"Abang???" Rafiq tersedar apabila ada tangan lembut menyentuh lengan sasanya. Terpisat-pisat dia bangun dari tidurnya. Raut wajah Maya yang tidak bermaya itu dipandang. Maya tersenyum nipis.
"Sayang dah bangun?" Soal Rafiq perlahan. Dahi isterinya dicium.
"Abang... Sakit kepala tu bila abang tidur macam ni." Maya menegur suaminya yang tertidur di atas kerusi. Manakala kepalanya diletakkan di atas tilam isterinya."Mari tidur sebelah Maya..." Pelawa Maya mesra. Wajahnya masih manis.
"Muat ke yang? Badan abang ni boleh tahan besar tau?" Maya ketawa kecil.
"Baring je bang. Cepat lah." Dengan pantas Rafiq baring di sebelah isterinya. Tangan sasanya erat memeluk tubuh ramping Maya. Dia tahu emosi Maya ketika ini stabil, kerana dari percakapan Maya dia kelihatan normal.
"Kenapa mak kurung Maya, bang? Apa salah Maya?" Lirih suaranya sambil memandang ke arah Rafiq. Air matanya mula bergenang.Rafiq mencari anak Maya yang bundar. Dahi Maya dicium kemudian bahu Maya yang dilapik baju hospital berwarna putih diusap manja.
"Mungkin mak ada sebab kenapa buat macam tu. Sayang jangan fikir sangat. Yang penting abang tak kan tinggal sayang lagi. Abang akan ada di sisi Maya sampai Maya sembuh. Dan paling penting sayang kena ingat abang akan sayangkan cinta hati abang ni seumur hidup abang."Rafiq menyeka air mata yang semakin laju menuruni pipi gebu isterinya. Maya mencapai tangan sasa Rafiq itu dan mengelusnya pula.
"Abang... Maya tak gila, kan?" Rafiq tercengang. Lama dia perhatikan wajah pucat isterinya sebelum bertanya.
"Kenapa sayang cakap macam tu? Isteri abang sihat aje. Jangan fikir bukan-bukan. Abang sentiasa ada dengan sayang. Sorry, abang terpaksa tinggalkan sayang dengan mak. Abang janji lepas ni abang tak akan tinggal sayang dah. Abang akan jaga sayang sebaik-baiknya."Maya menatap sepasang mata milik Rafiq. "Maya tahu Maya sakit. Maya dengar apa yang abang dengan doktor Lydia cakap pasal Maya.." Perlahan dia menuturkan ayat. Rafiq tercengang. Segera dia memeluk erat tubuh Maya.
"Sayang dengar apa?"
"Everything. Maya ada masalah mental. Maya gila, abang! Maya tahu Maya dah gila!" Terhambur tangisan Maya di dada bidang Rafiq. Dia menangis dan menjerit kuat. Segera Rafiq menenangkan isterinya itu."Sayang... Hei.. Apa sayang cakap ni? Siapa cakap isteri kesayangan abang ni gila?"
"Abang...." Maya menangkat wajah mencari wajah Rafiq.
"Maya sedar selama ni Maya banyak susahkan abang. Maafkan Maya bang. Maya tak mampu jaga anak kita dengan baik. Kalau lah Maya tak tergelincir...."
"Shhhh... Sayang. Perkara yang dah berlalu biarkan berlalu. Ada hikmah kenapa baby kita dah takde. Abang tak nak sayang ingat apa dah. Jangan fikirkan sangat apa-apa.Maya tak gila, sayang. Maya terlampau stress sebab tu Maya jadi macam ni. Abang minta maaf kalau lately ni abang jarang ada dengan Maya. Abang terlalu sibuk kerja. Abang janji lepas ni abang akan lebihkan masa dengan Maya. Okay, sayang?" Maya mengangguk.
"Kadang-kadang Maya rasa Maya tak boleh kawal diri Maya. Rasa sedih, sampai Maya rasa serabut, sakit kepala. Sampaikan Maya rasa abang tak sayangkan Maya.Sayu Rafiq mendengar luahan hati isterinya itu. Dia faham situasi isterinya, sakit! Ya isterinya itu sakit! Dia akan berjanji akan berbuat apa saja supaya isterinya itu sihat sahaja. Dia rela berhabis tenaga, berhabis wang semata-mata mahu Maya sihat kembali seperti biasa.
"Abang sayangkan sayang. Abang janji abang tak kan tinggalkan sayang. Maya cinta hati abang. Macam mana abang nak hidup kalau Maya takde? Please, sayang.
Jangan fikir bukan-bukan. Abang akan usaha supaya Maya sihat macam biasa. Doktor Lydia pon dah uruskan untuk buat ujian psikriatri dekat sayang. Sayang setuju, okay?" Maya sedikit terkejut."Ujian macam mana?"
"Untuk check kesihatan sayang lah. Abang nak sayang sihat macam biasa. Dia nak buat penilaian and diagnosis. Dia juga nak adakan sesi kaunseling dan rawatan psikoterapi nanti. Abang harap sayang setuju, ye?"
"Abang...." Panggil Maya manja.
"Kalau terbukti Maya gila, abang masih nak bersama dengan Maya lagi tak? Abang nak ke beristerikan perempuan gila dan tak mampu jaga abang dengan baik?" Dipandang sayu wajah suaminya.Rafiq melepaskan nafas berat. Bahu isterinya dirangkul penuh kasih.
"Sayang.... Sayang cakap apa ni. Isteri abang ni baik-baik saja. Sayang cuma alami gangguan emosi sikit. Tak bermakna sayang gila. Rawatan ni bukan untuk membuktikan sayang gila atau tak. Dia cuma nak hilangkan atau kurangkan stress sayang. Doktor Lydia akan tolong sayang selesaikan masalah ni. Nanti apa je yang sayang rasa nak share, share aje dengan dia. Maya sayang abang, kan?"Isterinya mengangguk lagi.
"Okay. Sayang rehatlah. Abang tak nak kacau lagi. Tutup mata ye, sayang?"
"Tak rindu Maya ke?" Terkulat-kulat Rafiq memandang isterinya yang sudah membuat muka comel. Dia tersenyum sambil mencuit manja hidung mancung isterinya.
"Jangan nak goda abang, eh? Sayang tu baru je nak sihat. Abang tak nak sayang sakit balik nanti. Sayang bukan tak tahu adik abang ni bila beraksi dengan sayang ni macam mana."Sempat lagi dia berbicara nakal dan dibalas dengan ketawa Maya dengan perlahan. Manja betul isterinya itu.
"Yelah, Maya tidur balik. Kepala ni rasa pening pula."
"Pening ke? Meh sini abang picit." Rafiq baru bangun dari pembaringan segera disekat oleh Maya.
"Eh. No need. Sikit je ni. Abang tidur sebelah Maya. Muka tu nampak sangat mengantuk tu." Wajah Rafiq yang jelas keletihan itu diusap manja. Segera jejaka itu menangkap pergelangan isterinya dan dicium penuh kasih."Demi sayang, abang rela sakit. Abang rela berkorban. Apa sangat setakat nak jaga bini abang yang cantik ni dekat hospital. Berbanding dengan apa yang sayang dah bersusah payah untuk abang selama ni." Maya menahan hati. Dia tahu Rafiq ikhlas menjaganya. Ikhlas menyayanginya. Tetapi, sumpah dia tidak mahu lelaki itu jatuh sakit semata-mata untuk menjaganya atas dasar cinta yang mendalam.
"Abang ni... Maya tahu abang sayang Maya. Jangan lah bagi sedih pula. Kita nak tidurlah, bang." Rafiq ketawa.
"Opps, sorry! Sayanglah, bagi abang jadi jiwang malam ni. Nak tidur, eh? Okay, jom tidur. Abang dodoikan sayang." Pantas dia menepuk pinggung isterinya dengan manja sambil tangan kiri memain anak rambut Maya. Itulah tabiat isterinya bila mahu tidur. Mahu dimanjakan. Dia tidak kisah, yang paling penting Maya bahagia dan sihat. Dia tidak sanggup melihat Maya sakit lagi.Hati lelakinya tidak kuat. Selang beberapa minit, dia turut tertidur sambil tangannya memeluk erat tubuh yang semakin kurus itu.
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
RomanceDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘