Bab 26

3.7K 136 11
                                    

"Aku ni tak buta lagi tau. Aku nampak tadi kau sorang je dari tadi. Kau sebenarnya bukan cakap dengan orang. Tapi kau cakap dengan kerusi!" Rafiq memejam mata. "Kau sebenarnya bukan bercakap dengan orang tapi kau bercakap dengan kerusi... Kerusi...!" Rafiq meraut mukanya berkali-kali. Perbualan bersama ibunya semalam masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.

Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku malam tadi. Seakan mimpi ngeri dia rasa. Bukan... Bukan mimpi! Dia masih boleh nampak walaupun tidak jelas susuk tubuh, dan mendengar suara anak kecil misteri itu.
MALIKA! Satu nama yang kedengaran begitu unik. 'Apa yang dia nak? Apa yang dia cuba sampaikan? Apa yang dia cuba buktikan?' Segala persoalan itu bermain-main di fikiran Rafiq. Adakah ini semula satu mainan perasaannya juga? Kerana terlampau berfikir atau istilah lain yang sering kita sebut sebagai overthinking, benda itu akhirnya memunculkan diri.

'Tak... Tak! Apa yang kau mengarut ni, Fiq? Benda apa? Hantu? Huhh, benda tu semua tak wujud. Ini zaman moden lah. Mana ada semua tu. Kalau ada pun dulu tu, sekadar lumrah hidup orang tua yang nak menakutkan anak-anak mereka!' Dia berusaha memujuk hati sebagai tidak mahu percaya. Hal semalam, dia sudah beritahu ibunya agar jangan bercerita kepada sesiapa terutamanya Maya. Dia tidak mahu Maya berfikir yang Malika itu sebenarnya wujud. Dia tidak mahu menganggu emosi isterinya lagi.

Malu sebenarnya. Selama ini dia begitu lantang bersuara tidak mempercayai benda-benda mistik sebegini, alih-alih makhluk itu munculkan diri. 'Tak.. Tak. Tak ada apa sebenarnya. Semua itu hanyalah mainan emosi.' Pujuk hatinya lagi.

"Malika... Malika.... Malika.... Mikayla... Malika...." Terbuntang matanya saat dia tersasul menyebut nama isterinya di hujung ayat. Nama-nama itu seperti sengaja disamakan. Ejaannya saja yang berbeza. Sebutannya juga hampir sama. Tiba-tiba....
"Abanggggggg...." Rafiq tersentak dari lamunan. Dia segera berpaling ke arah kirinya. Entah bila Maya masuk ke dalam bilik tidur itu.

"Sayang ni.... Terkejut abang..." Pantas dia mengurut dadanya berkali-kali. Orang tengah fikirkan bab hantu ni, dia boleh pula on time munculkan diri. Matanya tertatap ke arah isterinya. 'Pakai tudung kenapa pula dalam rumah ni bukan ada bukan muhrim dia pun. Ke dia nak pergi mana-mana?' Rafiq menggunakan monolog dalamannya lagi. Wajah ayu isterinya dipandang tidak lepas.

"Sorry... Maya cuma nak beritahu. Izhar dengan wife dia ada datang. Dekat depan tu, hah. Abang tahu ke diorang nak datang dekat rumah mak ni?" Soal Maya. Rafiq menangguk. Dia boleh rasakan lagi cara isterinya itu berbual. Masih lagi dingin walaupun suaranya itu dilembutkan. Masih marahkan dia.

"Diorang dah sampai ke? Sorry, sayang. Abang lupa nak bagitau sayang dengan mak. Diorang tu saja je datang. Dah 2 hari dah bercuti dekat Melaka ni. Alang-alang tu abang suruhlah Izhar bawa bini dia datang sini. Dapat kenal dengan sayang." Rafiq segera bangun dari pembaringan. Tadi dia sekadar membetulkan urat, tidak tidur pun.

"Ohh, yeke? Cantik wife dia." Puji Maya ikhlas membuatkan Rafiq tersenyum.
"Wife abang ni lagi cantik. Eh... Eh, tengok tu di blushing. Cutenyeee.." Usik Rafiq kemudian dia mencubit manja pipi isterinya. Pinggang ramping isterinya dipeluk manja.
"Abang ni... Main-main pula." Balas Maya agak malu-malu.

Rafiq yang baru mahu ketawa cepat-cepat ditahan. Bimbang takut mereka yang di luar dengar.
"Sayang pun rindukan abang, kan? Mesti sayang rindu nak baring atas dada abang ni. Nak usap-usap sixpack abang, kan?" Usiknya lagi sambil tersengih. Tangan isterinya segera dimasukkan di dalam bajunya. Mahu Maya mengusapkan perutnya yang berketul-ketul itu. Rindu!

Maya membulatkan mata. " Ishhh, abang ni. Gatal je. Dah, jom keluar. Diorang dah tunggu dah tu, nanti cakap apa pula kita duduk dalam ni lama-lama." Pujuk Maya lagi saat Rafiq tidak mahu melepaskan pelukan. Tangannya juga ditahan oleh Rafiq.

"Alaa.. Mak kan, ada. Kejaplah, sayang. Abang rindu ni nak manja-manja." Rayu Rafiq pula. Wanginya yang dipakai isterinya benar-benar membuatkan dia tidak senang duduk. Kalau lah, Izhar tidak datang. Sudah dia terkam tubuh Maya itu apabila melihat respon isterinya yang juga seakan rindu kepadanya.

"Mak takde lah. Mak pergi rumah jiran.Dah lah, bang. Jom keluar." Maya berusaha melepaskan diri, akhirnya Rafiq akur. Mereka bergandingan keluar dari bilik tidur dan melangkah menuju ke arah ruang tamu.

                         🌸🌸🌸🌸🌸

"Bila nak masuk kerja?" Soal Doktor Izhar kepada Rafiq saat hanya mereka sahaja di ruang tamu. Maya dan isterinya, Doktor Atiqah berada di dapur sedang membancuh minuman petang.
"Next week, kot. Kenapa rindu aku ke?" Balas Rafiq bernada jenaka. Sudah lama tidak bergurau dengan sahabatnya yang satu itu. Rindu juga dia kepada bauan hospital, tapi apa hendak buat. Dia terpaksa bercuti.

"Giler tak rindu. Hahaha,dah lah bro. Kau tak payah tanya soalan yang bau macam gay lah. Kau jangan tak tahu sekarang. Kes LGBT semakin jadi-jadi." Rafiq turut melepaskan tawa.
"Aku bergurau jelah. Yelah, kau kan selalu je lepak dalam bilik aku. Kalau kau tak datang, aku pula ke bilik kau. Dah macam belangkas dah kita ni."

Seketika dia memandang anaknya Haikal yang sedang bermain robot transformer berdekatan dengan Rafiq. Haikal memang manja dengan Rafiq sebenarnya kerana Rafiq pandai melayan anaknya itu. Anaknya yang diberi nama Muhammad Haikal Uzair baru berusia setahun lebih. Comel!
"Tahu pun macam belangkas. Kau tu, cepatlah masuk kerja. Kalau cuti belum habis kau boleh je cancel. Bosan lah, asyik lepak mamak sorang je. Diorang yang lain tu tak berapa masuk sangat dengan aku."

Terang Doktor Izhar tanpa dipinta membuatkan Rafiq tersenyum.
"Nanti lah, aku fikirkan. Nak kena pastikan Maya betul-betul, okay." Ujar Rafiq.
"Macam mana nak baik kalau dah elok-elok dia buat treatment dekat hospital tu kau bawa balik. Mentang-mentang lah, ada kuasa." Bidas Doktor Izhar selamba dan serta-merta Rafiq terkedu.

"Apa kau ingat doktor tu bagus sangat ke? Kau tahu tak dia suggestkan aku bawa Maya jumpa pakar rawatan islam. Yee, takpe lah aku tak kisah. Tapi, yang geramnya dia siap cakap yang Maya tu macam ada benda tak kena. Macam ada benda kacau dia. Perghhh, bodoh betul lah. Dia tu belajar je pandai sampai overseas. Tapi, fikiran kuno. Percaya bukan-bukan. Doktor apa macam tu?" Terang Rafiq panjang lebar.

Doktor Izhar hanya menggeleng. Seketika dia memperbetulkan urat leher.
"Tak salah pun kalau nak cuba." Dia berkata dalam nada perlahan. Bimbang didengar oleh Rafiq. Bukan dia tak tahu, Rafiq pantang kalau orang tidak berpihak kepadanya.
"Kau cakap apa? Aku tak dengar." Soal Rafiq membuatkan Doktor Izhar tersengih.

"Takde apalah. So, Maya sekarang apa cerita? Sihat sikit tak?" Cepat-cepat dia menukar topik. Rafiq memandangnya dengan tajam.
"Sihat macam tu lah. Tapi, aku takut juga dia jadi lagi." Doktor Izhar mengangguk tanda faham.
"Fiq.. Kalau aku cadangkan kau satu idea, agak-agak kau nak pakai tak?"
"Idea apa?" Segera Doktor Izhar memandang sekeliling. Bimbang didengar oleh Maya. Kedudukkannya didekat ke arah Rafiq.

"Apa kata kau ambik anak angkat, je? Manalah tahu Maya akan baik dengan cara tu. Dia tu kesunyianlah. Better kau ambik je anak angkat. Dekat hospital tu ramai baby yang baru lahir. Yang ditinggalkan mak bapak pun ada. Kau pulak staf dekat situ. Memang takde hal lah, kalau kau nak ambik anak angkat." Terang Doktor Izhar dengan suara yang perlahan. Rafiq mengemam bibir. Dagunya yang tidak gatal itu digaru.

"Anak angkat?" Doktor Izhar mengangguk lagi. Rafiq melepaskan nafas.
"Nantilah, aku fikir. Tapi, rasanya kalau aku try lagi nak dapatkan zuriat aku dengan Maya takde hal. Maya tak mandul. Walaupun dia......" Tiba-tiba..

"Huwaaarghhhhhhhh!!!"

Mereka dikejutkan dengan tangisan Haikal. Serentak mereka berpaling ke arah Haikal yang sedang terbaring bersama tangisan yang kuat. Entah macam bila dia bermain di depan pintu dan mengakibatkan dia jatuh di tangga rumah Che Hasnah.

"Haikallllllll!!!" Jerit Doktor Izhar kuat sebelum dia dan Rafiq berlari ke arah Haikal. Namun, belum sempat dia mengangkat anaknya, ada sepasang tanda mulus yang lebih cepat mengambil anaknya di lantai luar rumah Che Hasnah. Dia ialah Maya Mikayla! Serentak mereka memandang ke arah Maya. Manakala Doktor Atiqah isteri Doktor Izhar sudah hampir menangis melihat keadaan anaknya itu.

Dalam keadaan yang huru-hara itu, Maya tiba-tiba....

"Syhhhhh... Syhhhhh. Sayang jangan nangis. Mama ada ni dekat sini.. Syhhhhh." Doktor Atiqah memandang Doktor Izhar manakala Doktor Izhar turut memandang ke arahnya. Rafiq menelan liur. Sudahh.... Dia buat lagi!!

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now