10 | Gila talak

14.9K 694 61
                                    

(p/s : play media)






Chapter 10 : Gila talak









GELISAH, Aisy bermain main dengan jarinya dan pandangan dibuang keluar tingkap. 'Tengku' itu menjeling sekilas ke arah Aisy yang nampak seperti ketakutan dan gelisah itu tersenyum kecil.

" Don't worry saya akan jelaskan pada Zahir apa yang jadi " Aisy menoleh ke arah lelaki itu, lambat lambat kepala dianggukkan.

Kereta Audi R8 milik lelaki itu berhenti dihadapan rumah Zahir. Nafas Aisy sudah menjadi tidak teratur. Dia takut jika Zahir menuduhnya melulu tanpa usul periksa.

" Te-terima kasih hantar saya balik "

Pintu rumah Zahir terkuak luas, serentak Aisy dan lelaki itu menoleh ke arah pintu.

" Ha-hanna? Apa awak buat dekat sini " Soal Aisy terkejut beruk apabila melihat gadis itu berada di dalam rumah Zahir.

" inikan rumah bakal suami aku, tak lama lagi jadi milik aku juga. Kau tu, kenapa datang sini? Semak tahu " lancang mulut Hanna membalas soalan Aisy.

" ni jantan mana pulak kau bawak balik ni- eh sekejap. I know you! You ni Tengku Karl Yusuf kan? Nama you meletop letop sekarang dekat dalam magazine " Tengku atau lebih selesa dengan panggilan Yusuf itu hanya memandang sepi ke arah Hanna.

Aisy beristighfar di dalam hati apabila melihat pakaian Hanna . Tudung ke mana, jubah ke mana. Inikah Hanna Damia yang sebenarnya ?

" Mana Zahir? Hanna saya rasa awak patut balik sekarang sebelum jiran jiran yang lain fikir yang bukan bukan nanti " Halau Aisy sopan.

" Hey, habis kau tu apa? Baik sangat lah? Kau balik dengan lelaki kaya macam dia ingat jiran tak mengata? Nak ceramah orang tapi diri sendiri pun jahanam " Aisy terkedu.

Dia sedar akan kesalahannya, tapi niat Yusuf hanya ingin menolongnya, tak lebih dari itu.

" Teng– "

" Yusuf. Call me Yusuf " pintas Yusuf.

" Terima kasih sebab hantar saya balik, awak pergilah sekarang. Nanti kalau orang nampak apa pula yang mereka kata " Yusuf hanya mengangguk faham.

" Okey, esok pagi saya ambil awak " belum sempat Aisy ingin membantah, Yusuf sudah berlalu pergi.

" wah wah wah, belum bercerai dah ada sparepart. Dahsyat kau ni. Orang kaya pulak tu. Bukan main kau eh Aisy " bahu Aisy ditolak kasar.

" Saya naik dulu " Aisy memanjat tangga naik ke biliknya. Malas mahu melayan perangai Hanna lama lama.

" Kau tunggu je lah nasib kau! " jerit Hanna lantang.

Aisy mengendahkan nya dan masuk ke dalam bilik, pintu dikunci lalu badan direbahkan di atas katil. Perlahan lahan air matanya mula mengalir di pipi.

" Kenapa Zahir? Kenapa? "

Begitu rumitnya dunia hanya kerana sebuah rasa cinta.

" Kenapa susah sangat awak nak cintakan saya? Apa kurangnya saya, apa lebihnya dia? Apa lebihnya Hanna? " rintih Aisy.

Dum!

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now