Bab 8

4.7K 126 0
                                    

“Terima kasih ustaz. Saya tak tahu nak balas macam mana budi ustaz. Ustaz banyak menolong dan mengajar saya sepanjang semalam." Rafiq berkata sopan kepada Ustaz Adam. Ustaz Adam mendapat kelulusan pengajian dari Istanbul Siher Universiti, Turki. Dia sudah berkahwin dan juga merupakan anak jiran kepada Che Hasnah. Kini, mereka menempat di Melaka.

“Sama-sama. Saya hanya berkongsi ilmu yang mana saya ada. Alhamdulillah, saya dapat berkongsi dengan awak dan juga beberapa orang yang hadir. Ilmu ni tak baik kalau kita tak praktiskan bersama."
Ustaz Adam tersenyum manis. Dia  masih muda lagi, tetapi perilakunya matang dari dia walaupun umurnya sebaya dengan Rafiq iaitu 31 tahun.

“Betul tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Betul tu. Saya sebenarnya malu. Walaupun mak kita berjiran tapi saya tak pernah tegur ustaz. Terlampau sibuk dengan hal dunia." Ustaz Hadi ketawa kecil. “Jangan kata awak. Saya pun sama.  Ada hikmah semua ni terjadi. Lagipun, kita sama-sama merantau di tempat orang. Jarang balik kampung sebab tu kita tak berapa kenal."
            
Rafiq tersenyum. Ketika itu mereka berada di ruang tamu. Malam itu, Che Hasnah mengadakan kenduri tahlil untuk arwah suami dan cucunya. Orang ramai beransur pulang. Yang tinggal hanya ustaz muda itu dan beberapa jiran wanita yang lain. Rafiq mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan Ustaz Adam.

“Awak bertugas di mana?" Tanya Ustaz Adam ramah. Dia menghirup sedikit teh o panas yang masih berasap.
“Di Prince Court. Ustaz?"
“Saya mengajar dekat Uitm Melaka ni je. Eh, tak payah lah nak berustaz-ustaz lah dengan saya. Segan pula rasa."
“Eh, tak boleh. Itu dah memang gelaran ustaz."

“Habis tu saya kena panggil awak doktor lah macam tu?" Terburai tawa mereka.
“Baiklah, Doktor Fiq. Saya balik dulu. Ada masa kita jumpa. Ingat tau, jangan bagi isteri terlampau bersedih. Ada kalanya, bersedih ni tak bagus. Saya harap harap awak faham."
“Baiklah, ustaz." Dia menghantar Ustaz Adam ke kereta Toyota Hilux miliknya.

                        🌸🌸🌸🌸🌸

Rafiq masuk ke dapur. Kelihatan ibunya sedang sibuk mencuci pinggan. Tidak perasan akan kehadirannya.
“Mak..." Che Hasnah menoleh.
“Haa, dah balik?" Rafiq mengangguk. Dia baru pulang dari kedai mencuci kereta.
“Maya mana, mak?" Soal Rafiq mengenai isterinya.

“Ada dalam bilik tu. Dari tadi terperuk dalam bilik. Mak ajak makan pun dia tak nak." Che Hasnah mula mengadu.
“Dia tak makan lagi? Malam tadi pun dia tak makan. Sekarang dah pukul 4 petang. Tak lapar ke?" Baru dia mahu melangkah, ibunya menahan.
“Kejap. Mak nak cakap sikit."
             
Rafiq mengerut kening. Sedikit pelik dengan perilaku ibunya itu. Dia menarik kerusi meja makan, lalu duduk. Che Hasnah turut membuat perkara yang sama. Dia duduk bertentangan dengan Rafiq. “Mak rasa tak sedap hati dengan isteri kamu tu."
“Apa maksud mak?"

Che Hasnah menarik nafas perlahan. Dia cuba mengatur ayat.
“Kamu tak perasan ke isteri kamu tu semakin tak terurus. Tak nak makan, mandi pun tidak. Kenapa kamu biarkan je dia macam tu?"
“Mana adalah, mak. Dia ada je makan. Mandi je. Apa pula yang tak terurus."
          
“Itu kata kamu. Mak tengok sekarang ni dia selalu termenung. Cakap dengan dia pun, boleh buat tak tahu. Macam aku bercakap dengan Meon kucing jantan aku tu. Muka takde perasaan."
Rafiq memandang sekeliling. Risau jika isterinya mendengar.
“Dia sedih lagi tu, mak. Anak kami kan baru je meninggal 4 hari lepas. Normal lah tu." Dalam diam Rafiq memujuk hatinya agar isterinya itu normal sahaja.

“Apa yang normalnya? Aku ni dah naik risau tau tak. Isteri kamu tu keguguran. Emosi dia tak stabil. Aku tak nak jadi bukan-bukan. Dia tu kehilangan anak. Kau tu sebagai suami dia sepatutnya kena ambil kisah. Ini aku tengok kau boleh bolayan je bini kau tu. Ingat aku tak perasan ke, Rafiq? Kau jangan buat hal!" Bergetar rahangnya menahan marah. Bukan dia tidak perasan tingkah laku mereka suami isteri.

Hubungan mereka kian renggang. Mustahil disebabkan kematian anak mereka hubungan mereka jadi seperti ini. Bukan mereka saja yang diuji sebegini. Ramai lagi, malah lebih teruk pun ada. Tapi, ini hal anak menantunya. Dia tidak akan berdiam diri. Dia harus sekolahkan mereka sebelum apa-apa hal buruk yang terjadi.

“Fiq, bukan tak cuba pujuk dia. Tapi, bila Fiq dekat dengan dia. Dia marah. Fiq faham, mak. Dia perlukan masa bersendirian. Fiq pun sedih, so Fiq faham naluri hati dia macam mana." Che Hasnah mendengus geram. “Faham apa ke bendanya kau tu? Aku tak kira. Kau kena nasihat bini kau tu. Jangan bagi dia rasa keseorangan. Suruh dia bersiap macam selalu."

“Mak....." Che Hasnah membulatkan mata membuatkan Rafiq terdiam.
“Ingat Rafiq. Aku ni makan garam dulu sebelum kau. Aku tahu kau doktor sebab tu kau tak nak dengar cakap aku. Kau lebih suka keluarkan ilmu sains kau tu. Langsung tak nak dengar cakap aku. Aku tak nak cakap banyak. Kalau kau tak nak jaga bini kau. Pergi balik KL. Biar aku yang jaga."
              
Selesai berkata, Che Hasnah naik ke atas rumah. Ditinggalkan Rafiq bersendirian di meja makan. Lelaki itu memicit kepala. Pusing!

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now