“Arghhhh!!" Jerit Ustaz Hadi tiba-tiba. Dia tertunduk sambil memegang perutnya yang sakit itu akibat ditendang oleh Malika di alam ghaib. Ustaz Adam ingin membantu namun, dia menahan dengan tangan.
“Kita teruskan, Dam. Aku takde apa-apa." Ujar Ustaz Hadi. Dia menarik nafas dan kembali berdiri.“Aku tak akan kacau keluarga ini kalau mereka yang tak kacau aku. Aku ke sini hanya kerana janji... Dia... Arghhhh...." Makhluk itu menjerit tiba-tiba tanpa sebab dia bersuara. Ustaz Adam dan Ustaz Hadi masih berusaha menentang syaitan yang direjam itu sehingga badan mereka berpeluh. Lantunan ayat-ayat al-Quran tidak putus dari bibir masing-masing. Seketika suasana kembali senyap.
Malika akhirnya telah berjaya dibakar.Asap yang berkepul-kepul tadi hilang sekelip mata. Bagaikan magik! Tiba-tiba mereka dikejutkan lagi dengan kejutan.
“Tolonggg...!!" Bunyi satu suara. Semua pandangan menghala semula ke arah semak tadi. Kelihatan Maya merangkak keluar dari semak itu. Badannya benar-benar tak bermaya.“Ma Sha Allah! Cepat bantu dia!!" Pinta Ustaz Adam kalut. Terkocoh-kocoh mereka semua berlari ke arah Maya, kecuali Imam Latiff. Dia duduk kepenatan dan menahan sakit. Rafiq yang jalan sedikit capik segera memeluk erat tubuh isterinya. Wajah isterinya dicium bertalu dengan lafar syukur. Dia mengabaikan pandangan mata mereka. Biarlah, Maya isterinya.
“Syukur... Sayang dah selamat. Abang risau sangat tahu tak? Abang sayangkan sayang.." Rafiq membisik lembut ke arah telinga Maya yang terdedah itu. Maya mengerutkan kening tanda tidak faham. Sebenarnya, dia masih dalam keadaan separuh sedar.
“Tutup rambut Maya, doktor." Pesan Ustazah Hawa kepada Rafiq. Tidak kiralah dalam apa jua keadaan, aurat wanita dan lelaki wajib dijaga. Tambahan pula, Maya seorang yang berhijab semasa dia keadaan sihat. Kalau dia tersedar, semestinya dia akan berasa malu. Rafiq mengangguk. Selendang kelabu di tangannya dibelit kepada kepala Maya dengan ala kadar.
“Abang... Apa yang jadi ni? Kenapa ramai-ramai ni? Apa yang dah jadi dengan Maya? Kaki abang ni kenapa?" Soal Maya bertalu-talu. Sempat lagi dia melihat suaminya itu berbalut kemas. Rafiq hanya tersenyum tawar. Pipi isterinya dielus lembut.
“Semuanya dah berakhir, yang. Abang yang salah. Semuanya sebab abang, Maya jadi macam ni." Ujar Rafiq. Matanya memandang mata Maya.“Syukur semuanya dah selesai. Lepas ni kalau ada apa-apa lagi yang berlaku. Jangan segan silu nak beritahu kami. Sesungguhnya syaitan itu wujud. Dia sedaya upaya nak menyesatkan manusia dari berpaling kepada Allah." Rafiq sedikit terasa dengan ayat Ustaz Adam itu. Itulah dirinya yang dulu. Terlalu tegas menegakkan bahawa dia tidak langsung mempercayai apa yang berlaku kepada Maya sebelum ini. Dia sangat terasa!
“Betul tu, Maya. Relakan pemergian anak Maya, ye? Percayalah cakap akak. Semua yang berlaku ni mesti ada hikmahnya. Maya cuba lagi hamil, ye? Mudah-mudahan zuriat kali ni menjadi? Lupakan apa yang berlaku. Fokus kepada hari yang akan datang." Ujar Doktor Atieqah pula tanda memujuk. Semangat Doktor Atieqah sudah pulih. Mujurlah tiada apa yang terjadi kepada dirinya. Syukur!
Maya membalas senyum. Dia sudah faham apa yang terjadi kepada dirinya. Baru dia ingat, tadi di rumah Che Hasnah dia terdengar seseorang mengetuk tingkap. Dia membuka. Ya, Malika yang membuat dirinya jadi sebegini. Kemudian, dia terus tidak mengingat apa yang berlaku.
“Terima kasih, ustaz... Terima kasih semua... Memang saya terlampau ikutkan perasaan. Saya tak boleh terima kenyataan yang anak kami dah tak ada. Saya..." Maya tidak mampu meneruskan ayat. Dia menangis menyesali nasib dirinya. Rafiq menyabarkan isterinya malah, Che Hasnah menepuk lembut bahu Maya. Memberi menantunya itu kekuatan.
Ustaz Adam tersenyum tawar. “Dekatkan diri dengan Allah. Nescaya kita akan berasa tenang. Kalau selama ni solat kita tunggang terbalik, solat tergesa-gesa. Cuba solat di awal waktu. Solat subuh jangan tinggal, kita juga akan berasa sayang sekiranya tidak melakukan solat yang lain. Cuba ambil masa sedikit baca al-Quran. In Sha Allah, percayalah. Kita akan selamat dari ‘gangguannya'." Pesan Ustaz Adam lagi.
Maya menggigit bibir. Ustaz Adam seperti tahu itu habitat mereka suami isteri selama ini. Maya akui dia dan Rafiq jarang bersolat, atas alasan sibuk. Malah, kitab al-Quran pun sudah lama dia tidak sentuh. Dibiarkan saja di dalam almari rumahnya sebagai perhiasan. Nama sahaja islam, tetapi mereka jahil agama! Allahuakhbar!
“Betul kata ustaz tu. Lagi satu mak nak tanya. Patung budak tu, siapa yang bagi dekat Maya? Dah lama mak nak tanya. Tapi, mak tak berani." Akhirnya Che Hasnah bersuara. Dari tadi dia diam mendengar sahaja mereka berbual.
“Mak.. Patung tu. Maya jumpa dekat ruang tamu masa malam tahlil arwah Ali Akhtar. Maya tak tahu siapa punya. Tapi, patung tu macam memanggil-manggil Maya itu jaga dia." Maya berkata jujur. Mereka semua terkejut.
“Astarghfirullahalazim... Kenapa boleh jadi macam ni." Imam Latiff menggeleng kepalanya. Seketika dia melihat Maya dan Rafiq bersilih ganti. Dapat dilihat Rafiq tidak senang duduk.“Nanti balik. Serahkan dekat saya patung tu. Saya yakin patung tu ada tujuannya tertentu. Dia bukan patung biasa-biasa. Kamu ingat dekat mana kamu letak patung tu?" Soal Imam Latiff lagi kepada Maya. Maya menangguk.
“Saya campak dia ke dalam sungai dulu. Tapi sehari lepas tu saya nampak dia dekat bilik kami pula. Saya tak tahu nak buat apa. Saya... Saya.. Saya letak dia dalam stor. Saya nak bakar dia taoi, saya takut." Ustaz Hadi mengangguk tanda faham.“Nak bakar dia pun ada cara dia. Tak boleh bakar seberono macam tu je. Takpe, kejap lagi semua kita ke rumah Mak Nah. Bagi kami patung tu. In sha Allah, lepas ni tak jadi apa dah." Jelas Ustaz Hadi sambil memandang ayahnya. Imam Latiff tersenyum tawar. Bangga anaknya itu sudah sedikit mahir menggunakan ilmu yang dia turunkan kepada dia dan Ustaz Adam.
“Ustaz... Sebenarnya.... Saya yang salah.. Maya jadi macam ni semua sebab saya..." Tiba-tiba Rafiq bersuara. Bibirnya menggeletar ayat mengucapkan ayat itu. Dia pasrah. Biarlah rahsia yang disimpannya selama ini terbongkar. Dia tidak sanggup lagi melihat keadaan isteri itu. Dia tidak sanggup melihat isterinya yang sering sakit itu. Biarkan dia saja yang dipersalahkan. Biarkan saja dia tanggung dosa-dosa yang dia buat! Dia sanggup!
Doktor Izhar memegang lembut bahu sahabatnya itu. Dia pelik apa pula yang Rafiq lakukan kepada Maya. Rafiq sangat sayangkan Maya, apa pula salah dia kali ini?
“Kenapa ni? Kau buat salah apa, bro?" Soal Doktor Izhar.
“Sebenarnya..Aku.... Aku..." Rafiq memandang setiap orang. Mulutnya masih menggigil. Badannya terasa seram sejuk.“Aku yang bomohkan Maya..."
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
RomanceDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘