Bab 20

3.7K 136 17
                                    

Kedua belah tangan Maya dipegang erat oleh dua orang jururawat muda ketika melangkah ke bilik putih di hospital ini. Bilik putih bermaksud bilik yang akan dia dikaunselingkan oleh Doktor Lydia sebentar lagi. Bilik ini kosong, tidak mempunyai tingkap. Sebaliknya, hanya mempunyai meja dan dua buah kerusi plastik yang juga berwarna putih. Segalanya putih. Malah, Maya juga turut dipakaikan baju berwarna putih.

Dia yang meminta semua itu sekiranya mahu menjalani rawatan psikiatri kerana putih ialah warna kegemarannya. Sebagai penghormatan, Doktor Lydia bersetuju.
Maya didudukkan di atas kerusi. Dua orang jururawat tadi berdiri di belakangnya. Mereka sedang menantikan kemunculan Doktor Lydia dengan sabar. Tiada suara langsung yang berbunyi.

Berapa minit kemudian, kedengaran suara Doktor Lydia memberi salam. Mereka menjawab kecuali Maya. Doktor Lydia melemparkan senyuman manis. Kemudian, dia menyuruh dua orang jururawat tadi agar beredar memberikan ruang antara dia dan Maya. Mereka akur. Pintu bilik putih itu ditutup rapat. Doktor Lydia berdehem kecil, dan memulakan perbualan.

“Maya macam mana harini? Sihat?" Maya mengangguk perlahan. Namun, wajahnya ditundukkan ke bawah. Doktor Lydia tersenyum lagi. Nampak gayanya, hari ini mood Maya tidak begitu baik.
“Maya... Hari ni, saya akan kaunselingkan berkenaan rawatan mental  awak. Saya harap awak dapat berikan kerjasama yang baik. Boleh, Maya?" Maya mengangguk lagi. Seketika, Doktor Lydia mencatatkan sesuatu di dalam fail yang dibawa olehnya tadi.

“Tapi, doktor. Saya tak gila!" Tiba-tiba Maya bersuara. Matanya yang redup memandang tepat ke wajah Doktor Lydia. Doktor muda itu mengangkat wajahnya.
“Maya...." Panggil Doktor Lydia sebelum menyambung kata. “Sakit mental tak semestinya gila. Sakit mental atau dalam bahasa lain adalah masalah psikologi, kerap berlaku dalam masyarakat yang terdedah dengan pelbagai jenis tekanan ataupun stress yang berpanjangan.

Stigma masyarakat kita hari ini, jumpa pakar psikiatri itu gila. Ia tanggapan yang salah tetapi dalam masa yang sama kita tidak perlu malu kerana apa yang kita lakukan adalah berusaha untuk kembali sihat dan menjalankan tanggungjawab kita." Doktor Lydia menelan liur seketika. “Maya.. Maya tahu kan selama ini Maya mengalami kemurungan yang teruk akibat dari kehilangan...." Doktor Lydia tidak menghabiskan ayat. Sebaliknya dia memerhati gelagat Maya. Kelihatan Maya mengangguk lagi tanda faham.

“Maafkan saya. Untuk pengetahuan Maya, kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami. Tapi, jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit kemurungan. Ianya sangat bahaya tahu, ada orang yang alami kemurungan atau depression sampai boleh cederakan diri sendiri dan diri orang lain tanpa pesakit tu sedar.

Jadi, tujuan saya adakan sesi kaunseling untuk hari ini ialah saya nak tolong awak keluar dari dunia itu. Saya nak tolong awak sihat semula. Saya nak tolong awak jadi ‘Maya' yang dulu. Tapi, dengan syarat. Maya pun kena kerjasama dengan saya. Ceritakan apa yang Maya rasa stress marah-marah sebelum ni!" Maya menggigit bibir.
“Doktor...." Doktor Lydia sabar menanti ayat seterusnya yang keluar dari bibir munggil Maya.

“Saya takut..." Doktor Lydia menarik nafas perlahan. Tangan lembut Maya digenggam memberikan wanita itu sedikit kekuatan.
“Maya takutkan apa? Jangan risau. Segala apa yang apa ceritakan, saya akan percaya. Saya tak kan beritahu orang lain. Ini rahsia kita. Ceritakan saja, Maya. In Sha Allah, saya akan tolong selagi saya  mampu."

“Tapi... Semua orang tak percayakan saya. Bila saya ceritakan apa yang saya nampak dan rasa. Diorang tak percaya. Padahal ‘dia' selalu kacau saya. Paksa saya buat yang bukan-bukan. Sampai kadang tu saya rasa semak. Nak je bunuh diri!" Tanpa sedar, Maya sudah mula menceritakan rahsia hatinya kepada Doktor Lydia.
“Boleh Maya terangkan siapa dia tu?" Doktor Lydia mula bertanya.

“Maya memandang sekeliling ruang bilik itu. Bimbang, budak itu memunculkan diri. “Malika.. Budak tu perkenalkan nama dia Malika. Saya... Saya tak tahu dia datang dari mana. Tapi, dia selalu mengaku yang dia tu anak saya. Darah daging saya sendiri dengan Rafiq."
“Awak percaya yang dia tu anak awak?"
“Tak!!" Pantas Maya menjawab.

“Mula-mula saya tak percaya. Sebab masa tu, saya sedar yang anak kami baru dikebumikan. Itu yang saya tak percaya. Tapi, lama-lama saya cuba pujuk diri saya untuk terima dia. Walaupun, saya tahu dia tu bukan anak saya. Tapi, bila dengan dia. Saya rasa bahagia. Tak pernah saya rasa bahagia macam tu. Even, dengan suami saya sekalipun. Saya betul-betul bahagia." Maya memejamkan kedua-dua matanya, mula membayangkan kenangan bersama Malika suatu ketika dahulu.

“Malika..." Doktor Lydia cuba mengingati nama yang begitu asing di cuping telinganya. “Malika tu... Lelaki ke perempuan? Berapa umur dia?" Maya ketawa kecil. Entah apa yang lucu baginya entah.
“Dah nama pun Malika. Perempuan lah, doktor. Kalau lelaki dah tentu nama  Malik. Umur dia, kalau tak silap saya. 5 tahun."  Doktor Lydia turut tersenyum. Seketika dia menulis sesuatu di dalam fail hitamnya.

Okay, Maya. Kalau awak katakan yang Malika tu perempuan. Dan dia mengaku anak awak. Tapi, awak dah lupa ke? Anak awak yang keguguran tu sebenarnya lelaki? Muhammad Ali Athar kan, nama anak awak? And lagi satu. Anak awak tu ‘gugur’ Maya. Mustahil, tiba-tiba dia boleh bertukar berumur 5 tahun. Awak tak rasa tertipu ke?" Lembut suara Doktor Lydia membalas. Maya terpempan. Bagaikan ada sesuatu yang menghempap kepalanya. Bibirnya digigit kuat.

“Arrghhhhhhh!!!!!" Tak semena-mena dia menjerit kuat. Kepala terasa mahu pecah. Doktor Lydia cepat-cepat menahan Maya daripada terjelopok ke lantai.
“Maya?? Maya... Dengar tak suara saya ni??" Panggil Doktor Lydia. Pipi Maya ditepuk kuat. Maya tidak sedar. Dia menarik rambutnya yang panjang itu sekuat hati. Kesakitan yang satu itu bagaikan tidak dirasa.
“Doktor... Tolong sayaaaa!! Arghhhhh!!!" Maya mengerang kuat.

Doktor Lydia sedikit cemas. Sudahlah waktu itu hanya dia sahaja dengan Maya. Tiada orang lain. Baru berura-ura mahu menelefon seseorang mahu meminta pertolongan, pintu bilik putih itu dibuka oleh seseorang doktor lelaki. Dia ditemani oleh dua orang jururawat yang tadi bersama dengan stretcher. Bagaikan tahu, apa yang terjadi. Dia membawa sedikit peralatan untuk diberikan kepada Maya.
Maya ditenangkan seketika. Keadaan yang tadinya kalut, kini kembali senyap. Doktor Lydia melepaskan nafas lega.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now