"Why..."
Dia punya kan?.Aku cuma pulangkan apa yang hak orang dan jaga hak kita je.Dan aku juga takkan terima atau bagi apa-apa pada Mickhail lepas ni.
"Awak yang hantar.Tapi saya sendiri yang nak pulangkan sebab saya bukan pemiliknya."
Dan sebab Mickhail bukan jodoh aku.
Buat apa nak simpan barang yang bukan hak kita?.Yang kita bukanlah pemilik sebenarnya?.Yang tanpa rela kita terima dan sepatutnya tak perlu diterima.
Dipandangnya gadis cantik comel berhijab itu.
She's ticking me of.
Mungkin awak dah gila Mickhail.Awak dah tolak saya hari tu kan?.Buat apa nak terima semula?.Saya dah tak nak ada apa kaitan dengan awak lagi.
Sudahlah aku nak balik.
Langkah dibawa pergi dari situ.
"I will..."
Huh?.
Apa Mickhail sebut tadi?.Tu bukan ke jawapan untuk soalan 'will you marry me' tu?.Mickhail sebut jawapan bagi soalan tu kan?.Eii.Takkan la.Aku salah dengar kot.
Dah la aku tak dengar apa-apa.Sebab aku nak balik dah.Lagipun Mickhail nak cakap benda lain.Aku yang salah faham kan?.Daripada aku terus menunggu baik aku balik.Balik cepat-cepat.Dan tak payah jumpa Mickhail lagi lepas ni.
Yalah.Buat apa?.Orang dah tak nak kita takkan kita nak buat muka tak tahu malu nakkan jugak orang tu?.Kita hanya akan kecewa dan menyesal je nanti.
Macam aku yang dulunya tunggu Harraz.Ada Harraz balik ke?.Tak ada.Dia makin menjauh ada la.Tanpa khabar berita.Aku pun tak tahu Harraz masih ingat aku ataupun tak.
"Saya nak balik."
Hish.Perlu ke aku beritahu yang aku nak balik?.Tak payah Raysha Arshia balik je.Bukan Mickhail kisah pun.Kalau dia tak cakap apa-apa kenapa aku mesti nak melebih?.
Satu mesej peringatan berbunyi selepas itu.
28/11 Mickhail Birthday
Ni esok.Tapi aku sengaja buat awal sehari.Aku memang kena balik awal ni.Nak cari barang.
Nak ajak ke tak nak?.Tapi Mickhail tahu ke esok hari jadi dia?.Eii.Kau merepek apa ni Raysha?.Itu kan hari jadi dia.Mestilah dia ingat.Mickhail bukannya amnesia sampai tak ingat bila dia lahir.Tak payahlah.Esok aku pergi rooftop tu sorang-sorang je la.Macam biasa tidur dekat situ.
"Esok malam..."
Tak payah lah ajak Mickhail.Dia bukan datang pun.
"Arshia..." apa panggil-panggil nama aku?.Sebut la nama sendiri.
Mickhail pandang aku.Lama.
Pandangan mata dia.Serious menusuk kedalam hati ini.Anak mata hazel dia sangat cantik pada pandangan mata seorang perempuan.Dengan rupa yang kacak tu.Pandang pulak perempuan macam tu memang cair la macam ais dikutub sana tu.Eh bukan cair macam ais krim yang terkena panas.
Heol.Aku merepek apa ni?.
"We're bestfriends right?."
Kenapa aku rasa macam nak menangis je dengar soalan Mickhail tu?.Kawan baik?.Ya.Memang.Kenapa aku rasa tak rela dengan status tu?.Apa yang aku harapkan sebenarnya?.
Mengharapkan Mickhail lebih daripada tu sedangkan Mickhail tak pernah beri kata putus?.Ataupun aku memang cintakan Mickhail Daniel?.
Itu tidak mungkin.
"We're so fine right?."
Aku tak tahu nak bagi jawapan apa.Sebab entah aku tak tahu kami tengah bergaduh atau apa.Yang pasti situasi ni paling aku tak nak dalam berkawan.Memang lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan kalau macam ni.
"If there's someone that you feel for..."
'Orang tu bukan awak Mickhail.' ayat itu disambung sendiri.Namun hanya didalam hati tidak mampu diluahkan.
Sebab orang yang aku suka mesti sentiasa ada di sisi aku.Setiap masa.Walaupun masa tu aku tengah kecewa.Bukannya macam Mickhail.Dekat tapi sukar untuk dicapai.Sebab Mickhail ni macam rama-rama.Kita nak dekat je dia terbang.Maksud aku kat sini aku mendekat Mickhail menjauh.Macam angin.Angin kan kita tak nampak tapi kita dapat rasa kehadirannya.Tapi angin ni juga boleh pergi bila-bila masa je.Sebab tu la.Angin ada dimana-mana cuma cepat menghilang.
Macam bantal jugak.Bantal yang sentiasa menemani tidur kita.Aku nakkan seseorang yang macam tu.Yang macam bantal.
Pillow of...Apa ye?.Bantal...Cinta?.Ada ke macam tu?.
YOU ARE READING
Pillow Of Love
Romance"Love is when it's not fun with that person."-Raysha Raysha menunggu Harraz demi sebuah impian yang ingin digapai bersama.Hampir setiap hari hidupnya menanti jejaka bernama Harraz itu.Dalam tempoh empat tahun itu juga masa banyak dihabiskan mencari...