[ MEDIA : AISY ANNARA ]
Chapter 14 : Insecure
TANGAN Aisy direntap perlahan lalu ditarik masuk semula ke dalam bilik. Tubuh ditolak ke dinding dan mengunci pergerakannya .
" Kenapa dengan kau ni? Apa permainan kau sebenarnya? Kau nak mama dengan papa bela kau? Sebab tu kau pura pura jadi innocent? " Pipi Aisy dicengkam kasar.
" Hey aku tanya jawaplah! " tengking lelaki itu.
" Bukan ke itu yang awak nak? Apa lagi yang tak kena Zahir? Apa! saya dah penat nak layan drama yang awak dan Hanna reka" suara Aisy sedikit meninggi.
" Masalah aku, kau! "
" Apa yang saya dah buat? Awak ni dah gila agaknya! Kenapa awak nak kena seksa saya macam ni? Sedangkan saya dah beri awak peluang untuk bersama dengan Hanna? " Tubuh tegap milik Zahir dipukul kasar.
Bibirnya menguntum senyuman sinis.
" Sebab perempuan macam kau ni tak layak untuk bahagia. Kalau aku lepaskan kau , bukan ada lelaki yang nak pun dengan perempuan macam kau " dahi Aisy ditunjal kasar.
Aisy mengemam bibir menahan sebak.
"Saya lebih rela hidup seorang diri daripada berkahwin lagi dengan orang yang sama jenis macam awak"
Zahir merenung tajam kedalam mata Aisy .
" Puas lah hati kau bila semua orang dah anggap aku ni jahat? " Aisy menggelengkan kepalanya perlahan.
" Eh kau boleh stop buat muka macam tu tak? Aku meluat! Menyampah! Muka yang kononnya innocent tapi sebenarnya licik! " kini rambut Aisy yang panjang mengurai melepasi pinggang itu digengam dan ditarik kasar.
" Aku tak faham apa istimewanya kau dimata keluarga aku, sebab pada pandangan aku kau ni dah macam perempuan murah. Kau tunggulah selama mana yang kau nak , aku tak halang tapi hati aku ni tak dapat terima perempuan macam kau . Sebab kau-tak-layak dan aku benci kau " Mutiara jernih mula mengalir dipipi gebu Aisy.
" Kau dengar sini eh, aku tak nak berkasar tapi kau yang paksa aku buat macam ni. Lagi sekali aku dengar kau nak mohon fasakh ke apa ke aku tak akan teragak agak untuk cederakan kau. Kali ni aku Serious Aisy. Jangan cabar kemampuan aku " Aisy terduduk lemah di birai katil.
" Tolonglah, lepaskan saya. Awak kejam! Saya benci awak! Tak guna! " Jerit Aisy bersama tangisannya.
" Menangis lah air mata darah sekalipun jawapan aku tetap sama. Kau yang nak hidup dengan aku , dan kau juga setuju nak berkahwin dengan aku. Jadi salah aku ke sebab buat kau macam ni? Aku cuma nak bagi kau rasa betapa indahnya neraka yang aku cipta " Tawa sinis dilepaskan.
Kaki melangkah mendekati Aisy. Dagu gadis itu ditarik kasar menghadap ke wajahnya.
" Aku tak benarkan kau keluar rumah tanpa pengetahuan aku. Kalau kau berani buat jugak apa yang aku larang , aku tak teragak-agak nak ikat kaki dengan tangan kau lepastu kurung dalam stor " pipi Aisy ditolak kasar menyebabkan kepala gadis itu terteleng ..
" Cukup . Keluar dari bilik saya sekarang " halau Aisy. Lelaki itu melangkah keluar lalu pintu dihempas kasar . Aisy terus terduduk dilantai badan disandarkan pada dinding dan memeluk erat lututnya. Air mata dibiarkan mengalir di pipi.
Menangis lah wahai hati ...
ZAHIR melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan wajah yang selamba seperti tiada apa yang terjadi beberapa hari yang lepas.
" Naz? Awal kau datang? Ada apa pagi pagi dah tercongok depan aku ni? " Zahir berbasa basi.
" Sudah gerharu cendana pula , dah tahu buat buat tak tahu pulak " Nazhan memeluk tubuh dan memandang lelaki itu dingin.
" Wow! Dah pandai berpantun kau ya? Sejak bila? " Dalih Zahir.
" Apa yang kau buat ni? Kenapa kau buat dia macam ni? " Soal Nazhan tak puas hati. Dia tahu Zahir sengaja mengelak daripada disoal mengenai kejadian dia ditangkap Khalwat bersama Hanna.
" Buat siapa? Hanna? Aisy? " Nazhan kemam bibirnya.
" Kau dah dapat Hanna jadi tunggu apa lagi? Kenapa kau tak lepaskan dia? Kenapa kau kena seksa dia? " kolar baju Zahir digengam kasar oleh Nazhan.
Zahir tersenyum sinis.
" Perempuan macam dia memang layak untuk diseksa. Dia dah rampas kebahagiaan aku dengan Hanna dulu, jadi dia patut terima balasannya "
Dush!
Tubuh Zahir ditolak kasar ke dinding.
" Tapi sekarang kau dah dapat dia? Kau tunggu apa lagi? Lepaskan Aisy! Ada ramai lagi lelaki yang lebih layak untuk jadi imam dia berbanding kau " dada Nazhan turun naik menahan amarah.
" Tak. Aku tak akan lepaskan dia " Zahir ketawa sinis.
" Oh i wondered kenapa kau tak nak lepaskan dia. Mesti kau rasa insecure tengok Aisy rapat dengan Yusuf. Am i right? Well Yusuf tu yang sepatutnya jadi suami Aisy, dia lebih layak. Bukan lelaki keparat macam kau! " bahu Zahir ditolak kasar sehingga lelaki itu terduduk di atas kerusinya.
Zahir membetulkan kolar dan neck-tienya lalu memandang tajam ke arah Nazhan.
" Aku nak rasa insecure ke, aku nak lepaskan dia atau pun tidak . Itu bukan urusan kau " Bicara Zahir senada.
" Urusan Aisy, urusan aku juga . Dia kawan baik aku jadi aku tak nak dia hidup dengan manusia yang bertopeng syaitan macam kau " Ujar Nazhan kasar.
" Dan syaitan ni jugak yang kawan baik kau cinta separuh gilakan? "
" Aku rasa menyesal sebab tak halang Aisy waktu dia beria nak kahwin dengan kau dulu. Kau ni memang tak guna , aku akan pastikan Aisy pergi jauh daripada hidup kau " Zahir ketawa sinis.
" Silakan , dan aku akan pastikan dia lebih terseksa lepas ni " senyuman yang sukar ditafsirkan dihadiahkan kepada Nazhan. Lelaki itu mendengus geram dan berlalu pergi meninggalkan Zahir sendiri.
Zahir mengeluh berat. Tidak dia nafikan bahawa apa yang dikatakan oleh Nazhan ada benarnya. Dia sudah berjaya memiliki Hanna tetapi hatinya enggan untuk melepaskan Aisy.
" Yusuf tak akan berjaya dapatkan Aisy , dia milik aku " gumam Zahir perlahan.
To Be Continued,
( Re-Write 25 okt 2018 )
To unlock next chapter :
1) SILA SENARAIKAN JENIS JENIS SEKSAAN YANG ZAHIR DAN HANNA PATUT TERIMA SEBANYAK MUNGKIN!
2) Nak masukkan new cast or tak payah?
Berikan sebab untuk menyokong jawapan anda.3) Kalau ada group whatsapp CYTU2 ada yang nak join tak?
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...