan kepala melihat gelagat lelaki itu lalu menyambung semula suapan yang terhenti sebentar tadi.
" Aisy , jadi ke nak pergi amik borang petang ni? Aku boleh teman kalau kau nak " Soal Faya.
Aisy tersenyum pahit " Tak semudah yang kau fikirkan Faya. Zahir tak akan lepaskan aku semudah itu "
" Eh kenapa pulak? Hey takkan lah kau nak hidup dengan setan tu seumur hidup kau? Aisy, kau muda lagi . Ramai yang lebih layak untuk jadi imam kau berbanding dia! " suara Iman meninggi.
" Iman cakap slow lah sikit, orang pandang lah gilaaaaa " Celah Nazhan.
" Kau diam lah! " dia peduli apa orang nak pandang , pandang lah!
" Iman, ini privacy kot. Cover sikit mulut kau yang macam tempayan tu " Faya bersuara. Iman mencebik apabila Nazhan mengetawakannya.
" Aku tak tahu, buat sementara ni aku tak ada plan apa-apa lagi sebab aku takut dia akan apa-apakan Hayla " Aisy melepaskan nafas berat dam meraup perlahan wajahnya.
" Mintak tolong Yusuf je lah, suruh je Yusuf belasah Setan tu dengan iblis betina tu sekali. Baru puas hati aku! " gumam Iman geram.
" Bukan aku tak nak Iman ,cuma aku tak nak Yusuf ada kaitan atau masuk campur urusan rumah tangga aku. Nanti lain pulak jadinya " Mereka terdiam seketika dan menghadam kata kata Aisy yang ada benarnya .
" I really appreciate your concernend and aku harap korang faham , Lambat atau cepat biar aku je yang uruskan cuma sekarang aku nak mintak tolong sikit "
Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. " Just name it babe , anything for you "
Aisy tersenyum dan memberikan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan oleh mereka bertiga.
To Be Continued,
( Re-Write 21 okt 2018 )
Tak salah kan kita buat Aisy jadi aggressive juga? 😏
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Lãng mạn[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...