Bab 3

7.6K 138 1
                                    

Maya sedang menonton Tv di ruang tamu rumah mereka. Hari ini hari minggu, mereka suami isteri cuti. Rafiq bekerja sebagai doktor di hospital swasta sekitar ibu kota, manakala Maya berkerja sebagai pensyarah di UITM Shah Alam. Mereka duduk di rumah sahaja hari ini. Malas mahu ke mana-mana. Tengoklah, kalau rajin dia mahu mengajak suaminya ke pasaraya membeli barang dapur.

Rafiq yang baru selesai mandi dengan hanya berseluar pendek berbaju tshirt kuning turun ke tingkat bawah. Dari atas tangga dia boleh melihat susuk tubuh isterinya yang seksi. Maya hanya memakai night gown berwarna hitam singkat atas pada lutut manakala bahagian dadanya terdedah hingga menampakkan lurah. Pendek kata memang seksi habis.

Maya yang sedar kehadiran suaminya yang sudah pun melabuhkan pinggul di sebelahnya tersenyum manja. Sengaja dia memakai baju sebegini untuk menggoda suaminya. "Sayangg...." Rafiq memberi insyarat agar Maya bersandar di dada bidangnya. Maya akur. Dia membelai dada suaminya dengan manja manakala Rafiq tidak habis-habis mencium rambutnya.

Bab ini dia memang memuji isterinya yang pandai menjaga kebersihan diri. Maya memang seorang yang pembersih. Segala pelusuk tubuh badan memang harum dan membuatkan dia selalu menginginkan tubuh itu. Ketagih tubuh isterinya sendiri! "Tengok cerita apa ni?" Rafiq bertanya lembut.

"Love At First.. Handsome kan hero dia?" Rafiq mengerutkan kening.
"Macam ni handsome? Sepet semacam je."
"Heii...." Maya menjerit perlahan.
"Lee min ho, handsome lah sayang. Abang tahu tak berapa ramai peminat dia? Berpuluh juta tau. Satu dunia boleh katakan minat dia. Macam Justin Bieber lah." Rafiq mencebikkan mulut.

"Ada abang kisah? Abang lagi handsome, okay! Tengok ni, muscle abang." Rafiq membuat gaya seperti seorang bodybuilder. Maya membuat tidak nampak. Malas melayan suaminya yang selalu perasan tu. Dia memfokuskan mata ke arah peti televisyen. Tiba-tiba scene yang mana menunjukkan si hero mencium bibir si heroin. Amat romantis sekali. Maya menelan liur. Suaminya dikerling, Rafiq bersikap selamba sahaja.

"Ni cerita kpop ke kporn ni, sayang?" Jelas kedengaran suami Rafiq di telingannya. Maya ketawa kecil.
"Kpop lah, bang. Alaa, scene kissing-kissing ni bagi diorang biasa je."
"Patut lah ramai orang melayu suka tengok. Orang perempuan, budak sekolah pun layan. Rupanya sebab ada cium-cium ni eh, yang?" Maya mengangkat bahu. Malas mahu melayan.

"Tapi kalau kita buat tak salah kan, yang? Kita kan suami isteri." Maya mencari anak mata suaminya. Pantas Rafiq memagut bibir munggil Maya. Dijilat bibir Maya yang kemerahan itu atas dan bawah. Maya pandai melayan, lidah Rafiq dijilat manja sambil tersenyum penuh makna. Di hujung lidah Rafiq terasa pedih, Maya menggigit lidahnya rupanya. Nakal!

“Sayang..." Panggil Rafiq dengan manja sebaik melepaskan pautan bibir. Seketika Maya menjongket sebelah keningnya. Memberi insyarat bertanya kenapa.
“Antara abang dengan si mamat kpop ni mana lagi handsome?" Kedengaran Maya ketawa kecil.
“Apa lah abang ni. Suka tanya soalan yang abang sendiri dah tahu. Antara abang dengan dia, mestilah mamat kpop ni lagi handsome." Maya mencuit hidung Rafiq dengan bersahaja.

“Hah? Seriously? Macam ni handsome? Adoi.. Jambu ni sayang. Abang tak faham lah, kenapa perempuan zaman sekarang ni semua suka sangat jenis jambu-jambu macam ni. Orang sepatutnya suka yang macho, hot, sado macam abang ni tau, sayang. Baru orang panggil anak jantan. Haa, sayang jangan cakap abang tak kasi tahu." Maya ketawa lagi. Seketika dia bermain dengan rambut panjangnya.

“Mana ada semua perempuan suka yang jenis macam tu. Kalau tak, takde lah Maya kahwin dengan abang. Abang kan ada semua ciri-ciri macam tu. Hot, sado, macho. Kalau Maya nak yang jenis jambu macam Lee Min Ho ni. Baik Maya tackle aje mamat kpop masa dekat U dulu. Belambak tau muka macam Lee Min Ho. Ada yang minat dekat Maya, tapi sengaja Maya tak nak layan." Maya mengibau kembali kisah hidupnya suatu masa dulu.

“Eleh.. Yelah tu, ada orang minat. Habis tu, kenapa Maya tak terima je diorang." Soal Rafiq lagi sambil membelai rambut Maya.
“Sebab Allah dah tetapkan jodoh kita. Kali pertama abang tegur Maya, hati Maya dah tertawan dengan muka abang. Jantung Maya berdegup laju. Maya yakin yang abang ni mampu beri Maya kebahagian yang Maya impikan. Alhamdulillah, apa yang Maya hajati dan impikan tu semua tercapai. Terima kasih abang, sebab terima Maya. Maya sayang abang sangat-sangat!"

Maya mencium pipi Rafiq dengan manja membuat Rafiq tersenyum bahagia.
“Alhamdulillah. Allah pertemukan kita, sayang. Thanks, sebab terima abang. Abang pun sayangkan sayang juga. I love you too three, four, five, six, seven, eight, nine, ten!" “Urmmm.. Abang! Macam budak-budak." Komen Maya sambil mengerutkan kening. Kedengaran Rafiq ketawa.
“Biarlah abang nak jadi budak-budak pun dengan sayang abang ni. Tak kan nak jadi orang tua. Nanti tak boleh manja-manja dengan sayang."

Kedengaran seperti suara Rafiq merajuk. Bukan merajuk betul pun. Saja dibuat sahaja. Maya ketawa kecil.
“Comel tau abang ni. Suka merajuk betul. Mengada!" Usik Maya sambil mencuit dada bidang Rafiq. Rafiq menangkap jari halus itu.
“Alaa.. Nak mengada dengan bini abang je. Tak kan nak mengada dengan orang lain pula." Rafiq menyengit mata kanan sambil tersenyum kepada isterinya.

“Amboi..Abang ada niat ke nak pasang lagi?" Tanya Maya dengan menggunakan intonasi yang lembut.
“Ish.. Mana ada sayang. Isteri abang yang satu ni pun dah lebih cukup dari segi segalanya dah. Abang rasa sempurna sangat bila sayang jadi isteri abang." Maya tidak berkata apa. Dia hanya tersenyum sahaja.
“Sayang, jom?" Tiba-tiba Rafiq menarik tangannya supaya mengikutnya.

“Eh... Nak pergi mana?" Tanya Maya dengan penuh kerutan di dahi.
“Kita pergi syurga... "Pantas Rafiq mengangkat tubuh kecil isterinya ke dalam bilik. Suara Maya yang menjerit kecil itu dibiarkan saja, asalkan dia boleh bermanja dan berduaan dengan isteri tercintanya.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now