Imam Latiff mengarah kaum hawa supaya duduk merapat. Yang mana lemah semangat seperti Doktor Atieqah, dia diminta duduk di tengah antara Ustazah Hawa dan Che Hasnah. Manakala, Rafiq dan Doktor Izhar juga duduk merapat. Kelihatan wajah Rafiq masih pucat, namun kerana semangatnya yang begitu kuat. Dia tabahkan hati.
Imam Latiff juga berpesan supaya jangan berhenti berselawat, kalau ada nampak benda yang pelik cepat-cepat tutup mata dan baca ayat kursi. Ustaz Adam berdiri berdiri di sebelah kanan lima orang tadi, manakala Ustaz Hadi pula berdiri di sebelah kiri. Imam Latiff masih mengetuai kumpulan itu. Seketika dia berselawat ke atas nabi dan rasul. Kemudian dia membaca bismillah sebanyak 21 kali.
“Wahai makhluk yang tersembunyi.. Kami ke sini bukan nak mengacau tempat kamu, bukan nak mengapa-apakan kamu. Kami ke sini nak kamu pulangkan semula hak kami. Lepaskan Maya. Dia bukan barang mainan yang boleh kamu mainkan sesuka hati." Imam Latiff berdiri tegak. Dia memandang ke arah sebatang pokok, namun tiada sesiapa yang tahu apa yang dipandang itu. Imam Latiff seakan bercakap seorang diri.
Suara mengilai tadi tiba-tiba berhenti. Digantikan dengan angin yang bertiup kuat. Guruh pula berdentam-dentum berbunyi di dada langit. Daun-daun yang bertaburan ke lantai serta bunyi tiupan angin itu menambahkan lagi rasa seram pada malam itu.
Kesemua di situ tercengang. Cuaca yang tadi tenang kini bertukar ribut. Adakah ini satu kebetulan atau syaitan laknatullah itu yang merancang semua ini? Persoalan itu bermain di minda mereka namun, tiada siapa yang berani bersuara.
Imam Latiff bersuara lagi. “Astarfirullahalazim.. Kau degil, ye? Aku cakap baik-baik kau tak nak dengar? Dengar sini. Aku dan anak-anak buah aku tak takut dengar permainan kau. Kau tak layak ditakuti, hanya Allah swt sahaja yang layak selayak-layaknya.." Begitu garang Imam Latiff bersuara. Wajah tua itu bertukar tegang sambil dia mengerling ke arah Ustaz Adam.
Satu insyarat mata disampaikan dan Ustaz Adam yang seakan faham terus melakukan tugasnya. Ustaz Adam berdiri mengikut ke arah kiblat. Angin yang bertiup kencang itu diabaikan. Dia memejam mata dan berselawat sedikit. Kalimah nama Allah disebut perlahan. Jarinya diletakkan ke kedua belah telinga agar suaranya dapat dikuatkan.
“Allahu Akhbar... Allahu Akhbar..
Asyhadu alla ilaha illallah..
Asyhadu alla ilaha illallah.
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah...
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah..."“Arghhhhh.. Panas... Panasss. Berhenti!!"
Ustaz Adam mengabaikan keadaan sekeliling. Biarpun jeritan suara jelas kedengaran di telinganya.“Hayya 'ala as-salah..
Hayya 'ala as-salah...“Adam!!! Teruskannn!!! Jangan berhenti!!" Kedengaran suara Ustaz Hadi pula memekik. ‘Apa sudah jadi ni?' Detika hati Ustaz Adam. Dia meneruskan lagi bacaan azan.
“Hayya 'alal falah
Hayya 'alal falah...Ashsalatu khairum minan naum..
Ashsalatu khairum minan naum.Allahu Akbar, Allahu Akbar...
Laa Ilaha Ilallah...." Ustaz Adam menelan liur seketika sebelum membuka mata. Hidungnya muda menghidu bau kemenyan. Matanya dibuka perlahan dan dia berpaling ke belakang.Tiba-tiba...
“Ma Sha Allah... Imam?? Apa dah jadi ni??" Terkeluar sedikit kasar suara Ustaz Adam. Dia cepat-cepat melangkah ke arah Imam Latiff. Ustaz Hadi, Doktor Izhar dan Rafiq mengurumuninya. Mereka seperti membantu Imam Latiff untuk didudukkan.
“Dam.. Benda ni terlalu kuat. Kau tengok ni, Imam pun dia boleh kalahkan. Apa lagi kita? Kalau kita...."
“Percaya pada diri sendiri Hadi. Ayah tak mampu bertarung dengan makhluk tu sebab ayah tak terdaya. Ayah dah tua. Kamu berdua adalah pewaris ayah. Ayah amanatkan kamu berdua untuk mengambil alih tugas ni. Kasihan Rafiq. Maya tu isteri dia. Kamu pun mesti tak sanggup kan, kalau isteri kamu ditimpa nasib yang sama macam Maya?"Potong Imam Latiff. Dadanya yang terasa semput itu diurut perlahan. Nafasnya tercunggap-cunggap. Wajah polos Rafiq dipandang kasihan. Wajah itu penuh dengan pengharapan. Mengharap mereka membantunya agar menyelamatkan Maya.
Tidak sangka makhluk kecil yang dinamakan Malika itu kuat! Semasa Ustaz Azan azan tadi, berlaku pertarungan luar biasa antara Imam Latiff dan Malika. Malika menggunakan kuasa batin. Dia menendang tubuh tua itu sehingga Imam Latiff terpelanting sebelum sempat membuat apa. Belakang badannya terasa sangat sakit.
“Imam... Jangan risau! Kami akan selamatkan Maya asalkan semua yang ada di sini tolong berdoa." Ujar Ustaz Adam dengan penuh yakin.
“Bagus, Adam. Gunakan ilmu yang kamu pelajari selama ini. Inilah masanya kamu gunakan ilmu tu. Saya percaya kamu dan Hadi boleh gantikan saya. Hati-hati!" Imam Latiff membakarkan lagi semangat anak-anak buahnya. Yang lain hanya terdiam tanpa suara.Ustaz Adam mengangguk. “Hadi? Dah bersedia??" Ustaz Adam mengalihkan pandangan ke arah Ustaz Hadi yang sedikit ragu-ragu. Seketika mereka menunggu kata persetujuan dari Ustaz Hadi. Mereka semua mengucapkan kalimah syukur saat Ustaz Hadi mengangguk kepala.
Ustaz Adam bangun dari sisi Imam Latiff.
“Kita dah takde masa.. Syaitan Laknatullah perlu dihapuskan malam ini juga!!" Kata Ustaz Adam kuat sambil memandang sekeliling. Dirasakan ada satu mata yang memandangnya dalam diam. Dia juga dapat merasa kehadiran roh-roh jahat di sekeliling mereka. Namun, tidak langsung dia berasa gentar mahupun takut. Dia melangkah ke sebatang pokok tadi. Dirasakan makhluk itu ada di situ.
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
RomanceDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘