Bab 7

5K 127 0
                                    

Rafiq menyandarkan badan pada kerusi malas sekejap. Dia melepaskan nafas berat. Kepalanya berdenyut kerana tidak cukup tidur.Orang ramai yang hadir di rumah Che Hasnah untuk sama-sama menguruskan jenazah anaknya dipandang sepi. Dia teringatkan perbualan bersama Doktor Lidya di Mahkota Medical Center pada lewat pagi semalam.

"Are you serious, Lidya?"
"Yes, . You just need to be patient. As you know, this is normal for married couples."
"Patient? You nak suruh I sabar? You tahu tak dah berapa lama I tunggu isteri I pregnant. Bila pregnant, she's had a miscarriage! I tak tahu nak cakap apa dengan dia dah. Macam-macam barang dah I belikan for our baby but..."

Rafiq tidak mampu terus kata-katanya. Air mata yang mengalir diseka. "I tak sanggup tengok keadaan Maya. She must be depressed! Dia betul-betul teruja bila dapat tahu jantina baby . It's a boy. Yeah, my baby is a boy." Doktor Lily tersenyum hambar. Dia menarik nafas seketika. Wajah tampan kenalan barunya itu dipandang kasihan.

"I tahu you sedih. But, as a doctor you should be postive. You know what, isteri you mengalami keguguran lewat. Keguguran lewat ni dia tak kerap sangat berlaku. It's occurs in about one in 100 pregnancies. Kehilangan yang berlaku pada lewat kehamilan ini boleh jadi sangat sukar untuk dihadapi oleh mana-mana parents.

So in this stage, I harap you jangan tinggalkan isteri keseorangan, doktor. Jangan biarkan Maya rasa keseorangan. I takut dia rasa tertekan. You know what I mean?" Dia tidak menjawab. Bibir digigit perlahan. Doktor wanita muda itu dipandang sekilas.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Fiq... Ustaz Adam dengan orang kampung yang lain dah lama tunggu Fiq. Tak elok lambatkan urusan pengurusan jenazah, nak." Che Hasnah memujuk anaknya dengan lembut. Wajah tua itu sembab kerana terasa sedih atas kehilangan cucu sulungnya. Walau bagaimana sedih Che Hasnah, sedih lagi Rafiq dan Maya. Itu anak mereka. Janin yang baru membesar di dalam perut Maya. Yang masih belum sempat mengenal dan melihat dunia ini namun Allah lebih sayangkannya. Dia pergi dahulu dari mereka. SubhanaAllah, sungguh ada hikmah di sebalik semua ini.

Rafiq mengangguk kecil. Dia bangun dari sofa dan terus ke ruang tamu. Dia diminta untuk memandikan jenazah anaknya atas bantuan Ustaz Adam. Tubuh kecil kebiruan yang sudah cukup sifat itu dipandang sayu. Diletak di lengan untuk dimandikan. Rafiq menahan air mata. Tubuh kecil itu agak sukar untuk dimandikan namun nasiblah Ustaz Adam sabar untuk membantunya.

Segala arahan dari ustaz muda itu diikut, perlahan-lahan dia meratakan air kapur barus, air bidara dan air mutlak di badan si kecil yang sudah tidak bernyawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Segala arahan dari ustaz muda itu diikut, perlahan-lahan dia meratakan air kapur barus, air bidara dan air mutlak di badan si kecil yang sudah tidak bernyawa. Jari-jemari, tapak kaki, kepala yang berbentuk kecil dari bayi diusap perlahan. Mulut dan hidung juga berbentuk kecil. Ini anaknya, darah dagingnya. Dia tidak perlu takut. Anak ini lahir sebagai tanda cinta antara dia dan isterinya.

Selesai memandikan, kini tibalah masa untuk mengafankan jenazah. Suasana ketika ini cukup sayu. Maya masih belum dapat meredhakan dirinya. Wajah ayu itu masih tetap ada walaupun mukanya sudah merah kerana banyak menangis. Dia menangis lagi, melihat jenazah anaknya yang terbaring kaku. Che Hasnah ada di sebelah. Diusap lengan menantunya supaya bersabar.

Rafiq meletakkan mayat anaknya dengan perlahan di atas tilam kecil yang sudah dibentangkan kain kafan. Wajahnya turut merah. Ustaz Adam mengafan si mayat dengan lemah lembut. Di kala ini, dia membenarkan keluarga si arwah untuk melihat wajahnya buat kali terakhir. Maya dan Rafiq mencium wajah anak mereka yang baru membentuk. Tiada langsung perasaan gerun mahupun takut.

Che Hasnah turut melakukan hal yang sama. Ustaz Adam mengamit kepada pembantunya sambil membisikkan sesuatu. Kemudian, dia bersuara.
"Alhamdulillah, kita dah selesai memandi dan mengafan jenazah. Kini masanya untuk mengebumikan. Ayahnya, dah ada nama untuk si arwah?"
Rafiq mengangguk. "Muhammad Ali Athar." Ya itu nama anaknya yang sudah pun dipilih. Muhammad adalah untuk Nabi Muhammad, Ali adalah bermaksud darjat yang tinggi manakala Athar bermaksud suci dan bersih.

Maya memandang wajah tenang suaminya. Dia tahu di luar saja suaminya bersikap tabah, namun di dalam hati suaminya berasa sedih. Sedih yang teramat. Ustaz Adam dan orang kampung yang lain sudah bersiap sedia untuk pergi ke kubur. Mereka akan berjalan kaki kerana tapak perkuburan tidak jauh mana dengan rumah Che Hasnah. Sebelum pergi, Ustaz Adan mengazankan serta beriqamat di halaman rumah Che Hasnah.

Maya tidak ikut ke kubur. Dia tidak sanggup. Di sisinya ada Farah, anak saudara Che Hasnah merangkap sepupu ke Rafiq. Dia melirik mata melihat susuk tubuh suaminya yang memangku jenazah anak mereka berjalan kaki bersama orang kampung. 'Selamat tinggal anakku. Tunggu kedatangan ibu, sampai masa pasti kita ketemu.'

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now