Bab 10-A ring.And it's swarovski

84 5 0
                                    

"Minggu depan Sha nak pergi Thailand kan?." tanya Puan Rania pada anak bongsunya itu.

Mana mama tahu ni?.

"Haah.Auntie Maria ajak Sha.Tapi segan la nak pergi dengan family Mickhail tu.Sha kan dah lama tak jumpa Mickhail.Pelik la macam ni."

Cubitan halus mengenai lengannya.Sakitnya.Mama ni.Tak sayang Sha ke?.Takkan mama sayang Mickhail lebih daripada aku anaknya sendiri?.Hish.Mama kan.

"Pelik apanya.Auntie Maria kan mama Mickhail kawan lama Sha.Mickhail tu kawan Sha.Lain la dia ajak mama ke.Mama tak rapat sangat dengan Maria tu.Budak ni.Dah 24 tahun pun tak faham lagi ke?.Mama rasa..." belum sempat Puan Rania menyambung.

"Mama kamu rasa keluarga tu cuba untuk jodohkan Sha dengan anak dia." Tuan Irham muncul ketika itu.Eii.Takkan la.

Anak dia?.Siapa pulak ni?.Family Mickhail ada kak Mia.Tapi kak Mia kan perempuan lepas tu tinggallah Mickhail.Eii.Takkan nak jodohkan aku dengan Mickhail pulak?.Ada yang nak kena marah ke ni?.Tak pun nak jodohkan aku dengan sepupu dia tu?.Takkan la.Itu bukan termasuk dalam keluarga auntie Maria sekali.Itu lain cerita.

Yang pasti bukan Mickhail Daniel tu.

"Siapa?."

"Mickhail Daniel la." heol.Seolma.

Tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?. Kalau tinggal Mickhail Daniel dengan lipas aku akan pilih lipas.

"Dia kan kawan Sha." kawan la sangat.Mickhail tu macam orang asing bagi aku.Sebenarnya.Hubungan ni terasa sangat janggal.Lepas je aku jumpa Mickhail semula.

"Kawan lama.Kawan lama-lama tak manis jugak.Kahwin je la.Papa tengok Mickhail tu baik budaknya.Rupa pun ada.Kenal pun Sha dah kenal dia.Tak..." belum sempat ayat papa habis disambungnya.

"Tak nak."

"Sha masih tunggu Harraz ke?." gelengan diberikan sebagai jawapan.

"Sampai bila sayang?.Cukuplah tu.Papa tak suka Sha tunggu dia lagi." habis aku nak tunggu siapa lagi?.

"Mickhail tak kan kahwin dengan Sha.Sebab dia tak nak.Mungkin dia ada orang lain.Dah-dah la tu jodohkan Sha dengan dia.Orang tak nak kita tak kan kita nak memaksa pulak.Mickhail berhak pilih perempuan yang dia suka.Dan orang tu bukan Sha."

Sudah-sudah la tu.Aku tak suka la macam ni.Orang dah tak nak kita kan?.Kenapa kita nak hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pulak kan?.Aku tak layak untuk Mickhail.Lagipun Mickhail bencikan aku.Benci sangat-sangat pulak tu.Takkan aku nak jadi muka tembok pulak kan?.

Mickhail Daniel.Dia tu.Susahlah nak faham dia tu macam mana.Sebab dia tu banyak menyimpan la.Aku rasa dia boleh je luahkan semuanya pada aku tanpa rahsia sebab kan aku kawan dengan dia.Apa yang jadi penghalang sebenarnya untuk dia?.Kenapa dia menolak aku?.

Aku paling tak suka perasaan ditolak oleh seseorang.Aku tak dapat terima hakikat tu.Bukannya aku cintakan Mickhail sebenarnya.Cuma entahlah kenapa aku terlalu bodoh buat keputusan tu.

Kahwin dengan Mickhail?.Tak pernah terlintas difikiran aku pun.

Kalau bukan sebab auntie Maria aku takkan jadi perigi cari timba melamar Mickhail la.

Ini bukan sebab cinta eh.Ini...

Ini...

Bukan cinta.Ini sebab aku...

Aku tak tahu la sebab apa aku buat semua ni.

Yang pasti bukan sebab aku ada apa-apa perasaan pada Mickhail Daniel.

"Apa mama nak jawab dengan ni?." cincin swarovski dihalakan kearahnya selepas itu.

"Siapa yang bagi dekat mama?."

Sengal.Buat apa aku tanya lagi.Dah jelas la auntie Maria.Takkan Mickhail buang tebiat pulak hantar cincin pada mama kan?.Takkan la...

"Mickhail."

Kenapa dia yang hantar cincin tu?.Kenapa bukan...

Keluhan dilepaskan.

He might be crazy.That guy who named was Mickhail Daniel.Yalah.Apa mimpi yang dia dapat sampai tiba-tiba hantar cincin dekat aku?.


Pillow Of LoveWhere stories live. Discover now