Bab 41

6.6K 222 24
                                    

🌸1 TAHUN KEMUDIAN🌸

Rafiq berjalan menyusuri kawasan pasir di Pantai Klebang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rafiq berjalan menyusuri kawasan pasir di Pantai Klebang. Suasana petang itu riuh rendah dengan aktiviti orang ramai. Hari ini hari minggu, jadi ramailah orang yang beriadah membawa anak-anak berbanding hari lain. Yang mana datang bersiar-siar bersama pasangan masing-masing pun ramai. Sedangkan dia? Hanya berjalan tanpa arah sambil memandang telatah orang ramai. Macam orang kesunyian.

Ya, benarlah dia kesunyian! Semenjak peristiwa itu, dia sudah menjadi seorang yang pendiam. Susah untuk membuka mulut. Tidak ramah seperti dulu. Namun begitu, dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor. Dia juga akan pulang ke Melaka sekiranya ada masa terluang. Kalau tiada masa pun, dia akan curi juga masa pulang ke kampung. Takut kalau-kalau ada seseorang yang menantinya di sana. Tambahan pula, kini dia sedang belajar agama dengan Ustaz Adam di madrasah kepunyaan Imam Latiff.

Sedikit banyak dia berubah menjadi seorang yang lebih baik dengan pertolongan mereka. Dia bersyukur mereka tidak lokek ilmu. Mereka tidak langsung berkira dengannya. Rafiq kini sudah sering ke surau, solat cukup waktu, dan selalu membaca al-Quran. Ketara sungguh dengan dirinya yang dulu. Benarlah kata orang, setiap yang terjadi ada hikmahnya.

Namun, dia masih tidak dapat memaafkan dirinya sendiri dengan dosa yang telah dilakukan. Maya Mikayla! Dia sangat rindukan perempuan itu. Sangat rindu! Langsung tiada khabar berita selama satu tahun ini. Satu tahun! Satu tempoh yang lama diambil untuk masa menghukum atas dosa yang telah dilakukan kepada isterinya. Dia tidak terdaya lagi menanggung beban rindu kepada isterinya itu.

Hanya baju-baju dan gambar kepunyaan isterinya sahaja yang boleh dijadikan habuan melepaskan rindu. Macam orang sasau sahaja hari-hari dia bercakap seorang dia. Dia rela. Sekiranya Maya masih memerlukan masa lagi untuk jauhkan diri darinya........

Dia rela! Asalkan wanita itu sudah memaafkannya.

🌸🌸🌸🌸🌸

Rafiq memberhentikan keretanya di belakang sebuah kereta Nissan Almera berwarna putih di perkarangan rumah Che Hasnah. Ada tetamu. Siapa pula yang datang ni. Sebetulnya dia malas berjumpa dengan sesiapa hari ini. Tubuhnya masih lagi penat. Semalam, sebaik sahaja habis kerja dia terus memandu pulang ke Melaka. Pagi tadi pula dia bangun awal. Tak cukup rehat!

Selepas pulang dari surau, dia terus meronda sekitar kawasan melaka sehingga lewat petang.
Semua tempat yang tercipta kenangannya bersama Maya dia lawati. Sekadar mengimbau kenangan manis bersama isteri kesayangannya itu. Rafiq mematikan enjin kereta, pintu kereta dihempas perlahan.

Dia memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Mereka di dalam rumah menjawab salam berserta ibunya sedang tersenyum ke arahnya. Ada seorang perempuan dalam lingkungan lewat 30an di ruang tamu. Kemungkinan kenalan Che Hasnah yang dia tidak kenal. Dia memandang semula ibunya yang sedang meriba seorang bayi. Dia kira bayi itu baru berusia 3 bulan. Comel sangat! Badannya bersemangat. Pasti anak wanita itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now