Che Hasnah menjawab salam dan menerpa ke arah muka pintu sebaik terdengar suara seseorang memberi salam. Sebaik pintu dibuka, wajah Rafiq terpacul. Riak wajahnya begitu jelas kelihatan penat. Mukanya muram sahaja.
“Sorang je? Maya tak boleh keluar lagi ke, Fiq?" Che Hasnah memulakan perbualan.
Rafiq membuka tshirt polo berwarna biru tua yang dipakai lantas berbaring di atas sofa sebelum menjawab.“Belum.. Dia ada rawatan susulan lagi esok. Malam tadi pun dia meracau. Dia kata dia nampak lagi benda tu."
“Ma sha Allah.. Ada lagi ke benda tu? Mak ingat dah tak ada. Ya Allah, Fiq. Tak boleh jadi ni. Kau kena bawa Maya tu berubat. Jumpa ustaz, Fiq. Kalau kau setuju, ustaz Adam pun boleh ubatkan orang terkena macam tu ." Che Hasnah berkata dengan bersungguh. Rafiq menarik nafas berat.“Entah lah, mak. Malas nak fikir. Fiq penat sangat ni. Nak tidur jap." Katanya sebelum melelapkan mata. Che Hasnah menggeleng kepala.
“Macam tu lah, kau. Tak pernah ambik serius. Perkara macam ni bukan boleh diubat dengan ilmu sains je Fiq oi. Ilmu batin macam tu pun kena juga. Kaedah islam. Bukannya ilmu yang mengarut. Kau kena bertindak cepat."
“Apanye, mak? Takde apalah. Maya tu stress je. Bukan ada masalah serius pun. Mak tak payah lah pikir macam-macam. Lusa ni dia ada test psikologi, kaunseling apa semua. Nanti sihat lah, tu."Rafiq mendengus kasar. Dia membelakangi ibunya. Bantal kecil yang tadinya melapik leher, dia alihkan memekup telinga. Sebagai insyarat dia tidak mahu mendengar lagi leteran Che Hasnah. Che Hasnah menahan hati melihat perangai Rafiq.
“Okay, takpe! Kita biarkan dulu Maya berubat dengan doktor tu. Kalau tak berhasil juga. Aku sendiri yang panggil ustaz Adam. Kau jangan sesekali nak membantah aku kali ni!"Che Hasnah membalas seraya memberi amaran. Dia melangkah laju ke arah dapur. Malas mahu berlama-lama menatap wajah selamba anaknya itu. Buat sakit hati! Nanti tak pasal-pasal bergaduh pula mereka berdua.
Rafiq mengalihkan bantal kecil tadi, saat dia mendengar derapan tapak kaki ibunya melangkah pergi, dia mengeluarkan iphone di kocek seluar. Gambar isterinya dicari.Dia membelek seketika wajah Maya di dalam gambar. Gambar yang dia sendiri tangkap bulan lepas. Semasa mereka berbulan madu yang entah ke berapa kali di Indonesia. Dia mencium skrin telefon.
“Maafkan abang, sayang. Bukan niat abang tak nak dengar cakap mak. Tapi abang tak boleh terima hakikat yang isteri abang yang sayang sangat ni sakit. Abang nak yang terbaik untuk sayang. Semoga sayang cepat sihat, ye? Abang rindukan sayang." Baru dia mahu mencium lagi skrin telefon. Kedengaran pintu rumah diketuk kuat. Diselangi dengan jerit suara seorang wanita.
“Senahhh?? Senahh?? Woi! Buka pintu ni!!" Tiada adab langsung gerangan tetamu yang tak diundang itu. Rafiq bingkas bangun. Baju tshirt biru tua yang dibuka tadi dia pakai semula sambil berjalan ke muka pintu. Kunci pintu dibuka. Terpacul muka bengis Rogayah atau Rafiq menggelarnya sebagai Gayah Murai Tercabut Bulu kerana mulutnya yang lantang bersuara. Rafiq mengongjetkan kening. ‘Nak apa dia ni?'
“Waalaikumussalam warahmatullah... Ye, Kak Gayah? Nak apa datang rumah orang tengahari macam ni? Dah solat zohor ke? Kalau belum, meh la masuk dulu." Perli Rafiq padat. Padan muka, datang rumah orang tak beradab lagi. Merah muka Gayah Becok. Mungkin dia terasa dengan perlian Rafiq.
“Kau tak payah nak perli aku. Ni aku nak tanya kau. Mana bini kau, hah?? Ooo, dah sedap-sedap pukul anak aku. Tahu pun nak sembunyi. Kau tak pandai jaga bini ke Fiq? Suka hati dia je pukul Ijam. Apa salah anak aku tu? Dia tu budak lagi tahu tak?"Terkulat-kulat Rafiq memandang Gayah Becok. Apa pula kali ni. Bila masa Maya pukul anak dia pula.
“Kak Gayah cakap apa ni? Bila Maya pukul anak Kak Gayah? Jangan buat fitnah boleh tak? Saya kenal isteri saya. Tak mungkin dia nak pukul orang suka hati dia. Dia tu nak marah pun jarang, apa lagi nak mengamuk pukul orang." Balas Rafiq membela isterinya.Gayah Becok mencebik bibir. “Kenal konon. Hey, Fiq! Kau mana tahu! Masa bini kau tu pukul anak aku kau mana ada sini. Kau balik KL. Kau tahu tak Ijam bagitau aku, si Maya tu gila! Ijam dengan kawan-kawan dia tu tak kacau pun dia. Diorang tengah main elok je dekat tepi jalan, lepas tu Maya datang serang diorang. Kejar diorang nak pukul. Nasib anak aku lah, badan dia besar payah nak lari. Itu yang diterjamnya Maya. Aishhh, sakit hati aku. Dah lah, tua-tua pun main anak patung macam budak-budak!"
Gayah Becok sempat membuat cerita. Sengaja dia mahu menyedapkan cerita. Tak kan nak cerita perkara yang sebenar. Nanti terang-teranglah anaknya yang bersalah. Tak pasal-pasal dia mendapat malu. Belum sempat Rafiq mahu membalas. Che Hasnah menyampuk dari belakang.
“Kau tak payah nak buat ceritalah, Yah. Mana ada Maya tu mengamuk. Apa kau ada ke masa hari kejadian tu? Menantu aku yang cari pasal ke atau anak kau yang jahat?" Mata Che Hasnah mencerlung memandang Gayah Becok. Gayah Becok kelihatan sedikit kalut.
“Aku takde. Alahh, masalahnya takkan budak Ijam nak tipu pula aku. Dia tu budak baik. Takkan nak tipu aku. Aku kenal lah perangai anak aku tu macam mana."“Dan saya pun kenal perangai isteri saya macam mana. Macam ni lah, saya tak terburu-buru percaya apa yang Kak Gayah cerita. Takut jadi fitnah. Kang tak pasal-pasal saya bergaduh free je dengan Maya. Apa kata Kak Gayah panggil Ijam? Biar kita semua dengar penjelasan dari dia."
Bicara Rafiq tenang.Gayah Becok merengus kasar. “Baik! Kau tunggu jap! Ijamm??? Ijammm??? Kau keluar sekarang!" Dia memanggil anaknya yang belum nampak bayang. Che Hasnah dan Rafiq hanya memandangkan perlakuan Gayah Becok. Tiba-tiba Ijam datang dengan keadaan yang terkocoh-kocoh. Dia keluar dari bawah rumah Che Hasnah. Dia bersembunyi, takutkan Maya. Wajahnya pucat lesi.
“Makkk...." Perlahan saja suara Ijam.
“Ijam.. Kau bagitau diorang apa yang si Maya tu dah buat dekat kau. Kau ceritakan semua dekat diorang. Terutama dekat ‘Doktor' ni!" Sempat lagi dia memerli Rafiq. Ijam menelan liur. Dia berperang perasaan sebenarnya. Mahu cerita perkara sebenar ke atau mahu ikut sahaja rancangan ibunya. Supaya menambah cerita. Dia keliru! Matanya berselang-seli memandang wajah tenang Rafiq dan wajah garang ibunya.
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
RomanceDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘