Bab 27

3.4K 149 8
                                    

“Sayanggg???" Rafiq menegur agak kuat apabila Maya masih lagi memujuk Haikal yang sedang menangis itu. Maya menangkat wajah memandang suaminya dan serta-merta wajah mereka bertatapan. Sayu sahaja Rafiq melihat raut muka Maya ketika itu. Air mata Maya yang mengalir dipipi segera Rafiq seka.

“Sayanggg.... Jangan macam ni. Tu bukan anak kita. Itu anak Izhar dengan Ieqa. Bagi Haikal dekat diorang, yang." Dia memujuk isterinya dengan perlahan.
“Abang... Dia nangis ni." Ujar Maya sambil menggoncang perlahan Haikal tanda memujuk. Teriakkan Haikal yang kuat itu membuatkan Doktor Izhar dan Doktor Atiqah tidak senang duduk. Mahu saja dia menerkam anaknya itu dari tangan Maya. Tapi, dia sabar sahaja. Bimbang Maya akan bertindak di luar batasan.

“Ye, sayang. Abang tahu. Tapi, itu bukan anak kita. Anak kita dah takde. Sayang tak ingat?" Seketika dia memandang wajah suaminya. Wajah itu seperti mengharapkan sesuatu. Matanya yang lembut memandang dirinya.
‘Ya Allah! Apa yang aku dah lakukan ni? Kenapa aku jadi macam ni?'

“Abangg.... Maya... Mayaa..." Tergagap-gagap dia mahu menuturkan ayat. Tiba-tiba seakan ada kuasa yang membuatkan dia teringatkan saat-saat kenangan pahit sewaktu pengebumian Ali Athar dulu. Dia seakan terbayang wajah-wajah mereka yang hadir membantu proses pengebumian arwah anaknya itu. Air mata yang berjuraian di pipi dibiarkan tidak diseka.

Maya kembali tersedar ke dunia realiti saat Rafiq mula bermain dengan psykologi. Segera dia menyuakan Haikal kepada Doktor Izhar. Doktor Izhar menyambut pantas. Dan segera ditenangkan anak itu. Mujurlah, lukanya tidak seberapa.

“Izhar... Akak... Maya minta maaf. Maya tak berniat nak...." Maya berjeda. Dia tidak mampu meneruskan ayat. Rafiq yang faham keadaan isterinya segera menenangkannya.
“Takpe, Maya. Akak faham. Dah-dah. Tak nak nangis lagi. Jom kita naik." Pujuk Doktor Atiqah. Mujur Doktor Izhar telah menceritakan tentang masalah yang dihadapi oleh Maya. Kalau tidak, sudah tentu dia akan berfikir yang bukan-bukan.

“Eh, Ieqa... Har.. Korang tak nak bawa Haikal ke klinik ke?" Soal Rafiq kepada Doktor Izhar yang dari tadi hanya menyepi.
“Takpe kot. Luka dia tak teruk mana ni. Lagipun,  Aku ada bawa barang-barang aku. Steteskop pun ada. Boleh je check dia dekat rumah mak kau ni." Rafiq tersengih. Lupa pula yang daddy Haikal ni seorang doktor. Takkan lah, setakat anak jatuh tangga dia tidak boleh ubati sedangkan orang sakit kanser pun dia boleh operated!

“Okay lah, kalau macam tu. Marilah kita naik." Pelawa Rafiq kepada mereka. Serentak dia memeluk tubuh isterinya sambil masuk ke dalam rumah. Maya mengerling sekilas ke arah Doktor Izhar dan Doktor Atiqah yang membuntutinya dari belakang.

                              🌸🌸🌸🌸🌸

“Mayaaaaa......" Panggil Doktor Atiqah lembut dia melihat Maya yang sedang menghendapnya di celah pintu. Dia menjengok sikit memandang wajah Doktor Atiqah yang lembut itu dengan takut-takut.
“Maya... Hai, apa yang diintainya tu? Meh, sini. Duduk sebelah akak." Panggil Doktor Atiqah lagi. Akhirnya Maya akur. Dia melangkah dengan perlahan ke arah Doktor Atiqah.

“Akak...." Maya merebahkan punggung di katil bersebelahan Doktor Atiqah. Ketika itu, Atiqah sedang menidurkan Haikal di bilik tetamu.
“Akak... Maya minta maaf sangat-sangat pasal tadi. Maya tak sengaja. Tak tahu macam mana boleh terlepas laku macam tu. Maya tak sedar." Matanya yang redup itu memandang sayu ke wajah Doktor Atiqah. Doktor Atiqah membalas senyum. Seketika dia mencapai telapak tangan Maya dan diletakkan di ribanya.

“Syhhhh... Dah, lah Maya. Dah banyak kali Maya minta maaf dengan akak. Akak tak marah pun. Akak faham. Naluri keibuan Maya tu kuat. Sebab tu Maya jadi macam tu. Akak tak salahkan Maya." Maya tersenyum tawar.
“Terima kasih... Akak tahu, kan Maya sakit selama ni?" Soal Maya. Dia cukup yakin bahawa Doktor Atiqah sudah tahu akan masalah yang dihadapi olehnya. Atiqah mengangguk sedikit.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now