Bab 1

10.1K 211 10
                                    

"Dah berapa lama kau kahwin? Dah tiga tahun dah, Rafiq. Orang lain umur baya baya engkau ni anak dah dua tiga. Tapi, kau satu pun takde lagi!" Che Hasnah mendengus marah. Dia lebih marahkan menantunya sebenarnya, Maya. Namun, dia lepaskan kepada anak tunggalnya.

Rafiq melepaskan nafas berat. Ibunya ini memang seorang yang panas baran. Tahu mahu menengking saja. Pendek kata tiada langsung ciri-ciri keibuan. Namun, dia harus bersabar. Kerana waktu inilah, dia wujud di atas dunia ini.

Dia memandang ke wajah tua ibunya. "Mak... Sudah-sudahlah tu. Dah berapa kali kita bincang pasal hal ni? Nanti kalau dengar dek Maya tu, mesti dia terasa lagi dengan mak."
"Biarlah dia nak dengar. Memang sengaja aku nak bagi dia dengar. Kau tahu tak? Aku ni dah malu dah. Semua orang kampung asyik tanya je. Hei, Che Hasnah. Kita ni dah ramai cucu. Awak tu bila lagi nak bercucu. Si Rafiq tu dah lama kahwin, tak kan bini dia belum ada isi." Kuat betul suaranya.

Sebenarnya dia hanya menambah. Mana ada siapa kisah pun dengan nasibnya. Kalau ada yang tanya pun sekadar biasa-biasa. Tiada istilah perli memerli. Dia saja membuat cerita. Mahu menyakiti hati anak dan menantunya. Rafiq memandang sekeliling, takut isteri kesayangannya mendengar kata-kata dari mulut lancang ibunya itu. Dia tidak mahu isterinya terluka lagi.

"Biar ajelah apa orang nak kata, mak. Diorang takde dekat tempat kita. Diorang tak rasa apa yang kita rasa. Mulut orang kita tak boleh tutup, mak. Kita sabar ajelah banyak-banyak."
"Kau ingat aku ni tunggul kayu ke asyik nak bersabar je? Macam ni lah. Kalau susah sangat bini kau tu nak beranak.

Aku cadangkan kau kahwin lagi. Anak kawan aku tu single. Cantik pun cantik. Tapi, tak lah cantik sangat macam bini kau tu. Mak dia tu beranak ramai. Aku gerenti kalau kau kahwin dengan anak dia, dengan kau kau sekali dapat anak banyak."

Rafiq terpempan dengan cadangan ibunya itu. Orang tua itu memang tak reti langsung menjaga hati dan perasaan orang lain. Pentingkan diri. Masalah besar sangat ke kalau tak ada anak? Orang lain yang ada anak pun bukan main banyak saja masalah. Ibunya memang macam tu. Suka buat teruk!
Dia memandang tepat ke arah muka tua itu. Kesabarannya sudah menipis.

"Mak cakap apa ni? Nak suruh Fiq kahwin lagi? Tak, mak. Sampai mati pun Fiq tak kan duakan isteri Fiq. Dia cinta pertama Fiq."
"Alaaa... Apa guna cinta tapi tak boleh beranak? Ni mak bagi cadangan. Kalau kau cinta sangat dengan bini kau tu mak tak kisah. Kau kahwin dulu dengan anak kawan mak tu. Nanti bila dah ada anak, kau ceraikanlah dia. Haa, lepas tu kalau kau nak hidup sampai mati pun dengan perempuan tu pergilah. Yang penting, kau bagi mak ni cucu."

Rafiq mencerlung ke arah ibunya. Misalnya, kalau ini bukan ibu kandungnya. Sudah lama dia tampar mulut perempuan tua ini. Biadap! Namun, dia masih waras. Dia menguatkan hati. "Mak.... Kalau mak datang ke rumah Fiq ni, semata-mata dengan cadangan bodoh ni. Fiq rasa baik mak balik. Maaf, mak. Fiq bukan nak kurang ajar dengan mak. Tapi mak memang dah melampau. Fiq minta maaf."

Ucap Rafiq, kemudian dia melangkah ke arah anak tangga. Namun, sebelum sempat dia memijak anak tangga pertama. Ibunya kembali bersuara.
"Sanggup kau kata macam tu, kau halau aku, Mohd Rafiq! Aku ni mak engkau. Yang melahirkan kau dekat dunia ni. Tapi, disebabkan perempuan mandul tu. Kau sanggup derhaka dengan aku. Baiklah, aku boleh balik.

Tapi, kau dengar sini baik-baik. Selagi bini kau tak beranak ataupun mengandung. Aku haramkan kau pijak kaki ke rumah aku. Aku tak kan halalkan air susu aku yang mengalir di tubuh kau dari kau kecil sampai sekarang. Aku nak tengok macam mana kau boleh bahagia dengan bini kesayangan kau tu tanpa aku. Dasar anak tak kenang budi."

Selesai melepaskan marah, dia bergegas masuk ke dalam bilik. Dikemas kain bajunya masuk ke dalam luggage bag. Selesai berkemas, dia terus keluar dari rumah itu. Rafiq yang sedang memerhati tingkah lakunya dia buat tidak nampak. Tiada langsung pamitan.

Selepas menaiki sebuah teksi, dia bergegas ke stesen bas. Balik ke kampungnya di Masjid Tanah, Melaka. Sumpah, dia amatnya bencikan wanita muda yang bernama Maya Mikayla! Sebab perempuan itulah, anaknya yang dulu sopan dan baik kini sudah pandai meninggikan suara terhadapnya.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now