Bab 34

3.1K 179 17
                                    

Hai, guys.. Honestly i nak minta maaf kpd sape yg buka bab 34 tp wattpad kata unable to load😢 entahlah.. I pon x tahu knpaa... Padia wattpad ni.. Penat aku type panjang², reka macam² dohh😫😫 ni kena pulak buat balik.. Okay xpelah.. Sorry sorry semuaa😥 nah sis lanje balik.. Kalau ada typo tu sorry eh.. Type laju sgt xnak bg korang tertunggu².. Dah double check pon typo jugak. Hehee.

I terlost sikit. Words tadi byk tp xtau apa yg i tulis. Adoii... Maybe part ni agak boooring😢 huhu..layanzz

💐♥💐♥💐♥💐♥💐♥

“Macam mana boleh luka ni? Kau tersepak apa?" Soal Doktor Izhar sambil merawat kaki Rafiq. Syukurlah, Kakinya tidak teruk mana. Hanya luka yang perlukan masa sedikit untuk pulih. Mujur dia membawa beg galas yang berwarna hitam yang di dalamnya ada serba sedikit ubat-ubatan yang diperlukan ketika di dalam kecemasan. Senang cerita macam first aid kit lah. Cuma dia letakkan di dalam beg dan ubat yang lebih.

Dia memang mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memulakan pencarian. Sempat lagi mencapai beg galas yang selalu dibawanya itu.
Rafiq meringai menahan sakit. Dia memandang kesemua yang berada di hadapannya. Mereka yang lain tekun melihat Doktor Izhar merawat Rafiq. Manakala, Imam Latiff, Ustaz Adam dan Ustaz Hadi kelihatan seperti berbincang sesuatu.
“Aku tersadung akar kayu.." Jawabnya. Kemudian wajah Doktor Izhar dipandang.
“Kau macam mana boleh ada sini?" Doktor Izhar tersenyum tawar sambil tangannya lincah memasukkan semula peralatan yang digunakan untuk merawat Rafiq. Kerjanya sudah selesai. Rafiq kelihatan sedikit pulih walaupun terasa lagi denyutan di kakinya.
“Ikut gerak hati. Entahlah, Fiq. Aku rasa macam ada sesuatu yang jadi dekat kau. Itu yang aku dengan Ieqa rushing ke sini." Kata Doktor Izhar perlahan.

“Har... Isteri aku.. Maya..." Bergetar suara Rafiq. Wajahnya yang pucat itu kelihatan bergenang air mata.
“Sabar, Fiq. Kita sama-sama doa. Kami akan bantu cari Maya. Kau kuatkan semangat, okay?  Jangan risau. Aku ada dekat sini." Doktor Izhar menepuk bahu Rafiq tanda memberi semangat. Sungguh dia tidak sanggup memandang Rafiq ketika ini. Dia yang dulunya gagah dan bersemangat kini lemah. Hanya kerana isteri yang dicintai.

“Betul kata Izhar tu, Fiq. Kau kena kuatkan semangat. Kita cari sama-sama. Mak terharu sangat dekat diorang semua. Kalau takde diorang. Mak tak tahu apa patut mak buat." Che Hasnah turut menyokong kata-kata dari Doktor Izhar. Ustazah Hawa memegang lembut bahu Che Hasnah sementara Doktor Atieqah yang duduk di sebelah kiri Che Hasnah hanya diam tanpa suara.
Dia terharu melihat pertalian persahabatan antara Rafiq dan suaminya.

Sedih dan terharu. Seorang sahabat sejati yang sanggup berbuat apa sahaja untuk sahabatnya walaupun bergadai nyawa. Seandainya Rafiq tidak ditemui tadi, bolehkah suaminya itu hidup tanpa Rafiq? Walaupun, dia sentiasa ada dengan suaminya?

“Mak... Fiq minta maaf. Selama ni Fiq berdosa dengan mak. Fiq... Fiq tak.... Ermm.." Rafiq menggeleng kepala. Dia tidak boleh meneruskan ayat. Tekaknya terasa kering. Lidahnya kelu untuk bersuara.
“Dah lah, Fiq. Mak dah maafkan semuanya. Yang penting sekarang kita fokus cari Maya. Isteri kau dalam bahaya sekarang." Rafiq mengangguk lemah. Seketika dia mengambil sehelai kain di ribanya.

“Ni selendang Maya. Fiq yakin Maya ada sekitar ni. Kita cari dia mak. Har, tolong Har.. Kita cari Maya ye, Har? Aku tak nak jadi apa-apa dekat Maya. Aku sayang isteri aku. Aku tak sanggup hilang dia." Selendang kelabu yang dijumpai semasa dia mencari Maya tadi, dicium. Masih ada haruman di selendang itu. Dia amat yakin itu kepunyaan isterinya. Bau Maya melekat di situ. Benar dia sangat rindukan Maya Mikayla.

“Ye, Fiq. Kau tenang je, kay? Diorang tengah usaha cari Maya tu. In sha Allah, dia takde apa-apa." Rafiq mengangguk tanda faham. Selang beberapa minit setelah diberikan sedikit rehat kepada semuanya Ustaz Adam menuju ke arah mereka. Diikuti Ustaz Hadi dan Imam Latiff.

“Macam mana doktor? Kaki Rafiq dah okay ke?" Soal Ustaz Adam. Doktor Izhar menangguk.
“Dah, ustaz. Takde apa-apa pun kaki dia. Saya just letakkan antibiotik then balutkan dengan bandage. Nasib tak teruk, tapi bukan main banyak darah kau." Ujar Doktor Izhar sambil memandang ke arah Rafiq.

“Jadi, macam mana ni? Boleh berjalan tak? Imam cakap kita kena mulakan cepat. Kalau lewat malam, saya takut kita susah nak cari Maya. Saya risaukan juga takut ada binatang buas." Sampuk Ustaz Hadi pula di sebelah Ustaz adam.

“Boleh, ustaz. Sakit ke tak sakit ke. Saya tetap nak cari isteri saya. Saya tak nak bila dia sedar nanti, dia tengok saya takde. Kami dah janji nak hidup susah senang bersama." Semua yang berada di situ terdiam. Simpati makin menimpa apabila melihat air mata jantan mengalir di pipi Rafiq. Imam Latiff akhirnya duduk mencangkung di hadapan Rafiq yang sedang berlunjur itu.

Dia kemudian membaca sesuatu sebelum tangannya ditiup ke arah luka Rafiq. Rafiq menggigit bibir tanda seriau.
“Dah.. Kita kena cepat. Hari semakin larut. Bantu dia bangun.." Arah Imam Latiff lagi.

Doktor Hadi dan Ustaz Adam akhirnya membantu Rafiq agar bangun. Terhincut-hincut dia berjalan. Kakinya terasa semakin sakit apabila langkah mereka bertukar laju. Tak apa, demi Maya. Dia sanggup lakukan apa saja!

Bunyi unggas-unggas di hutan dan salakan serigala yang entah mana datangnya tidak mematahkan semangat mereka untuk mencari Maya. Hanya doa dan zikir kedengaran di setiap bibir mereka. Rafiq yang keletihan itu terpaksa memaut bahu Doktor Izhar dan Ustaz Hadi. Imam Latiff berada di barisan paling hadapan. Manakala, Ustazah Hawa, Che Hasnah dan Doktor Atieqah di barisan paling belakang.

Cahaya lampu suluh dan sedikit dari cahaya bulan tidak mampu juga untuk membantu mereka mencari Maya. Doktor Izhar dan lain-lain menjerit memanggil nama Maya. Kecuali Imam Hadi, dia terkumat-kamit membaca sesuatu sambil matanya memandang sekeliling.

Tiba-tiba....

“Hihihihi....!!!" Langkah mereka terhenti. Semua terkejut mendengar hilaian suara itu. Hidung jelas terbaur sesuatu yang sangat wangi. Namun, tiada sesiapa yang berani menegur. Doktor Atieqah memeluk erat bahu Che Hasnah. Tubuhnya menggigil ketakutan, Che Hasnah cepat-cepat menyabarkannya. Ustazah Hawa yang terperasankan hal itu, cepat-cepat menyuruh Doktor Atieqah beristighfar dan membaca berselawat sehingga tenang. Wajahnya jelas pucat lesi.

“Sabar nak.. Ingat Allah. Kuatkan semangat. Lawan perasaan takut tu." Che Hasnah menggosok bahu Doktor Atieqah. Bibir Doktor Atieqah jelas bergetar membaca selawat yang dipesan oleh Ustazah Hawa tadi. Doktor Izhar risau melihat keadaan isterinya itu lalu meminta izin untuk tenangkan Doktor Atieqah. Che hasnah membenarkan. Tubuh isterinya dirangkul erat, dia kemudiannya membisikkan sesuatu di telinga Doktor Atieqah.

“Ma sha Allah... Imam kita kena mulakan sekarang. Benda tu dah cari pasal. Saya rasa dia cuba nak takutkan isteri Doktor Izhar pula ni." Ujar Ustaz Hadi dengan lantang. Dia menahan geram yang teramat sangat.
“Betul tu, Mam. Kita kena mulakan sekarang. Hawa cuba ajar dia ayat pelindung diri. Che Hasnah baca sekali ye. Rafiq pun sama. Kuatkan hati." Dipesan seorang per seorang.

Jelas wajah Ustaz Adam kelihatan risau walaupun mukanya tenang. Imam Latiff akhirnya bersuara.
“Baik.. Kita mulakan sekarang." Hilaian suara itu bergema lagi. Ustaz Adam dan Ustaz Hadi mengambil tempat masing-masing.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now