🌸SETENGAH JAM SEBELUM🌸
"Tuk... Tuk... Tuk..."
Kedengaran tingkap bilik tidur diketuk dari arah luar dengan agak kuat. Maya yang baru lepas melakukan solat maghrib secara berseorangan tersentak. Dia segera menanggalkan telekung dan selendang berwarna kelabu dibelit ringkas. Dia melangkah ke tingkap kayu rumah Che Hasnah. Perasaannya agak was-was. Siapa yang yang ke rumah orang waktu maghrib macam ni? Ketuk tingkap pula tu. Kalau ketuk pintu masuk akal juga.
Baru sahaja mahu melangkah tiba-tiba dia tersepak satu mangkuk plastik kecil. Dalam itu ada beberapa keping duit syiling. Banyak juga, habis bersepah di atas lantai. Maya mengerutkan kening. Mana datang pula mangkuk ni. Tiba-tiba ada je, dekat lantai. Tadi tak ada pun. Persoalannya, siapa yang letakkan duit-duit syiling di dalam ni? Rafiq barangkali. Tetapi, Rafiq bukan seorang yang gemar letakkan barang merata-rata. Dia seorang yang pembersih dan kemas. Pelik!
Dia mengabaikan saja. Malas mahu mengutip, nanti-nantilah. Perasaan was-was tadi masih ada lagi. Namun, cepat-cepat dia tenangkan hati. Tiada apalah. Tingkap kedengaran masih diketuk. Kali ini, lagi kuat dari tadi. Macam hendak roboh. Maya pantas membuka tingkap dan.....
Kedengaran tiupan angin bertiup kuat. Habis menggerbang selendang yang dipakai. Cepat-cepat dia memegang selendangnya. Dia memandang ke luar tingkap. Tiada siapa. Hari semakin gelap. Langit kelihatan seperti mahu hujan. Dapat dengar guruh berdentum walaupun hujan belum kunjung tiba.
Maya mengerling ke arah kiri. Tiba-tiba....
Dia ternampak seorang budak kecil yang sedang merenungnya dengan pandangan yang cukup tajam. Tiada senyuman di wajahnya seperti selalu. Maya penasaran. "Astarfirullahalazim..." Dia beristighfar. Cepat-cepat dia menutup tingkap. Namun, entah mana datangnya tangan kecil. Tangan itu menghalang Maya dari menutup tingkap. Kudratnya sangat kuat biarpun tubuhnya kecil. Maya tidak berputus asa. Dihimpit badannya supaya tingkap kayu itu dapat ditutup. Namun, hanya sia-sia.
Malika! Ya, Malika memang kuat. Maya tidak mampu bertanding dengan kekuatan Malika. Tiba-tiba Maya rebah ke lantai. Dia meringai kesakitan. Diusap lengannya yang sengal. Matanya memandang Malika. Air liur ditelan berkali-kali.
"Tolong... Tolong jangan kacau aku. Aku tak buat salah apa-apa dengan kau... Jangan kacau aku!" Rayu Maya. Air mata yang mengalir segera ditahan."Mama...." Malika memandang sayu ke arah Maya. Wajahnya sengaja disedihkan untuk memancing perasaan Maya. Entah bila dia masuk. Tiba-tiba sahaja sudah berada di dalam bilik itu.
"Maa.. Malika datang ni nak bawa mama.. Kita pergi jauh ye, ma? Jauh dari sini?" Maya mencerlung memandang wajah itu. Entah mana keberaniannya datang, dia sendiri tidak tahu.
"Kau nak bawa aku pergi mana? Kau nak culik aku ke, hah?" Malika tersenyum penuh makna."Kita bina hidup baru. Manusia dekat sini kejam. Diorang tak sukakan Malika. Diorang nak pisahkan Malika dengan mama. Kita pergi tempat Malika ye, ma? Sana jauh dari sini. Malika tak nak duduk dekat sini. Sini takde orang suka dekat Malika. Semua orang nak hapuskan Malika. Diorang selalu baca mantera nak bagi badan Malika sakit-sakit.." Malika bersuara amat manja. Menarik perhatian Maya yang berjiwa lembut itu.
Kalau sesiapa yang mendengar rintihan anak kecil itu pasti akan berasa kasihan. Lihat sahaja wajahnya yang comel, pasti ramai yang jatuh suka kepadanya.
Sayu Maya mendengar rintihan anak kecil itu. Seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa, dibenci oleh manusia. 'Manusia?? Siapa manusia yang membencinya? Mak? Abang? Yaa, mesti abang. Suami aku!' Hati Maya berdetis.
"Malika... Malika jangan sedih, ye? Mama janji mama tak kan biarkan Malika sedih lagi. Takde siapa yang bencikan Malika." Maya bersuara lembut. Maya comel itu dipandang sayu.Malika menyisipkan senyuman. "Tapi, ma... Kita kena pergi jauh... Jauh dari sini... Malika nak mama je.." Tanpa Maya sedar, tangan kecil itu sudah memegang tangan lembut. Pantas dia berdiri. Langkahnya diatur dengan begitu perlahan menuju ke arah tingkap.
🌸🌸🌸🌸🌸
Rafiq mengeluarkan sebatang rokok dunhill di dalam kotak yang sudah lama dibelinya. Sudah lama dia tidak merokok. Kali terakhir dia merokok lebih kurang 6 tahun dulu. Permulaan masa dia dan Maya berkenalan, sebelum dia ke UK dulu. Maya sudah meletakkan syarat agar dia berhenti merokok sekiranya benar Rafiq mahu memperisterikannya. Akhirnya, Rafiq akur. Oleh kerana cinta dan sayang, Rafiq memilih untuk berhenti merokok.
Dia tidak tahu kenapa dia membeli rokok hari itu dan tiba-tiba sahaja hari ini dia jadi gian mahu merokok. Dia pun tidak faham, kenapa dirinya berubah hingga sebegini. Rafiq menyalakan api rokok. Disedut sekali. Terbatuk-batuk dibuatnya oleh kerana sudah lama ditinggalkan tabiat itu. Sampai merah matanya. Kali kedua dicuba. Kali ini agak baik sikit. Nikmat ketika menyedut asap itu sedap tak terkata. Fuhhh!!
"Fiq...." Tiba-tiba Che Hasnah muncul di depan muka pintu ketika Rafiq sedang duduk di beranda rumahnya. Dia tidak perasan apa yang dilakukan oleh Rafiq ketika itu. Rafiq yang terkejut dengan kedatangan ibunya cepat-cepat mencampakkan rokok yang dinyalakan tadi bersama sekotak rokok yang belum digunakan ke bawah rumah. Tindakan spontan kerana terkejut.
"Kenapa, mak?" Soal Rafiq. Dia membetulkan duduk. Gabra! Che Hasnah melepaskan nafas.
"Kau buat apa ni maghrib-maghrib melepak dekat luar rumah? Orang, maghrib ni la kena duduk dalam rumah. Tutup pintu, tingkap semua tu. Syaitan masa ni lah diorang aktif sangat-sangat. Dah, masuk cepat." Che Hasnah mengeluarkan arahan. Kain telekung putih yang dipakai diangkat sedikit agar tidak meleret ke lantai. Dia baru menghabiskan solat maghrib.Rafiq mendengus. Matanya dialihksn dari memandang wajah ibunya.
"Merepek lah, mak ni. Ada je perkara tahyul yang nak dibebelkan." Terbuntang mata Che Hasnah mendengar ayat yang keluar dari bibir anaknya. Giginya dikancip.
"Tahyul kepala hotak kau!" Ambikkk! Padan muka kena maki👏👏"Aku bercakap benda yang betul. Kau tu yang merepek. Bodoh sombong sangat ni kenapa? Dah, masuk! Kau dah solat maghrib ke belum ni?" Matanya masih memandang ke wajah anak tunggalnya itu. Kelihatan Rafiq mengeliat kecil.
"Kejap lagilah. Awal lagi." Bersahaja Rafiq melontarkan ayat. Tiada langsung riak bersalah.
"Awal kau kata? Habis kau nak tunggu hujung waktu baru nak solat? Solat dalam keadaan kelam kabut macam tu mana berkat. Kita nak solat ni, kena buat dalam keadaan tenang.Bacaan pun kena betul. Tahu hukum tajwidnya. Barulah berkat hidup kita. Ya Allah... Kau tu dah besar panjang Mohd Rafiq oi. Dah tua dah! Tak kan aku nak kena bebel macam kau ni budak. Aku rasa lagi baik kau jadi budak lah. Senang je aku jaga kau dulu. Dengar cakap aku. Bukan macam sekarang. Harapkan badan je besar, otak kecik nak buat apa." Che Hasnah terus membebel kepada Rafiq. Rafiq macam biasalah. Buat muka toya sahaja.
"Yelah.. Yelah... Nak masuk lah ni. Mak ni bisinglah." Dia bangun dari duduk. Baru sahaja Che Hasnah mahu membalas. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat. Bunyi seperti orang menjerit. Seketika mereka berpandangan.
"Fiq.. Bunyi apa tu?" Tanya Che Hasnah kalut. Rafiq menggeleng.
"Tak tahu, mak. Bunyi macam suara perempuan. Entah-entah..." Seketika Rafiq berjeda. Minda cuba memproses itu mengingatkan sesuatu."Maya!!" Serentak suara mereka bergabung. Pandangan mata mereka melerek ke halaman rumah. Mata mereka tertatap ke arah satu figura manusia. Segera Rafiq bersuara dengan agak kalut.
"Mak... Itu Maya, mak! Apa dia buat malam-malam. Lari-lari macam tu?" Jarinya ditundimg ke arah Maya yang sedang berlari-lari anak.
"Sayanggggg???" Rafiq menjerit kuat dengan harapam Maya memandang ke arahnya. Che Hasnah menepuk bahunya."Ma sha Allah. Kau tunggu apa lagi, Fiq? Pergi kejar Maya cepat! Ya Allah, kau janganlah bagi apa-apa terjadi dekat menantu aku!" Segera Rafiq membuka langkah mengejar Maya yang semakin menghilang. Manakala, Che Hasnah masuk cepat-cepat ke dalam rumah mahu menghubungi seseorang. Lantaklah, Rafiq nak marah ke apa! Yang penting, dia tahu apa yang dia buat!
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
RomanceDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘