Bab 25-Whatever for now

62 3 0
                                    

''Tak reti-reti nak balik rumah suami ke?.'' abang Raf memang...Nanti mama tahulah aku bergaduh dengan Mickhail macam ni.

''Sha memang nak tidur sini la malam ni.''

Alasan yang aku memang suka reka.Semenjak pergaduhan dengan Mickhail hari tu.Aku memang tak nak tegur Mickhail dah.siapa suruh sakitkan hati aku hari tu.

"Kenapa tak ajak Mickhail sekali?.''

Sibuknya abang Rafiqin Arshad ni.Kenapa nak kena menyibuk hal orang macam tu sekali?.Aku malas la nak jawab soalan tu.

"Mana baby Nuha?." aku ubah topik.Soalan lain ditanya selepas itu.

"Tidur." eleh.Tapi kak Mira ada kat sini.Mesti la ada baby Nuha.Hish.Memang sengaja kan abang Raf ni.

Langkah dibawa ke tingkat atas banglo tiga tingkat itu.

Pintu bilik abangnya diketuk.

"Ya?." kak Mira ada je.Abang Raf memang...Hish.

"Baby Nuha..."

"Sha...Mungkin dia nak auntie Sha dia." aku ukir senyum.

Bayi 3 bulan itu didukung kemas dalam pelukan.Comel.Comel sangat anak sulung abang Raf ni.Aku nak jugak ada baby comel macam ni.Tapi...Hmm.Tengoklah Mickhail tu.Entah apa-apa perangai.Memang mintak dicampak ke dalam laut betul la.Boleh dia menyakitkan hati aku dengan ayat chincha dia tu.Hurgh.

''Kenapa Sha datang sorang?."

Not you too kak Mira.

"Boleh tak Sha tak nak cerita sekarang?.Sebab..." berhenti.Aku tak nak cerita pada sesiapa sebenarnya.Nampak sangat kan yang aku memang tengah bergaduh dengan Mickhail?.

"Kak Mira faham la.Tak apa.Sha tak perlu cerita pun sebenarnya.Biasalah kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.Tapi dalam kes Sha ni berbeza dengan akak.Sha kenal Mickhail dah lama.Tak pernah bercinta pun.Alhamdulillah ada jodoh.Korang kahwin.Tapi abang Raf dengan akak kenal antara satu sama lain.Bercinta dan berkahwin.Mungkin Sha perlu faham apa yang Mickhail rasa.Sha kena fikir tentang semua tu."

Tapi Mickhail fikir aku tunggu si Harraz tu.Mana ada la tu dulu.

"Mickhail..." air mata mengalir disaat itu.

"Jangan la menangis macam ni.Malu la.Kak Mira kan ada.Sha boleh tinggal sini la.Ni kan rumah family kita.Kak Mira pun adalah sebahagian keluarga Sha sekarang.Cakap nak kak Mira buat apa pada Mickhail.Tendang dia?.Pukul dia?.Tak pun yang ni kan Sha suka.Campak dia dalam laut?.Hmm?.Cepat la pilih yang mana satu."

Amira Aleesya menghapus air mata yang mengalir di pipi adik ipar yang sangat disayanginya itu.

Di balik pintu yang tidak tertutup itu kelihatan seseorang yang sedang mendengar setiap bait bicara mereka.

"Nanti abang Raf nampak.Tak nak menangis macam ni."

Aku berhenti menangis seketika.

Hmm.Bodohnya aku menangis sebab seorang lelaki.Dan semua ni Harraz punya pasal.Kalau aku jumpa Harraz lepas ni.Siap dia aku kerjakan.

''Sha tak nak pergi honeymoon ke?.'' hmm.Mickhail nak ke?.Aku nak je.Siapa tak nak pergi bercuti kan?.Mesti Mickhail bagi alasan nak kerja la apa la.Nak kena campak dalam laut?.

Tak pun buat campfire satu family?.Or...Hmm.Mickhail tu nak ke?.

Siapa je yang boleh ikut ya?.Aku, Neena, Mickhail, Harraz, hmm...Siapa lagi?.Yasmien?.No.Never.Jangan ajak geletis tu.

Hana Quinaisha la.Apa khabar Hana sekarang?.Darrel mesti ikut kan?.Dengar cerita Hana pregnant sekarang.Dah tiga bulan ceritanya.

Rose la.Sharifah Rose.Apa cerita dia dengan Tengku Harriz James tu ya?.Hmm.

Aku nak ajak Rose la.

ROSE

Didailnya nombor itu.

''Yes?.''

''Boleh kita jumpa esok?.Urgent.'' semoga boleh.Sebab aku memang tak nak ajak sesumpah geletis tu.

''Okay.'' senyuman diukir.Yes.

''Sha nak pergi campfire kak Mira."

Pillow Of LoveWhere stories live. Discover now