Bab 22-That girl, Yasmien

69 3 0
                                    

Sebenarnya semalam aku ada terserempak Yasmien dekat Kenny Rogers Roosters.

"I thought by masking the depression with silence, the feelings might disappear.But no.I still love him."

Yasmien.Siapa eh?.Beruntung lelaki tu.Tapi ayat 'still' tu macam kena tinggal je.Siapa lelaki yang tinggalkan Yasmien tu?.Orang secantik Yasmien ditinggalkan oleh seorang lelaki yang...

"Siapa?." tanya jejaka itu.

Lama.Kemudian soalan itu dijawab tenang.Namun ada nada kekecewaan disitu.

"Mick..."

Mick rupanya.Mick Thongraya kan?.Yang pelakon kacak Thailand tu. Wait.Apa tadi?.Tu bukan ke macam nama Mickhail?.Nama penuh Mickhail adalah Mickhail Daniel kan?.Yang panggil Mick tu keluarga dia je.Aku dengan Harraz panggil dia Mickhail.Kan?.

"He's married now Yasmien."

Ini yang buat aku takut.Orang macam Yasmien ni.Yang dok tergila-gilakan laki orang.Macam dalam dunia ni tinggal Mickhail sorang je lelaki kan.Aku takkan biarkan.

"Cik nak order apa?.'' tanya waiter cafe itu.

Aduh.Time ni la dia nak tanya aku kan?.Ada yang aku campak dalam laut kang.

"Raysha Arshia..." tak payah nak buat muka terkejut plus jahat tu Yasmien.Sebab aku dah dengar semuanya.Entah pape la Yasmien ni.Umur je lagi tua daripada aku.Tapi tak matang.

"Berhenti berharap Yasmien.Sebelum kecewa."

Langkah dibawa pergi dari situ.

''Kau yang akan kecewa Raysha.Sebab Mick tak pernah cintakan kau.Dia kahwin dengan kau pun sebab Harraz Afham.Kau fikir dia tak ada perempuan lain ke selama kau tak ada huh?.Aku Raysha.Aku yang selalu ada disisi dia masa tu.Dan kalau kau tanya Mick siapa yang dia cinta.Jawapan dia dah ada dekat sini.Orang tu adalah aku.Kau...Cuma kawan baik yang lama dia tak jumpa je.Dan kau langsung tak layak untuk Mick.Yang layak tu adalah..."

Dia nak cakap orang tu dia?.Malasnya aku nak dengar.Orang yang muka tembok macam ni elok campak je dalam laut dalam.Jangan jumpa terus dah.Biar dimakan jerung.Hish.Tak ada adab pulak tu.Otak letak pada pakaian dia kot.Tu yang jadi model tu.

"Orange juice tu cepat sikit ye sebab rasa panas dekat sini." selamba ayat itu dituturkan.Senyuman sinis diukir pada model gedik bernama Yasmien itu.

"Kau..." sila berambus.

Keluhan dilepaskan.Yasmien Hawani.Dia tu lagi bahaya daripada mata pisau.Dan untuk mencegahnya aku tak boleh gunakan pepper spray je.Kena ada cara lain.Sebab dia tu licik.Macam sesumpah.Pandai menyamar dan gedik.

Macam la tak ada lelaki lain yang dia kenal dalam hidup dia selama ni.Takkan la dalam dunia ni dia cuma kenal Mickhail je?.That was nonsense statement la.Mesti ramai yang nak dengan Yasmien ni.Cuma dia cintakan Mickhail.Kan?.

Mana boleh.Sekarang Mickhail dah jadi sebahagian daripada hidup aku.Dan aku akan kecewa separuh mati kalau Mickhail tak ada disisi aku.Takkan dengan kata-kata Yasmien boleh dapatkan Mickhail kan?.

Tak boleh.Bertapa susahnya aku nak dapatkan Mickhail takkan Yasmien semudah tu.

Aku takkan biarkan semua tu terjadi.

Dan Mickhail pun.Kenapa bagi harapan pada orang yang dah jelas akan menerima?.

''Protect your heart and never let your guard down.Don't accept what can get but accept what you deserve.Mickhail...''

Memang senang nak dapatkan Yasmien sebab Yasmien memang dah cintakan Mickhail.Tapi aku yakin yang macam mana susahnya Mickhail nak buat aku setuju untuk terima dia Mickhail sepatutnya dengan aku daripada Yasmien.

Yasmien Hawani.

Susah payah aku nak dapatkan Mickhail.Eii takkan semudah tu Yasmien boleh dapatkan Mickhail kan?.Yasmien Hawani kau yang mulakan permainan ni kan?.Jom kita tengok macam mana permainan itu dimainkan.Senyum jahat.

Pillow Of LoveWhere stories live. Discover now