Bab 36-Yet I can't reach you

47 2 0
                                    

''Dia buat apa dekat sini?.'' bisiknya ditelinga abang sulungnya itu.

Rafiqin Arshad menjongketkan bahu sebagai jawapan.Hissh.Abang Raf bagitahu aku dekat sini ke?.Abang Raf ni...Tak boleh simpan rahsia sekejap pun ke?.Semua Mickhail kena tahu la?.Benci la macam ni.

Pastu tidur sebelah kita.Hish.Dah tak ada tempat lain ke?.Macam bawah katil ke, bawah meja ke, dalam toilet ke, takpun tak payah datang sini terus.Selama ni elok je tidur tepi katil sebab tak nak tidur sebelah kita.Hmmm.Mickhail bukan sahaja mempunyai perangai yang menyampah rupanya dia seorang yang pelik jugak.

''Mickhail jemput la makan.Buat je macam rumah sendiri.'' kak Mira pun?.

Aku hanya diam di meja makan pagi itu.Malas nak berkata-kata.Menyakitkan hati dan nanti hati aku yang sakit.Lepas je habis makan ni aku nak laju-laju masuk bilik.Kunci pintu.Mickhail pandai-pandai la buat rumah ni macam rumah sendiri macam yang kak Mira cakap tadi.Aku peduli apa semua tu.

"Did she came here everyday?."

Huh?.

Soalan yang menyakitkan hati tu dah keluar la.Menyampah macam ni.

"Tak lah.Bila dia sedih je.Dia datang sini tengok baby lepas tu layan Korea.Lepas tu cari makanan.Lepas tu..." hissh.Baik aku angkat kaki sekarang.

"Arshia..." aku peduli apa Mickhail nak panggil aku.Laju-laju langkah dibawa pergi dari situ.

"Sha memang mengada-ngada." senyuman terukir dibibir merah milik adik iparnya itu.

"She'll always like that.'' selamanya akan begitu.Gadis itu sama dengan gadis yang dikenali empat tahun yang lalu.Mungkin ada sesuatu yang telah berubah.Tetapi bukan sikap yang satu itu.Perasaan gadis itu.Dia kurang pasti.Adakah mencintainya atau masih mengharapkan orang itu?.

"Bertabah la Mickhail.Dah hampir sebulan perkahwinan korang.Tak ada tanda-tanda nak pergi honeymoon ke?."

Honeymoon?.Dia tidak pernah terfikir langsung tentang itu.Tetapi gadis itu ada membahas tentang campfire.Mungkin mereka berdua.Hanya dirinya dan gadis itu.Akan pergi ke campfire yang menjadi impian kedua gadis itu.

"Hmm..."

"Take your time.It's okay.Korang baru jumpa semula kan.Get that feel again.Sha akan tunggu.Sebab dia sentiasa bersabar selama ni.She love you, she can wait.''

She loves me?.It can't be.She can't love someone else other than how she loves Harraz.

•••

Why you didn't tell me you was here?.

Aku nak campak Iphone ni dalam laut sekarang.Sebab malas nak balas mesej yang Mickhail hantar tu.

Arshia let's talk.

Tak nak aku.Nak cakap tentang apa lagi?.Baik aku layan Korea lagi bagus.Tak la menyakitkan hati.Dapat menghilangkan bosan.Lepas tu pukul 12 tengah hari mandi.Kan memang macam tu rutin aku kalau dekat sini.

Tapi sekarang dah ada Mickhail dekat sini.Hmm.Tapi peduli apa aku dengan semua tu.Sekejap lagi pukul lapan pagi Mickhail akan pergi dari sini sebab dia kena pergi kerja.

8:15 pagi dah ni.Kenapa dia tak pergi dari sini?.

''Arshia...''

Apa lagi sebut nama aku ni?.Sebut nama sendiri tak boleh ke?.

''Awak tak pergi kerja ke?.'' jangan cakap hari ni memang cuti sebab tadi aku tengok dekat kalendar hari ni hari isnin ye.Takkan la aku salah tengok pulak.Aku tak rabun lagi.Sebab yang rabun tu papa je.

''Do you think I can still going to work if you're like this?.'' apa?.Kenapa dengan aku?.Aku tak halang dia pergi pun.Mickhail bukannya askar yang akan bertempur di medan perang.Mickhail jugak bukan pilot yang akan menerbangkan aeroplane ke mana-mana sahaja.Mickhail jugak bukan...Wait aku merepek apa ni?.Takkan Mickhail cuti pulak hari ni sebab aku?.

''Apa yang saya buat sebenarnya?.Saya kacau awak ke?.Tak lagi lepas awak jual apartment saya entah pada sesiapa.Saya buat awak sedih ke?.Tak sebab awak yang selalu buat saya macam tu.Saya kecewakan awak ke?.Tak sebab saya yang selalu kecewa dengan tindakan awak Mickhail.Beritahu saya apa masalahnya sekarang?.''

Setitis demi setitis air mata mulai mengalir disaat itu.Untuk kali yang keberapa air matanya gugur lagi dihadapan jejaka itu.

''You're right in front of me, yet I cannot reach you.I am too scared...'' 

Mickhail...

Pillow Of LoveWhere stories live. Discover now