Bab 19

3.1K 115 1
                                    

Gayah Becok mendengus kuat. Geram pula tengok perangai Ijam yang serba salah itu. Dia menghantar insyarat supaya berjaga-jaga melalui pandangan matanya.
“Kau dah kenapa takut-takut ni? Aku kata cerita perkara yang betul tu cerita ajelah. Jangan takut sangat dengan diorang ni. Aku ni mak kau, tak beraninya diorang apa-apakan kau."

“Ijam...." Naufal pula bersuara dengan lembut. Dia mencangkung dan menyamai paras ketinggian Ijam, anak mata budak itu dicari.
“Ijam ceritakan perkara yang sebenar, ye? Jangan risau, abang tak kan marahkan Ijam. Kalau Ijam cakap benda yang betul Ijam ni dah dianggap seorang yang jujur tau. Ijam nak ke Allah marah sebab jadi budak nakal?" Ijam menggeleng laju. Air mata yang baru mengalir segera dikesat.
“Ijam... Kita sebagai lelaki ni kena berani. Ijam lelaki, kan?" Rafiq menyambung lagi bersoal.

Cepat-cepat Ijam mengangguk. Rafiq tersenyum lalu memandang ibunya. Che Hasnah turut membalas. Kepala Ijam diusap perlahan. Gayah Becok masih menunjukkan muka tidak puas hati.
“Sebenarnya... Kak Maya tu tak kacau kitorang pun.. Kitorang yang kacau dia. Dia mengamuk sebab... Sebab Ijam tolak dia. Dia marah sebab Ijam yang bagi patung dia jatuh. Ijam tak tahu dia nak marah sampai macam tu sekali."

Rafiq menarik nafas panjang. “Tahu tak perbuatan Ijam ni salah? Tak kisah lah, Kak Maya tu tua ke muda ke Ijam tak boleh buat macam tu. Dah kurang ajar namanya. Lagi satu. Kenapa Ijam main dekat tepi jalan? Ijam tahu tak bahaya?"
“Habis tu kami nak main dekat mana? Mak yang tak kasi kami main dekat rumah. Mak cakap pergi dekat luar. Jauh dari rumah pun takpe." Tersembul biji mata Gayah Becok memandang anaknya,Ijam. Kurang asam! Boleh pula dia cakap banyak.

“Eh! Apa hal kau nak babitkan aku pula? Dah, jom balik! Lagi lama kita dekat sini. Lagi sakit hati aku. Balik, Ijam!" Pantas dia menolak tubuh gempal anaknya menuruni tangga dengan laju. Che Hasnah menggeleng kepala. “ Gayahhh...!" Gayah Becok segera menoleh dengan muka kecutnya.

“Kita ni nak didik anak. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Ijam ni budak baik. Dengar cakap sebenarnya cuma agak nakal. Kau je yang salah guna cara nak didik dia. Ingat Gayah. Ini amaran aku yang terakhir. Kalau berani lagi nak fitnah anak menantu aku. Aku takkan teragak-agak bawa kau ke balai. Aku tak main-main, Gayah!"

Gayah Becok menelan liur. Tanpa pamitan, segera dia melangkah keluar dari halaman rumah Che Hasnah. Rafiq menahan tawa sangat melihat langkah Gayah Becok dan Ijam yang kelam kabut sampai tersadung kaki sendiri. Mujur dia dapat mengimbangi badan. Terkocoh-kocoh dia menghidupkan enjin motosikal yamaha jenis lama miliknya. Nasiblah boleh hidup.

Che Hasnah mengalihkan bebola matanya ke arah Rafiq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Che Hasnah mengalihkan bebola matanya ke arah Rafiq.
“Hermm... Kau? Tersengih apa lagi? Tadi kata nak mengatuk, penat? Ni tak jadi nak tidur pula ke?" Perlu ibunya.
Rafiq menelan liur sebelum membalas.“Mak... Fiq minta maaf mak. Sepatutnya dari hari tu lagi Fiq...." Che Hasnah tersenyum sinis dan segera memotong. “Tak payah nak minta maaflah. Bukan kau nak dengar pun cakap aku ni. Buang masa kau je." Seraya berkata Che Hasnah membuka langkah ingin ke dapur.

“Mak nak pergi mana?" Soal Rafiq.
“Cuci kain baju Maya lah. Tadi kau bawa balik beg baju kotor dia. Ingat aku tak nampak?" Jawab Che Hasnah pula.
“Tak payah lah, mak. Tinggal aje situ. Nanti Fiq cuci."
“Tak payah. Kerja senang macam ni aku buat handle. Bukan selalu aku buat. Dah lah, pergi tidur. Petang kejap lagi nak ke hospital pula kan? Kejap lagi mak masakkan untuk Maya."

Bicara Che Hasnah sudah bertukar lembut. Rafiq tersenyum, ini bermakna amarah ibunya itu kian beransur hilang. Baru saja Che Hasnah mahu melangkah pergi. Rafiq menegur.
“Mak..." Lembut saja suara jejaka itu. Che Hasnah berpaling semula.
“Terima kasih..." Che Hasnah tidak menjawab, sebaliknya dia hanya tersenyum saja. Dengan langkah kaki yang perlahan. Dia melangkah menuju ke dapur.

Rafiq baring semula di atas sofa. Selang beberapa minit, dengkurannya kedengaran.

                          🌸🌸🌸🌸🌸

P/S: Sorry, semua! Chapter ni pendek sikit. Sbb xde idea. Hehee

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now