Bab 17

3.5K 110 6
                                    

Maya terjaga dari tidur saat merasakan ada tangan yang menarik-narik kakinya. Dia menggosok mata dan membuka mata dengan perlahan. Keadaan bilik privasi hospital yang menempatkannya itu suram, agak sukar untuk dia melihat siapa yang menganggu lenanya ketika itu.
“Abanggg??" Diam. Dia seakan ternampak bentuk figura manusia namun tidak berapa jelas kelihatan.

“Abang? Abang ke tu?" Tanya Maya lagi. Tiba-tiba figura itu bergerak. Ia berjalan semakin mendekati dirinya. Setapak... Dua tapak... Tiga tapak.... Tiba-tiba.
“Mama....??" Allahuakhbar. Dia datang lagi. Budak perempuan misteri itu datang lagi. Wajahnya sama seperti dulu. Cengkung, rambut berserabai, busuk masam! Mata mencerlung memandang Maya sambil tangannya memegang patung miliknya. Patung itu! Di mana dia dapat?

“Ma sha Allah... Allahuakhbar!!" Maya segera beristighfar kuat. Dia baru mahu membaca ayat kursi namun suara itu celat menegah. Menghalangnya itu membaca ayat pelindung diri itu.
“Mama.. Mama tak rindu Malika? Maa, Malika datang ni. Malika rindu mama..."
Lirih betul suaranya. Dia mendekati Maya lagi dan mahu memeluk tubuh itu.

“Pergi!!! Kau jangan kacau aku! Aku tak kenal kau siapa. Kau bukan anak aku! Anak aku dah mati. Pergiiiii!!!!" Jerit Maya kuat menghalau bayangan budak itu.

“Kenapa halau Malika? Malika tak buat salah apa pun? Malika cuma nak main dengan mama je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Kenapa halau Malika? Malika tak buat salah apa pun? Malika cuma nak main dengan mama je.." Dia bersuara lagi. Wajahnya jelas mempamerkan riak sedih. Seakan berjauh hati dengan sikap Maya.

“Aku tak nak main dengan kau. Kau tak wujud. Kau adalah syaitan yang nak menyesatkan aku! Kau hantuu!! Kau nak buat aku jadi gila! Kau nak pisahkan aku dengan laki aku! Aku tak nak!" Maya menjerit lagi seperti orang yang mengalami kerasukan.

“Jadi.... Mama dah tahu?" Dengan keadaan sedikit menunduk, budak itu bersuara. Tangannya masih memegang patung baby alive milik Maya.
“Apa... Apa maksud kau aku dah tahu?" Maya sedaya upaya mengawal perasaan gugupnya.
“Kau dah tahu yang aku ni.... Hantu??" Maya terkesima. Bibirnya terketar-ketar mahu bertanya lagi. Dengan tiba-tiba budak perempuan yang tadinya beriak biasa kini mengangkat wajahnya.

Pandangan matanya tajam memandang ke arah Maya. Sepantas kilat dia menerkam ke arah Maya dan mencekik leher jinjang milik Maya. Maya meronta kuat untuk melepaskan diri dari cengkaman itu.
“Herghhhh.. Urghhhh...." Dia tidak mampu mengeluarkan suara untuk meminta pertolongan. Dia menggelepar di atas katil. Makhluk itu yang tadinya mencengkam leher Maya, kini beralih pula menindih badan Maya.

Maya semakin panik. Dia cuba membaca ayat kursi dan surah 3 Qul. Namun, bacaannya seakan bercelaru. Seperti ada yang mengawal pembacaannya. “Allah... Allahhh..." Dia tidak berputus asa. Terus sahaja dia menjerit kalimah “Allahuakhbarr!!" dengan kuat dan mengangkat kaki untuk menendang makhluk itu. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya, makhluk itu melepaskan Maya.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Kelihatan Doktor Lydia dan beberapa orang jururawat meluru ke arahnya untuk memberikan rawatan. Maya terbaring lemah. Namun, dia dapat melihat lagi suaminya di celah-celah jururawat-jururawat muda itu memandang sayu ke arahnya. Mujurlah, suaminya itu seorang doktor. Oleh itu, dia tidak dihalau oleh Dotir Lydia supaya keluar.

“Maya? Awak, okay??" Tanya Doktor Lydia lembut sambil memegang bahunya.
“Doktor... Saya.. Saya nampak dia.. Dia cekik.. Saya doktor." Tercungap-cungap Maya bercerita. Nafasnya belum stabil. Doktor Lydia menenangkannya sekali lagi. Rafiq tidak mendekati isterinya, bimbang akan menganggu kerja-kerja Doktor Lydia dan jururawat itu semua.

“Jangan risau Maya. Semuanya takde apa-apa.. Nurse?" Doktor Lydia menghulurkan tangan meminta picagari yang di dalamnya ada cecair ubat penenang. Maya mengeluarkan esakan. Wajah kacak suaminya dipandang.
“Ab... Abangg...." Rafiq terus meluru ke arah Maya. Dia membelai rambut Maya dengan penuh kasih.
“Syhhh.. Sayang jangan nangis. Sayang rehat, ye? Abang tak pergi mana. Abang duduk sini jaga sayang."

Dia mencium dahi Maya. Langsung tidak peduli manusia-manusia yang ada di sekelilingnya. Dia menunggu Maya sehingga isterinya itu tertidur. Doktor Lydia tidak menghalang Rafiq, dia amat faham kondisi Maya yang sangat memerlukan seseorang untuk menemaninya ketika ini. Tanpa sesiapa sedari, ada sesuatu yang sedang memandang mereka dengan pandangan yang cukup tajam di penjuru pintu bilik. Satu senyuman sinis terlayar di bibirnya.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now