Bab 25

3.8K 154 24
                                    

Rafiq melangkah perlahan ke arah isteri dan ibunya yang sedang rancak berbual sambil menonton peti televisyen rancangan TV3 di slot zehra di ruang tamu Che Hasnah. Semalam, Maya sudah dibenarkan keluar dari wad walaupun sesi rawatan masih belum habis. Namun, disebabkan Rafiq yang bertegas ingin juga isterinya itu pulang ke rumah akhirnya pihak hospital benarkan juga atas syarat mereka tidak akan tanggung apa-apa risiko kalau terjadi sesuatu terhadap Maya.

Rafiq tetap berdegil. Biarlah, dia juga doktor. Tahu lah, dia nak buat apa!😏

“Tengok cerita apa ni?" Rafiq memulakan perbualan. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan Maya sementara ibunya turut berada di sisi kanan wanita itu. Mereka menoleh sekilas dan kemudian mengalihkan perhatian pula ke peti televisyen. Buat macam dia tidak wujud. Rafiq perasan sejak pulang dari hospital,  mereka berdua seakan tidak mahu berbual dengannya. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Kadang-kadang dibiarkan tanpa suara.

Dia sedikit terasa namun dikawal. Tidak mahu menambah masalah. Masalah yang ada ni pun tak hilang-hilang lagi. Bikin kepala pusing tak pasal-pasal.
“Mak masak apa harini? Fiq belum makan lagi dari pagi tadi." Ujarnya tanpa ditanya. Sedih juga bila tiada siapa yang mengambil berat terhadap dirinya, selalu mesti Maya akan bertanya.

Abang nak makan sekarang ke?" 
Jom makan. Harini Maya masak spesial."
Abang... Maya tambahkan lagi ye nasi untuk abang..."
Itulah ayat yang sering kali disebut. Tapi, berlainan sungguh Maya hari ini. Dia pasti ini mesti kes mereka bergaduh di hospital hari itu.

Salah dia ke?

“Pergilah makan. Maya dah masakkan macam-macam atas meja tu. Semua lauk kegemaran kau. Tinggal nak jamah je." Rafiq boleh rasakan kelainan pada suara Che Hasnah. Tidak mesra seperti biasa walaupun nadanya agak garang. Namun, dia tersenyum dalam diam. Marah-marah isterinya itu, dia jalankan juga tanggungjawabnya sebagai isteri. Sekilas dia mengangguk.

“Mak dengan Maya dah makan ke? Sayang jom teman abang makan.." Intonasi suaranya lebih kepada merayu. Merayu kepada isterinya yang sedang bermasam muka.
“Maya dah makan dengan mak.. Abang pergilah makan." Ujar Maya tanpa memandang Rafiq. Matanya sengaja dihalakan di TV walaupun fikiran melayang entah ke mana. Itu lagi baik, daripada memandang wajah suaminya. Muka saja kacak. Tapi menyakitkan hati saja!

Maya bingkas bangun dari duduk kemudian melangkah ke biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maya bingkas bangun dari duduk kemudian melangkah ke biliknya. Dibiarkan Rafiq dan ibu mentuanya saja di ruang tamu. Dia malas melihat wajah suaminya. Malas malas malass!!

Tidak semena-mena Che Hasnah melepaskan batuk. Dadanya diusap perlahan. Wajah Rafiq dikerling.
“Hmm... Kau pergilah makan. Aku nak tidur dah ni. Mengantuk!" Kemudian tubuh tua itu juga turut  masuk ke dalam biliknya yang terletak bersebelahan bilik Rafiq dan Maya. Rafiq melepaskan keluhan berat. Marah betul mereka terhadap dirinya.

Sehinggakan, ibunya yang tidak pernah-pernah tidur awal sebegini membuat alasan kerana mengantuk. Bukan dia tidak nampak tadi. Bukan main asyik ibunya utu berceloteh sehingga Maya ketawa sedikit kuat. Hilang sikit keayuannya. Al-maklumlah, kebelakangan ini mereka jarang menghabiskan masa bersama. Che Hasnah pula semakin intim hubungannya dengan Maya. Mungkin ini sedikit sebanyak hikmah yang diperoleh.

Rafiq mengemam bibir. Perut yang tadinya lapar digosok perlahan. Tak boleh jadi ni. Kalau dibiarkan macam ni, boleh kena gastrik nanti. Terus dia melangkah menuju ke dapur.

                           🌸🌸🌸🌸🌸

“Heheeeheee....." Senyap.
Tiba-tiba...
“Ahahahha...."

Jarum jam tepat menunjukkan tepat pukul 1.00 pagi. Kedengaran suara unggas dan bunyi burung hantu berkokok menandakan betapa sunyinya pada malam itu. Suara orang sedang ketawa itu kedengaran cukup jelas membuatkan Rafiq tersedar dari lena. Dia menggosok mata berkali-kali. Entah siapa pula yang membuat bising ni!

Kacau saja orang nak tidur. Sekilas dia memandang susuk tubuh Maya bersebelahannya yang terbaring nyenyak. Comforter yang terlondeh segera dia betulkan. Lantas dia mencium dahi isterinya sebelum turun dari katil. Perlahan dia melangkah menuju ke pintu bilik. Langkahnya sedikit terhuyung hayang kerana dia masih mamai.

Lampu ruang tengah sudah dimatikan sebelum dia masuk tidur tadi. Salah dia juga. Ini membuatkan dia tidak nampak gerangan yang membuat bising sebentar tadi. Rafiq berusaha menajamkan pandangan matanya. Tiba-tiba...

PRANGGG!!!!

Bunyi barang jatuh dari arah dapur. Pantas dia mengurut dada dan melangkah ke arah dapur. ‘Ini satu hal lagi! Siapa pula yang matikan lampu dapur! Tadi rasanya dia hanya menutup suis lampu ruang tengah. Tidak langsung mengusik suis lampu dapur. Mungkin Maya atau mak yang tutup!' Detik hati Rafiq.
Suis lampu terletak di sebelah peti ais dipetik. Kelap-kelip tidak menyala.

Hasil dari cahaya bulan dan lampu dapur yang berkelap-kelip itu tiba-tiba dia terpandang satu figura manusia sedang duduk di kerusi meja makan yang membelakanginya. Dia melepaskan nafas kuat. ‘Mak ni buat terkejut je!'

“Mak? Apa yang jatuh tadi? Fiq dengar macam kaca pecah je." Senyap.
“Mak buka tv ke tadi? Kuatnya volume dia" Dia bertanya lagi. Susuk tubuh tadi tidak membalas. Rafiq menelan liur. Entah kenapa dia seperti tidak sedap hati apabila susuk tubuh itu hanya diam. Selang beberapa saat, Rafiq terdengar suara orang sedang menangis. Macam kanak-kanak suaranya.

“Mak??" Perlahan suara Rafiq menegur susuk tubuh yang disangka ibunya itu. Kepalanya yang ditunduk itu membuatkan dia susah untuk mengecam raut mukanya.
“Papaaa...." Tiba-tiba dia mengeluarkan suara. Rafiq terpana. Wajahnya turut diangkat.
“Huhhh???" Rafiq tersentak. Wajahnya jelas menggambarkan riak terkejut.
“Kau??? Kau siapa? Macam mana kau boleh masuk dalam rum.... rumah ni?"

Menggigil saat dia bertanya kepada budak itu. Yaaa, baru dia perasan. Susuk tubuh ini sangat kecil berbanding dirinya. Macam manalah dia boleh terfikir itu adalah ibunya. Jauh beza!! Dia mempunyai tubuh seakan budak yang berumur 5 tahun. Rambutnya panjang menggerbang. Namun, wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas. Mungkinkah ini..... MALIKA???
Rafiq menelan liur berkali-kali.

“Malika sayang papa.. Sayangkan mama.. Tapi mama tak sayangkan Malika. Dia suruh Malika pergi. Papa sayang Malika tak?" Suaranya itu bertanya. Kepalanya ditunduk kembali.
“Papa ... Mama?? Apa kau merepek ni? Sape mak bapak kau? Kau duduk mana? Dah pergi balik! Ini bukan rumah kau!" Halau Rafiq bersahaja.

“Papaa..." Suaranya melirih lagi.
“Apa papa-papa? Woi, kau dengar tak aku kata? Berambus! Aku tak nak kau datang sini lagi. Ohhh, jadi kau lah Malika yang bini aku cakapkan tu. Huhhh, hantu konon. Kau jangan ingat aku bodoh lah. Kau tu budak kampung ni je, kan. Budak nakal yang pura-pura jadi hantu. Nak usik bini aku! Diorang je yang bodoh, suruh aku bawa Maya berubat lah apa lah. Padahal kau ni orang. Bukan hantu! Kau ni sebenarnya..."

“Rafiq!!" Satu suara yang menyergahnya dari arah belakang membuatkan Rafiq terperanjat besar. Perlahan dia berpaling ke belakang. Kelihatan ibunya sedang berdiri memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam.
“Mak???" Tegurnya pantas.
“Kau buat apa tu dalam gelap? Sembang dengan siapa?" Soal Che Hasnah sambil berjalan menuju ke arah suis lampu.

TAP!

Terus terang benderang ruang dapur itu.
“Mak tak nampak ke? Ni Fiq tengah sembang dengan....." Terus berjeda ayat Rafiq saat dia berpaling semula ke arah Malika. Matanya membulat tanda tidak percaya. Malika sudah tiada!
“Mak... Mana pergi budak tu?"
“Budak? Budak apa? Kau cakap apa ni, Fiq?" Soal Che Hasnah dengan garang.

“Ada budak yang dekat sini tu lah. Baru je tadi dia duduk sini." Jawab Rafiq sambil menunding jari ke arah kerusi yang diduki oleh Malika tadi.
“Kau ni mengingau ke apa? Aku tak nampak pula kau sembang dengan siapa."
“Ada lah, mak. Baru je Fiq marahkan dia tadi sebelum mak datang. Fiq tak tipu!" Balas Rafiq bersungguh-sungguh.

“Rafiq... Aku ni tak buta lagi tau. Aku nampak tadi kau sorang je dari tadi. Kau sebenarnya bukan cakap dengan orang. Tapi kau cakap dengan kerusi!"
You what??" Tak sengaja Rafiq terpekik. Hatinya mengucap panjang.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now