"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau berkatilah keluarga kami, Engkau limpahkan lah rezeki Yang murah kepada keluarga kami, Engkau limpahkan lah kasih sayangmu kepada keluarga kami, Engkau limpahkan lah kebahagian kepada keluarga kami, Engkau limpah kan lah rahmatmu kepada keluarga kami, Engkau limpahkan cahaya penerang ke jalan Yang lurus kepada keluarga kami dan Engkau limpahkan lah petunjuk nur taufiq dan hidayah mu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau lindungilah keluarga kami daripada segala perbuatan syaitan, perbuatan dengki, perbuatan khianat, perbuatan Yang tidak dingini, kecelakaan, kemalangan, musibah dan segala kejahatan. Hanya Engkau yang selayaknya kami sembah dan kami memohon petunjuk.
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina 'adzaban naar, subhana rabbika rabbil izzati amma yasifun wasalamun alal mursalin walhamdulillahirabbil alaamiin.
Amin ya Rabbal 'Alamiin."Ustaz Adam mengaminkan bacaan doa dan merautkan mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Dia sebagai imam semasa melakukan solat maghrib di rumahnya pada ketika itu. Makmumnya ialah isteri serta dua orang anak lelakinya iaitu Aqeel dan Afeef. Masing-masing berumur antara 5 dan 3 tahun.
Ustaz Adam menyua tangan supaya anak-anak itu menyalamnya. Serentak itu, kedua-dua wajah comel itu dicium penuh kasih. Giliran Ustazah Hawa pula bersalam dengan. Ubun-ubun Ustazah Hawa yang dilapik telekung putih itu dicium manja. Romantik habis! Mereka membalas senyuman. Seketika Ustaz Adam memandang kedua-dua wajah anak-anaknya.
"Anak-anak ayah...." Serentak kedua beradik itu memandang ke wajah ayahnya.
"Abang dengan adik faham tak doa apa yang ayah baca tadi?"
"Doa apa?" Ustaz Adam tersenyum dengan soalan si kecil Afeef. Sama-sama petah seperti abangnya."Kita sebagai satu keluarga. Ayah tak nak anak-anak ayah jadi musuh sesama sendiri. Ayah nak anak-anak sayang antara satu sama lain. Tak kira anak-anak ayah dengan ibu ni dah besar ke... Kecil ke. Ayah nak anak-anak ayah ni kekalkan perangai macam ni. Kalau kita asyik bergaduh sesama kita, hidup kita tak berkat. Jiwa kita tak tenang. Abang dengan adik pun tak boleh derhaka dengan ayah dan ibu.
Kalau adik dalam kesusahan abang kena tolong. Macam tu jugak dengan adik. Jangan asyik gaduh je. Abang dengan adik faham tak?" Serentak kedua-dua mengangguk. Si abang bersuara.
"Ayah... Abang minta maaf selama ni abang banyak buat salah dengan ayah. Abang selalu gaduh dengan adik, yah.." Ustaz Adam tersenyum. Kepala anak sulungnya diusap."Anak-anak ayah ni baik-baik... Bagus-bagus. Ayah selalu maafkan anak-anak ayah. Nanti bila adik baru keluar, kita doakan adik baru sama-sama jadi pandai dengan baik macam abang Aqeel dan Afeef, nak?" Ustaz Adam memandang wajah anak-anaknya satu persatu.
Aqeel kelihatan teruja. "Adik baru? Hoorayyyy!!!" Serentak Aqeel dan Afeef bertepuk tangan kegembiraan. Ustaz Adam dan Ustazah Hawa hanya ketawa melihat telatah anak-anak mereka.
"Ibu... Nanti bila dah ada adik boleh tak panggil abang dengan adik along dengan angah?" Wajahnya penuh pengharapan. Berkelap-kelip matanya memandang Ustazah Hawa.
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
RomanceDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘