Bab 12-Let's give back that ring

91 3 0
                                        

"Mama..."

This is totally a disaster.

Takkan nak merayu setiap hari macam ni?Mama pun...Kenapa mama tak pulangkan lagi cincin pada keluarga Mickhail ni?.Kenapa?.Kenapa?.Takutnya nak balik apartment tu.Nanti kena nampak muka orang tu pulak.

"Pulangkan la cincin tu."

Tak ada maknanya mama nak pulangkan cincin tu Raysha.Dah seminggu cincin tu dekat rumah ni.Mama tak ada tanda-tanda nak pulangkan cincin ni langsung pun.Memang tak akan la.

"Bagi Sha cincin tu biar Sha sendiri pulangkan pada dia."

Aku dah tak peduli dengan apa-apa.Aku akan jumpa Mickhail dan pulangkan cincin tu dengan cara baik.Dan lepas tu tak payah jumpa Mickhail lagi.Tak payah tunggu Harraz lagi tak payah tunggu sesiapa pun.Sebab aku rasa aku tak patut tunggu sesiapa pun.

Aku tak kan berharap lagi. Sebab berharap terlalu tinggi akan kecewa jugak.

Air mata mengalir disaat itu.

Kotak cincin mama hulurkan padaku.

"Pergilah.Pulangkan pada Mickhail.Mama tak nak anak mama tak bahagia walaupun dia sangat sayangkan orang tu."

Apa maksudnya dengan ayat tu?.Aku tak bahagia walaupun sayangkan...Eii.Takkan la aku sayangkan Mickhail Daniel pulak.Mickhail pun anggap aku sebagai orang asing selepas empat tahun tu.Takkan aku nak berlebih-lebih pulak kan?.

Yes.

Aku pun tak tahu kenapa aku boleh menangis tadi?.Tiba-tiba air mata tu mengalir.

Kalau nak tahu senjata aku yang paling hebat untuk memujuk mama adalah air mata.Mama kalau nampak aku menangis mesti mama akan pujuk aku.Walau dengan cara apa sekalipun.

Tapi tadi tu adalah secara tiba-tiba.

Aku rasa sedih tiba-tiba.Fikirkan apa akan jadi pada hubungan kami kalau aku setuju dan terima cincin daripada Mickhail.Mickhail tak cintakan aku dan aku pun tak cintakan Mickhail.

Masa depan aku akan hancur.Dan impian aku akan lebur macam...Macam apa eh?.Macam nasi yang sudah menjadi bubur kot.

Piano dimainkan.

Walau beratnya diriku
Untuk meleraikan ikatan
yang ada sayang
Tapi cinta yang beredar
Tak akan pulang

Setitis demi setitis air mata mulai mengalir.

Ku doakanmu dapat ketemu
Seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu
Cinta yang lain
Untuk mengembali hidup

"Sha terlalu cintakan Mickhail kan sayang?."

Mana ada.Cintakan Mickhail?.Tak mungkin.

Langkah dibawa ke balkoni biliknya.

"Dia masih kawan Sha, mama."

Puan Rania memeluk anak bongsunya itu.Senyuman diukir bersama air mata.Anaknya itu terlalu banyak menunggu selama ini.Dan jejaka yang melamar puteri bongsunya ini juga terlalu lama memendam.

"Bukan akan jadi kawan Sha sampai bila-bila.Sebab bila-bila masa status tu akan bertukar.Sha kena bersedia bila masa tu dah tiba."

Apa mama ni?.Macam tanpa rela je serahkan cincin pada aku lepas tu...Malas la nak cakap.Sebab mama macam berharap sangat aku dan Mickhail disatukan.Masalahnya kalau aku setuju Mickhail akan setuju ke?.Mickhail...

Mickhail Daniel.

Pillow Of LoveCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang