Che Hasnah keluar menyiram pokok-pokok bunganya di halaman rumah. Pokok-pokok bunga peliharaannya memang dijaga begitu rapi. Tiada sepokok pun tumbuhan lain yang hinggap di pasu pokok-pokok bunganya. Dia memang rajin berkebun. Orang kampung sepertinya, tiada anak kecil mahupun suami, boleh lah dilayan hobi sebegitu. Cuba kalau mereka yang mempunyai suami, bilangan anak yang ramai. Sudah tentu tidak menang tangan.
Hos getah paip yang berwarna kuning itu Che Hasnah menyembur ke arah pokok-pokok bunga yang segar. Sinaran mentari di waktu pagi yang sedikit terik ketika itu membuatkan kulit cerah Che Hasnah sedikit kemerahan. Dahi yang berpeluh itu dilap dengan lengan baju. Seketika dia melepaskan nafas. Penat! Tadi dia menyapu daun-daun kering sekarang berkebun pula.
Dia mula melangkah masuk ke dalam rumah, mahu memasak hidangan tengahari. Baru sahaja dia mahu melangkah. Dia terlihat Maya yang dalam keadaan tergesa-gesa turun dari tangga batu rumahnya. Di tangan Maya ada patung baby alive yang dijumpanya pada hari itu. Rambut Maya menggerbang, dia masih memakai baju semalam. Dia belum mandi!
“Maya .... Nak pergi mana tu?" Che Hasnah menegur. Maya tidak menjawab. Dia memandang Che Hasnah dengan raut wajah yang sukar difahami. Che Hasnah mendekatinya.
“Kenapa belum mandi lagi ni? Pergi masuk mandi dulu. Nasi goreng ada atas meja. Mak dah siapkan." Tiba-tiba telefon rumah berdering ketika Che Hasnah mahu mengajak Maya masuk ke dalam rumah.Dia meninggal menantunya begitu saja.
Terburu-buru dia melangkah masuk tanpa menghirau Maya yang memandangnya dengan pelik.🌸🌸🌸🌸🌸
“Mayaaa???? Mayaaaaaa????" Che Hasnah memanggil nama menantunya dengan kuat. Baru sekejap sahaja dia meninggalkan menantunya itu untuk menjawab panggilan telefon, dia sudah hilang. Segala pelusuk rumah ini dia sudah mencari Maya. Namun, perempuan itu tiada. Langsung tidak menunjukkan bayang.
Che Hasnah sudah takut kalau Maya hilang. Sudah! Apa yang akan dijawab dengan Rafiq. Dia risaukan Maya. Perempuan itu belum pulih berpantang sepenuhnya lagi. Tudung kepala dicapai. Dia mengunci pintu rumah dan segala tingkap. Tidak boleh jadi. Dia yakin Maya keluar merayau di sekeliling kampung. Dia harus mencari Maya!
🌸🌸🌸🌸🌸
“Orang gila.... Orang gila.... Orang gila...." Kedengaran suara sekumpulan kanak-kanak nakal mengejek seorang perempuan yang berpakaian sedikit selekeh. Anak patung yang ada di tangan perempuan itu dipeluk erat seakan memeluk seorang bayi yang sedang menangis. Sekumpulan anak-anak nakal tadi masih mengejek perempuan itu tanpa menghiraukan langsung perasaannya.
“Pergi!!! Jangan kacau aku lah." Dia menjerit kuat. Wajahnya pucat. Dia takut anak-anak ini menyakiti dirinya. Dia tidak mahu mereka memukul anak patung yang difikir anaknya. Ya, perempuan itu ialah Maya Mikayla. Dia sekarang tidak ubah seperti orang yang tidak siuman. Jauh berbeza dengan dirinya yang dulu.
“Hei orang gila! Kau ni dah lah gila. Buat apa merayau dekat kampung aku ni? Semak tahu tak?" Kata seorang budak lelaki yang berbadan gempal. Namanya Ijam, dia memang sangat nakal. Mulut jahat seperti ibunya juga. Budak-budak lain yang menjadi pengikut si gemuk Ijam bersorak sambil menepuk tangan.
Mereka terus mengejek Maya. Lebih memilukan mereka sengaja menyepak kaki Maya supaya perempuan itu terjatuh. Nasib dia sempat memegang pemegang yang ada di titi besar itu. Kalau tidak, pasti dia akan terjatuh. Malangnya, anak patung Maya pula yang terjatuh di atas jalan. Maya cepat-cepat mengambil. Dicium dan diusap penuh kasih anak patungnya.
Matanya menjadi merah, bibir munggil Maya diketap kuat. Menunjukkan perasaan geram bercampur marah terhadap kanak-kanak nakal itu kerana telah menyakiti anaknya. Perlahan-lahan Maya bangun.
“Celaka korang!!! Aku tak gila! Aku tak gila! Korang yang gila! Bodohhhh!! Kau dah sakitkan anak akuuuu!!"Pantas pantas mengejar kanak-kanak itu. Mereka lari bertempiaran. Ada yang menjerit, ada yang menangis takutkan Maya. Malangnya, Ijam terlepas ke belakang. Dengan tubuhnya yang gempal membuatkan dia berlari tidak laju. Dia ditinggalkan oleh kawan-kawan jahatnya. Maya pantas menerkam Ijam.
Ijam menangis saat Maya menampar pipi tembamnya. Rambutnya ditarik kasar oleh Maya. Kedua-dua belah tangannya dicekak oleh Maya dengan kuat.
“Kau yang kata aku gila tadi, kan? Kau lah, kan?" Mata Maya mencerlung memandangnya. Si Gemuk Ijam menangis teresak.
“Am... Ampun kak. Saya minta maaf. Sa... Saya bergurau je, kak!" Jelas kedengaran suaranya yang menggigil.“Aku tak gila! Kau tu yang gila. Bodoh! Gemuk, makan banyak!" Tiba-tiba Maya ketawa kuat dan membuatkan Ijam semakin takut. Dia tidak boleh lari kerana Maya mencekak tangannya dengan kuat. Dia ketakutan. Tanpa sedar, dia suka terkencing di dalam seluar.
“Astarfirullahalazim, Maya!!" Tiba-tiba satu suara datang menjerkahnya dari arah belakang. Che Hasnah! Maya menunjukkan muka tiada perasaan. Che Hasnah mendekatikan Maya.
“Maya buat apa ni, nak? Kenapa pukul budak ni? Tak kesian ke dekat dia?" Tangan Maya dicapai, namun cepat Maya menepis.“Dia kata aku gila. Dia buat anak aku menangis! Aku tak gilaa!! Ni tengok ni, habis comot anak aku!" Maya menunjukkan anak patungnya yang semakin comot itu dengan tangan kanannya, manakala tangan kiri memegang erat lengan gemuk Ijam.
“Lepaskan dia, Maya. Sakit tangan dia tu. Nampak tak habis calar tangan dia tu?" Che Hasnah memujuk Maya lagi. Maya mendengus marah.
“Maya lepaskan dia. Maya tak kesian ke dekat mak?" Direnung tepat ke dalam mata Maya. Mata mengelak.“Habis tu, dia nak bunuh anak aku. Mak tak kesian ke dekat Malika?" Soal Maya pula dengan nada yang kasar.
“Ma... Malika??" Tanya Che Hasnah dengan tergagap-gagap. Dia melihat Maya mencium anak patung kesayangannya itu.
“Sayang mama... Sayang jangan nangis tau. Mama ada je dekat sini. Nenek pun ada." Dikerling wajah Che Hasnah yang sudah pun bertukar pucat.Che Hasnah menelan liur. Dia rasa Maya memang sudah gila. Sekali lagi dia memujuk. “Ma.. Maya. Kita balik ye, sayang ye? Dah tengah hari ni. Nanti an... Anak Maya demam!" Che Hasnah terpaksa memujuk dengan cara itu. Agar Maya mendengar katanya.
Maya tersenyum manis.
“Maya kena balik, nanti anak Maya demam?" Dia meminta kepastian.
“Ye.. Nanti dia demam. Maya sayang dia, kan? Kalau Maya sayang dia. Maya kena balik. Jom balik.." Dicapai tangan lembut Maya.Akhirnya, Maya akur. Tangan si Ijam dia lepaskan. Apa lagi, berdesup budak itu berlari tanpa menoleh ke belakang. Dia membuat gaya seperti Hussin di dalam cerita Hantu Kak Limah lakonan Awie, kasut diletakkan di tangan manakala kakinya tidak memakai kasut. Dia berlari selaju yang boleh. Takut Maya menangkap dia semula. Itu lah, buat jahat lagi. Maya melangkah beriringan dengan Che Hasnah pulang ke rumah dengan tangannya berada di genggaman Che Hasnah. Sambil berjalan, dia bernyanyi. Che Hasnah menahan hati. Dia harus melakukan sesuatu.
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
Lãng mạnDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘