Bab 22

3.1K 133 13
                                    

“Dah kenapa nak kena jumpa ustaz bagai ni? You ingat isteri I kenapa?" Soal Rafiq tidak puas hati.
“I cuma suggestkan je, Fiq. I tengok Maya macam semacam. I dengan team dah buat kajian. Kelakuan dia bukan macam orang yang ada masalah mental macam biasa. Dia macam takutkan sesuatu. Maya kuat  meracau. Bukan takat meracau yang biasa-biasa.

I bukan nak takutkan you. You tengok... Bila nak cuba soal siasat dengan dia, dia macam tak boleh nak ceritakan. Macam ada sesuatu yang menahan." Terang Doktor Lydia panjang lebar.

“So? You nak kata ada hantu yang ganggu Maya lah selama ni?" Soal Rafiq sinis.
“Fiq... Benda-benda semua tu wujud. Cuma kita je yang tak nampak dengan mata kasar. Cuba you fikir and fahami apa yang dia cuba sampaikan dengan hati you.
Maya sakit, Fiq."

“Ye, I tahu dia sakit. Sebab tu lah I bawa dia ke sini. Jumpa you, nak suruh you rawat dia. Tapi, yang you bagi statement merapu ni kenapa? Zaman sekarang dah moden lah. Mana ada hantu. Orang yang perangai macam hantu ada lah. Bersepah dekat luar tu. Nak jumpa ke?" Doktor Lydia menarik nafas panjang. Letih betul cakap dengan orang tak faham bahasa ni.

“Doktor.. Tak semuanya sakit boleh diubati dengan ubat hospital. Ada kalanya kita perlu berjumpa dengan yang lebih arif tentang ilmu agama. I tak kisah kalau you still nak bawa Maya jumpa dengan I. But, the same time bawa dia berubat cara kampung sama. Cara betul-betul ustaz yang pandai ilmu agama. Mungkin dia juga boleh bantu. I kasihankan Maya. Badan dia dah lemah sangat Fiq. Bila I check tekanan darah dia, jantung dia. Normal! Takde apa. Tak salah kalau kita bawa jumpa ustaz. Guna kaedah cara islam."

“Ye, I tahu tak salah jumpa ustaz. Tapi, selagi kita boleh berusaha. Kita usaha lah. You doktor psikiatri, kenapa you tak nak buat kerja you? Kenapa nak harapkan orang lain? Penat je lah belajar sampai luar negara. Kalau you malas nak ambil kes Isteri I, cakap je lah!" Tegang betul situasi ketika ini. Masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing.

“Fiq... Tolong lah. Okay, fine kalau you tak nak bawa dia ubat cara kampung. Tapi, satu je I nak cakap dengan you. Arwah ayah I pernah kena buatan orang. Orang hantar something dekat ayah. I nampak azab dia sebelum dia meninggal macam mana. Selalu dalam ketakutan. Cakap benda-benda yang kita rasa merapu. Tapi, diorang tak tipu. Hanya diorang je yang boleh nampak. So, I boleh faham macam mana perasaan orang yang kena ganggu. Seksa, Fiq. Seksa!" Tak semena-mena dia teringatkan arwah ayahnya.

Benar, sewaktu dia kecik. Ayahnya menghidapi satu penyakit misteri. Pergi ke hospital, doktor tidak dapat mengesahkan apa-apa penyakit. Bila bawa berubat cara Islam baru mereka sekeluarga tahu yang arwah ayahnya terkena buatan orang. Hanya Allah yang tahu perasaan mereka ketika itu. Hari demi hari, tubuh ayahnya semakin kurus bagaikan patung yang tidak bernyawa. Boleh dikatakan hampir setiap malam ayahnya itu meracau. Kadang-kadang tanpa mereka sedar. Arwah ayahnya hilang dari rumah. Berjalan masuk ke hutan!

Doktor Lydia menyeka air mata yang baru mengalir. Peristiwa buruk itu memang dia akan ingat sampai bila-bila. Rafiq yang tidak perasan akan keadaan wanita itu membuka mulut.

“Buatan orang?" Seketika Rafiq ketawa kecil. “You jangan samakan kes ayah you dengan Maya. Maya takde musuh. Takde siapa nak bomohkan dia. I kenal perangai isteri I macam mana. Dia baik dengan orang, Lydia. Mustahil orang tak suka dia."
“Kalau tak kena buatan orang. Boleh jadi juga dia ‘terkena'. Si penghantar tu nak tujukan kepada orang lain tapi, Maya yang jadi mangsa. Benda-benda ni semua tak mustahil, Fiq.. Sekarang dia tunjuk diri dia dengan Maya je. Tak mustahil suatu hari nanti dia munculkan diri depan you and your mom pula."

“Berhenti merepeklah, Lidya. Sejak bila profession doktor pandai bercerita pasal ilmu-ilmu ghaib ni? Awak buat part time jadi bomoh ke?" Perli Rafiq bersahaja.
“Fiq... Tolonglah... Kalau you sayang isteri you. Dengar cakap I. Bawa dulu Maya jumpa pakar perubatan islam. You boleh jumpa diorang untuk tolong Maya. Tak salah kita cuba. I kasihankan Maya. Jiwa dia tak tenteram sekarang. Kalau bukan you sendiri yang ter....."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata doktor Lydia, Rafiq bangun dari kerusi. Dia memotong percakapan Doktor Lydia.
Enough, Lydia. I dah malas nak dengar apa-apa penjelasan dari you. You dengan mak I sama je. Tak habis-habis suruh I jumpa ustaz. Isteri I tak sakit, Lydia! Dia cuma tekanan je! Esok, I nak bawa keluar dia dari hospital ni. Kalau you tak nak lagi jaga kes Maya, takpe. Banyak lagi doktor psikiatri yang lagi bagus dari you. I tak main-main. Habiskan masa dan duit aku je!"

Selesai berkata, dia terus meluru ke pintu. Pintu dihempas kuat. Ternaik kedua-dua bahu Doktor Lydia kerana terkejut. Doktor Lydia menggeleng kepala. Dia seakan tidak percaya Rafiq akan bertindak sedemikian rupa. Baginya, Rafiq tidak bersikap professional sebagai seorang doktor. Dia seharusnya bersikap tenang dan berfikiran terbuka. Mempercayai ilmu ghaib bukan satu percaya yang merepek bagi Doktor Lydia. Dia mengeluh perlahan. Entahlah.. Lain orang lain cara.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now