Bab 12

4K 107 0
                                    

Maya terjaga dari tidur. Waktu itu jam baru menunjukkan pukul 2 pagi. Tidurnya terganggu apabila terdengar ada suara budak kecil menangis. Sayup-sayup bunyinya. Perlahan-lahan dia melangkah ke ruang tamu rumah kampung Che Hasnah. Waktu ini hanya tinggal dia dan ibu mentuanya saja.

Rafiq tidak berada di Melaka, dia sudah pulang ke Kuala Lumpur dan membiarkan Maya berada di kampung seketika.
Dia telah berjanji kepada isterinya, hujung minggu ini dia mahu pulang semula ke Melaka menziarah isteri dan ibunya. Kemungkinan juga, akan membawa pulang Maya ke rumah mereka di Kuala Lumpur.

Langkah kakinya terhenti, dengan cahaya bulan yang menembusi lubang-lubang di celah rumah kayu Che Hasnah. Dia seakan-akan ternampak seorang budak kecil sedang berdiri tegak memandang ke arahnya. Entah di mana semangat beraninya datang, Maya melangkah ke hadapan untuk melihat siapakah gerangan budak itu. Semakin dia mendekat, semakin kuat esakan kanak-kanak yang berkemungkinan baru berusia 5 tahun.

Rambutnya panjang, badannya kurus. Mukanya tidak kelihatan kerana rambutnya menutup muka. Maya seakan-akan tercium bau bunga melor. Wangi!
“Kau siapa?" Maya bertanya. Tiba-tiba suara tangisan tidak kedengaran lagi. Peluh kedinginan sudah memercik di mukanya. Kanak-kanak itu mengangkat muka, matanya tepat memandang ke arah Maya.

“Mama...." Dia menegur Maya dengan suara yang manja. Maya terpempan.
“Aku tanya kau siapa? Macam mana kau boleh masuk dalam rumah ni?" Dia semakin berani bertanya.
“Mama... Mama tak kenal anak mama?"
“Anak??" Mata Maya terbuntang. Dia terkejut terdengar pengakuan dari budak misteri itu.

“Ini Malika, maa.. Malika sayang mama..." Budak itu mahu memeluk tubuhnya, pantas Maya menepis.
“Aku takde anak nama Malika. Anak aku dah mati. Anak aku lelaki. Kau jangan nak tipu aku!" Maya menjerit agak kuat, namun dia tetap mengawal suaranya. Bimbang Che Hasnah akan terjaga, nanti mesti bertambah kecoh jadinya.

“Sampai hati mama tak kenal Malika. Ini anak mama dengan papa. Mama tak sayang Malika?" Sungguh lembut budi bicara anak itu, mahu mengumpan Maya.
“Aku tak kenal kau lah, budak! Kau siapa? Macam mana kau boleh masuk dalam rumah ni? Berambus! Sebelum aku bunuh kau!!" Maya bertindak kasar.

Rambutnya yang panjang mengurai ditarik kuat. Sakit kepala semakin menjadi-jadi. Dia sudah seperti orang tidak siuman. Dia mahu menerkam budak itu. Namun, sebaik sahaja dia mahu menerkam, anak kecil yang mengaku bernama Malika itu..... Hilang!

                        🌸🌸🌸🌸🌸

Che Hasnah terjaga dari tidur. Entah kenapa dia terasa sakit di bahagian leher. Sakit yang teramat sangat. Macam ada sesuatu yang menggigit. Dia melangkah ke dapur. Ubat sakit urat di peti simpanan ubat diambil. Air kosong di ambil segelas, kerusi meja makan ditarik. Ubat yang berada di genggamannya ditelan.

Seketika dia memicit sekitar lehernya yang dirasakan amat sakit. Kalau ada Rafiq sudah tentu anaknya itu akan mengurutnya. Rafiq memang seorang anak yang baik. Segarang mana pun dia sebagai seorang ibu, Rafiq tidak pernah melayaninya kembali dengan kasar. Tiada istilah anak derhaka kepadanya. Dia memang anak yang soleh.

Che Hasnah tersentak apabila terdengar seperti orang menjerit di ruang tamu rumahnya. Jam di dinding dapur, dikerling. Sudah pukul 2:15 pagi. Tak kan Maya masih menonton televisyen. Rasanya Maya bukan seorang yang gemar menonton sehingga lewat malam.

Gelas yang sudah kosong isinya, dibiarkan di atas meja bersama ubat-ubatan tadi. Biarlah, esok sahaja dia kemas. Dia mahu tengok apa yang bunyi bising tadi. Bimbang pula dengan Maya yang tidur seorang diri. Menantunya itu tak berapa sihat. Asyik demam sahaja. Tapi, tidaklah teruk mana.

Dengan berhati -hati Che Hasnah melangkah anak tangga kayu ke ruang tamu. Rumah kayu miliknya dua tingkat, jadi kalau mahu ke ruang tamu atau ke biliknya dia harus memanjat sedikit anak tangga kerana dapurnya berada di bawah. (AUTHOR BAYANGKAN MACAM RUMAH KAMPUNG MELAKA/ MACAM RUMAH UPIN IPIN PON BOLEH😁)

Che Hasnah terkejut apabila melihat Maya yang sedang berdiri kaku menghadap jendela kayu yang terbuka. Kain langsir yang meliuk-lentok  mengikut gerakan angin itu memberi imej seram siapa sahaja yang melihatnya. Dia nampak Maya seakan-akan sedang berbicara bersama seseorang. Namun, mata tuanya boleh jelas melihat tiada sesiapa di ruang tamu itu, melainkan dia dan Maya sahaja.

“Maya... Buat apa tak tidur lagi ni?" Senyap. Che Hasnah sudah tidak keruan. Wajah pucat menantunya dipandang.
“Jom masuk tidur. Dah lewat dah ni. Tak elok tidur lewat sangat. Maya masih tak sihat." Dipujuk lagi menantunya. Tangan lembut Maya dicapai namun, dengan pantas Maya merentap dengan kasar.

“Mak... Sape budak ni?" Che Hasnah mengerutkan dahi.
“Maya cakap apa ni? Mak tak faham."
“Sape budak ni? Mak tak nampak? Dia ada sebelah mak tu. Dia kata dia anak Maya dengan abang." Maya mencerlung memandang Che Hasnah.
“SubhahanAllah, Maya. Apa yang kau mengarut ni? Anak kau dah tak ada Maya. Ingat Allah. Kau tak ingat ke apa yang dah jadi?" Che Hasnah mengucap panjang. Entah kenapa bulu romanya terasa naik.

“Mak... Mak! Tengok ni. Dia kacau Maya. Mak tolong, mak. Kepala Maya sakit!" Maya menangis seperti anak kecik. Dia memeluk erat tangan ibu mentuanya. Che Hasnah beristighfar panjang.
“Dah jom masuk bilik. Tidur dengan mak. Maya jangan fikir sangat. Itu semua gangguan syaitan." Ditarik tangan menantunya agar Maya mengikutnya.

Malam ini Che Hasnah tidak tidur. Sepanjang malam dia menjaga Maya. Bimbang kalau Maya membuat perkara yang tidak diingini. Yassin diletakkan di pintu bilik. Bilik itu dibiarkan ada cahaya sedikit. ‘SubhahanAllah, kau lindungilah keluarga ku dari perkara yang buruk. Amin.' Doanya dalam diam.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now