Rafiq mencium jari jemari halus Maya yang berada di genggamannya. Wajah Maya yang pucat lesi itu dipandang penuh kasih. Seketika dia mengingati perbualan dengan doktor Lidya yang mana seorang doktor yang telah merawat Maya ketika dia keguguran dulu di Mahkota Medical Center. Dia menghembuskan nafas berat.
🌸🌸🌸🌸🌸Doktor Lidya meneliti satu fail di tangannya. Kemudian, dia menggeleng perlahan. Wajah kacak Rafiq dipandang yang sedang bersandar di kerusi dipandang. Wajah itu jelas kelihatan begitu runsing.
“I wonder lah, doc. You dah tahu wife you sakit kan sebelum ni? Then, why you biarkan je dia duduk di rumah? Kenapa you tak terus bawa dia ke hospital?" Doktor Lidya kembali melabuhkan duduk di kerusinya. Ketika itu mereka di bilik Doktor Lidya sedang membincangkan perihal Maya.
Rafiq memicit kepalanya yang mula terasa pusing. Cermin mata ditanggalkan.
“I tak nak dia rasa dia sakit. Kalau dia rasa dia sakit, maybe dia akan lagi rasa despressed! That's why I tinggalkan dia dekat kampung. Supaya dia dapat tenangkan fikiran. I tak nak dia rasa sunyi bila dekat KL. You know what, dia belum habis pantang. Tak kan I nak tinggal dia seorang diri dekat rumah. Lagipun, mak I dah volunteer nak jaga Maya." Terang Rafiq panjang lebar.“Tapi, doc. Ini kes serious. You ada bagitau I kan, tadi. Maya dah start acting like a kids. Main anak patung, cakap seorang diri. Tak kan you biarkan dia macam tu je. And I rasa kita kena....."
“Then, what?? You nak cakap wife I gila ke maksud you? Macam tu?" Potong Rafiq pantas. Matanya sudah merah memandang wajah Doktor Lidya yang manis bertudung.“Doktor...." Panggil Doktor Lidya cuba menenangkan amarah Rafiq. Dia faham keadaan Rafiq ketika ini. Siapa tak marah kalau cakap isteri sendiri ada sakit mental.
“I tahu you masih sedih tentang berita yang dah menimpa wife you. I harap you dengar dulu penjelasan I." Dia melepaskan nafas berat. Wajah Rafiq yang sudah kelihatan sedikit tenang itu dipandang.“Please dengar apa yang I nak cakap ni and you kena jawab apa je yang I tanya." Rafiq memandang ke wajah Doktor Lidya sebelum mengangguk perlahan. Doktor Lidya tersenyum.
“Sebenarnya, Maya ada masalah kemurungan yang sangat teruk. Kemurungan ini dipanggil pospartum desspression atau orang kita panggil..."
“Gila meroyan maksud you?" Potong Rafiq lagi. Dia menelan liur. Doktor Lidya mengangguk dan menyambung kembali.“Maybe you rasa pelik, sebab selalu meroyan ni terjadi bila ibu-ibu yang lepas berpantang tapi, tak mustahil juga ianya terjadi apabila seorang ibu itu mengalami keguguran. Tapi, bilangannya sedikit than ibu yang melahirkan anak. Jadi I nak tanha you. Ada tak Maya menunjukkan tanda-tanda pelik selepas dia gugur selain bermain anak patung?" Soal Doktor Lidya.
Rafiq terdiam seketika. Kemudian dia cuba mengingati perkara-perkara aneh yang ditunjukkan oleh isterinya selepas kematian anak mereka.
FLASHBACK
🌸🌸🌸🌸🌸
Rafiq tersedar dari tidur. Seketika dia mengalihkan pandangan ke tempat tidur isterinya. Kelihatan kelopak mata Maya masih terbuka. Maya masih belum tidur. Sayang... Kenapa belum tidur ni?" Dia membisikkan perlahan di telinga Maya. Maya berpaling menghadapnya.
“Abang...."
“Hmmm..." Rafiq menjawab perlahan.
“Abang rasa sejuk tak anak kita dalam tanah tu?" Rafiq tercengang memandang wajah isterinya.
“Sayang cakap apa ni?" Dia sudah berasa tidak sedap hati.
“Anak kita tu kecik lagi. Kenapa abang pisahkan dia dengan kita. Abang dah tak sayangkan dia ke?" Maya menyoal perlahan. Suaranya bergetar menahan tangis.Rafiq melepaskan nafas kuat. Tubuh isterinya dipeluk erat. “Sayang... Sayang sedar tak apa yang berlaku sekarang ni? Sayang sedar tak apa yang dah jadi dengan anak kita?" Mata bundarnya memandang tepat ke arah mata Maya yang sudah bergenang dengan air mata.
“Anak kita dah takde sayang... Anak kita dah meninggal!" Sambung Rafiq lagi sambil mencium dahi Maya. Lama!“Abang tipu!! Anak kita ada lagi. Abang jangan pisahkan dia dengan Maya. Abang tipuuuu!!" Jerit Maya kuat. Dia cuba melepaskan tubuhnya dari rangkulan Rafiq. Namun, gagal. Tubuhnya yang ramping tidak boleh dikalahkan dengan tubuh sasa suaminya.
“Sayang!!!" Jerit Rafiq pula.END FLASHBACK
🌸🌸🌸🌸🌸
Rafiq meraup mukanya perlahan.
“Ada, doktor. Dia ada tunjuk banyak sikap aneh dia. Sometimes, dia buat saya rasa takut nak berhadapan dengan dia." Rafiq berkata perlahan. Doktor Lidya hanya tersenyum. Dia juga turut bersedih dengan nasib yang menimpa doktor muda kacak itu.“You no need to be scared, doc. Dia isteri you. Dia adalah gangguan perasaan and I yakin Maya akan sembuh macam biasa. Tapi, kita kena jaga-jaga dengan meroyan ini. Kadang-kadang dia mampu cederakan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling dia bila dia rasa terlampau stress."
“Boleh I tahu kenapa wife I jadi macam tu?" Rafiq menyoal lagi kepada doktor psikiatri itu.“Banyak sebab dia. Antaranya maybe disebabkan dia rasa keseorangan. Dia rasa dia terabai sebagai seorang isteri. Maybe, disebabkan tugas you seorang doktor yang selalu on call dia rasa kesunyian. Takde kawan nak berbual di rumah. Second, maybe Maya mempunyai masalah di tempat kerja dia. I know Maya ni lecturer, maybe dia ada masalah dengan student dia ke apa ke.
Or kawan-kawan dia di Uni. Orang mengandung ni, emosi kena stabil. Third, Maya menghadapi konflik semasa mengandung, sebab sekarang dah nak masuk 4 tahun you all berkahwin. Maybe disebabkan lewat mengandung boleh terjadi semua ini. And maybe Maya masa pregnant ni, Maya selalu ingatkan parents dia yang dah lama meninggal dunia. You know what, bila mengandung. Kita kena pastikan dia tak boleh terlalu marah, tak terlalu sedih and ada kalanya terlalu happy pon berbahaya." Terang Doktor Lidya panjang lebar.
Rafiq mengangguk tanda faham. “I tak tahu nak cakap apa, Lidya. Apa yang you cakap tu ada betulnya juga. I terlampau busy kerja. Sampai terlupa wife I perlukan perhatian dari I. I husband yang tak berguna. Semua yang berlaku ni salah I. Kalau lah, I tak suruh Maya ambil bakul masa dekat rumha mak I tu." Air mata yang mahu mengalir di pipinya cepat-ceoat disekat. Tidak mahu Doktor Lidya namapk yang dirinya lemah ketika ini.
“You tak boleh salahkan diri you, doc. Semua yang terjadi ni ada sebabnya. But, I wonder kenapa ada kesan luka dekat pergelengan tangan dia. Boleh you terangkan apa yang terjadi?" Matanya memandang ke arah lelaki itu. Rafiq menelan liur seketika. Dia tidak tahu mahu berterus terang perihal ibunya atau tidak. Dia buntu!
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
RomanceDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘