Bab 9

4.5K 119 0
                                    

Rafiq melangkah masuk ke bilik. Kemudian, dia mengunci pintu. Isterinya yang berada di bucu katil dipandang. Dengan perlahan dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Diteliti wajah cengkung itu. Benar kata Che Hasnah. Maya Mikayla tidak terurus. Wajah ayu itu sudah kehilangan seri. Badan yang dulu agak montok kini kian susut. Isteri kesayangannya kelihatan seperti orang sakit.

"Sayang??" Maya berdiam diri.
"Sayang... Kan abang panggil ni." Dipegang dagu Maya. Serentak mata mereka berpandangan. Rafiq terlampau rindukan isterinya. Ingin sekali dia mencium bibir munggil isterinya namun ditahan. Dia tahu Maya pastu akan melenting. Dia rindukan renungan redup isterinya. Pandangan menggoda berserta senyuman yang cukup manis.

Dia rindukan layanan istimewa isterinya sebelum mereka tidur. Dia rindukan morning kiss isterinya sebaik sahaja dia membuka mata di waktu pagi. Tetapi, dihadapannya kini, Maya tidak ubah seperti patung yang tidak bernyawa. Tiada perasaan.

"Sayang kenapa tak makan? Tak lapar ke? Harini mak masak ayam stim dengan sayur sawi campur karot dengan minced beef. Bagus untuk ibu yang lepas bersalin." Rafiq bercerita dengan teruja. Sengaja mahu menghidupkan suasana ceria.
"Tapi, anak kita dah takde."

Rafiq menelan liur. Dia sudah tersalah cakap. Membangkitkan hal kematian anak mereka, Ali Athar.
Senyuman hambar ditayang.
"Sayang nak makan sini ke atau nak turun bawah?" Dialihkan soalan lain pula. Kata-kata isterinya tidak dilayan. Maya tidak menjawab. Dia memandang hujung kakinya. Rafiq berdehem kecil.

"Sayang tunggu kejap tau. Abang ambilkan nasi. Lepas makan abang mandikan sayang, ye?" Dia memujuk lagi.
"Tak nak!" Rafiq terpempan. Tidak pernah Maya meninggikan suara kepadanya. Namun, dia bersabar. Cuba berfikir positif, isterinya itu di dalam mood yang tidak stabil.

Dengan langkah perlahan, sebelum pergi ke dapur. Bilik yang suram kini kembali cerah apabila dia menyelak kain langsir membiarkan cahaya masuk. Kemudian, dia turun semula ke dapur ingin mengambil hidangan tengahari buat isterinya yang tercinta tanpa berpaling ke belakang.

🌸🌸🌸🌸🌸

Rafiq terjaga dari tidur. Sempat dia mengerling ke jam dinding yang menunjukkan pukul 2 pagi. Dia memejam semula mata. Mengantuk! Tangan sasanya meraba isterinya di sebelah. Namun, perlakuannya terhenti. Tempat isterinya kosong tiada orang!

Dia bingkas bangun dari katil. Dipandang sekeliling bilik tidur dinding kayu yang berwarna coklat gelap itu mencari isterinya. Namun, hatinya hampa lagi. Maya Mikayla tiada di situ. Dia bergerak ke jendela kayu, mahu menutup jendela yang tidak tahu masa bila terbuka.

Angin bertiup agak kuat menandakan hari mahu hujan. Langsir bewarna maroon melayang-layang mengikut gerakan angin. Cepat-cepat dia tutup. Dia mahu mencari Maya yang bermungkinan berada di dapur. Kemungkinan minum air. Tidak mungkin isterinya ke tandas di dapur kerana bilik tidur ini juga mempunyai tandas. Ini merupakan bilik tidur utama. Che Hasnah yang menyuruh mereka tidur di situ sejak dia berkahwin untuk keselesaan mereka juga. Bilik Che Hasnah ada di sebelah bilik mereka.

Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari bilik, dia terdengar loceng gelang kaki milik isterinya. Walaupun, lampu bilik mereka tidak dipetik namun dia masih nampak wajah pucat Maya tersembul di muka pintu. Rambutnya mengerbang tidak disisir. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Di tangan ada anak patung baby alive perempuan. Dia sedikit hairan, mana isterinya itu mendapat anak patung itu. Macam sudah lama patung tu. Comot! (Bayangkan)

"Sayang?" Rafiq mula menyapa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang?" Rafiq mula menyapa.
Entah kenapa dia rasa ada yang tidak kena dengan Maya. Namun, dia cepat-cepat beristighfar. Isterinya baik-baik saja.
Maya tidak mengeluarkan suara. Dia masuk ke bilik sambil mengendong anak patung itu persis anaknya sendiri. Suaminya di sebelah tidak diendahkan.
"Mana sayang dapat patung ni?" Diam.

"Sayang tak tidur lagi ke? Tidurlah. Nanti sayang sakit." Diam lagi. Rafiq sudah mati kutu. Tiba-tiba Maya tersenyum. Senyuman yang penuh makna.
"Abang takut?" Rafiq menelan liur. Sumpah dia sudah rasa tidak sedap hati. Betul ke ini isterinya? Tapi, kenapa macam pelik saja perangai perempuan ni.

Rafiq tidak menjawab. Ingin sekali dia memekik memanggil ibunya tetapi, dia takut Maya akan mengamuk. Jadi dia hanya berlagak biasa. Seperti tiada apa yang berlaku.
"Abang tidur dulu. Sayang, jangan tidur lewat sangat." Rafiq pura-pura mengantuk. Baru dia mahu membaringkan tubuh di atas katil empuk itu, isterinya sudah mendekat. Bau hamis rambut isterinya membuatkan hidungnya berkerut menahan bau.

"Ini anak kita lah bang. Maya jumpa dia sorang-sorang je terbaring dekat ruang tamu. Kasihan dia abang tinggalkan dia."
"Sayang cakap apa ni? Anak?" Tanpa sengaja Rafiq menguatkan suara. Wajah isterinya dipandang pelik.
"Abang tak naklah jerit-jerit macam tu. Tengok ni anak kita dah nangis.. Syhhh... Syhhh.. Sayang jangan nangis. Mama ada kat sini ni." Sah! Isterinya sudah tak betul atau lebih tepat. GILA!

Rafiq memegang kepala. Dia rasa pening tiba-tiba. Penyakit migrainnya sudah datang kembali.
"Maya cakap dengan abang. Mana Maya dapat anak patung ni? Siapa yang kasi?"
Maya tidak menjawab. Dia mencium pipi suaminya dengan manja. Rafiq hanya kaku, tidak bergerak. "Abang tidurlah dulu. Maya nak tidurkan anak kita kejap.

Nanti Maya tidur, ye. Good night." Rafiq tidak membalas, dia sudah tidak tahan. Kepalanya semakin sakit. Dia melompat ke atas katil. Comforter ditarik dan matanya dipejam rapat. Dia akui dia takut tetapi, dia tidak boleh tunjukkan bahawa dia sedang takut. Tentu nanti isterinya akan berfikir bukan-bukan. Seketika dia membuka mata semula, melihat apa yang isterinya sedang buat. Alangkah terkejutnya bila dia terlihat isterinya sedang berdiri di hujung katil sambil memandang tepat ke arah arahnya. Senyuman menghiasi bibirnya.

Allahuakhbar!!

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now