Sudah hampir 2 minggu Maya bersikap begitu. Dirinya bukan lagi Maya Mikayla yang dulu. Rafiq sudah pening kepala memikirkan masalah isterinya itu namun, dia tidak menceritakan hal ini kepada Che Hasnah. Bimbang ibunya itu akan berfikir bahawa isterinya gila! Tidak, Maya tidak gila. Dia hanya mengalami tekanan perasaan. Tetapi, bukankah sama saja ayat itu bagi orang yang kurang mengenai ilmu sains dan teknologi seperti ibunya?
Ibunya itu duduk satu bumbung dengan Maya, mustahil ibunya itu tidak tahu tentang perilaku aneh Maya kebelakangan ini. Atau mungkin di belakang ibunya saja Maya bersikap sedemikian? Entahlah.
“Hoi!" Rafiq tersentak kerana terkejut. Nasib baik dia tidak tersembur minuman yang sedang dihirupnya iaitu expresso macchiato di The Coffee Bean & Tea Leaf di tingkat 1 Hospital Prince Court.Rafiq dan teman-temannya yang lain memang gemar melepak di situ bila waktu rehat. Sekadar mahu membasahkan tekak dan membincang apa yang patut. Dicapai helaian tisu dan segera dilap di bibir nipisnya. Wajah kacak Doktor Izhar merangkap teman baiknya dijeling.
“Kau memang tak reti bagi salam ke mangkuk?"
Doktor Izhar ketawa lepas. “Assalamualaikum.. Moody je ni. Apasal?" Dia bertanya bersahaja malah, sempat lagi mengerling diari harian milik Rafiq. Mata doktor muda itu membulat tiba-tiba dia ketawa lagi. “Kau ni apasal? Baru tiga hari balik KL, tinggal kejap bini kau kat Melaka tu takkan dah rindu.Ni apa ni? Maya Mikayla... Maya Mikayla. Obses betul kau dengan Maya sampai penuh dua muka surat ni kau tulis nama dia." Dia menunjukkan jari telunjuk ke arah diari tadi. Tulisan Rafiq memang cantik. Berangkai kemas. Bukan macam tulisan sesetengah doktor yang lain. Seperti cakar ayam, susah benar mahu baca. Macam Izhar!
“Waalaikumussalam.."
“Kata ada hal nak bagitau aku. Apa dia?" Doktor Izhar bertanya lagi. Peluh di dahi dilap menggunakan tisu. Lengan baju kemeja dilipat sedikit. Walaupun kafe itu berpenghawa dingin, namun dia tetap panas.“Aku nak tanya kau something." Dia menyisip minuman seketika.
“Apo?"
“Lately ni, bini aku dah berubah. Aku macam dah tak kenal dah dengan dia."
“Maksud kau?"
“Dia selalu main dengan anak patung."
“Hah?? Biasa lah tu. Orang perempuan ni diorang suka something cute macam tu. Patung, bunga, coklat. Okaylah, kalau dia suka patung apa masalahnya. Adik aku pun suka benda-benda macam tu."
“Masalahnya dia buat patung tu macam anak dia. Tiap-tiap waktu bercakap dengan patung. Sampai makan minum aku pun dia tak layan. Kau rasa benda tu biasa ke?" Doktor Izhar menelan liur.
“Kejap. Maksud kau Maya tu main macam budak-budak ke? Main mak-mak macam tu." Doktor Izhar tidak percaya.
“Yes!" Rafiq membuka spectakle retro style miliknya. Dia meraut muka dengan kasar.
“Kau biar betul? Tak kan lah dia macam tu?"“Kau tengok muka aku ni macam main-main ke?" Direnung wajah kacak Rafiq. Wajah itu kelihatan agak serabut. Jambang nipis sudah mula tubuh di wajahnya. Benar dirinya sudah seperti orang tidak menjaga kekemasan diri seperti selalu. Serabai habis muka Doktor Rafiq sejak kebelakangan ini. Doktor Izhar termenung sejenak.
“Dia ada layan kau tak?" Rafiq menggigit bibir. Perlu ke dia bercerita yang Maya pernah menggodanya di kampung dahulu. Kalau dia cerita, itu sudah dikira membuka aib isterinya sahaja.
“Maksud kau. Layan macam mana?"
“Jaga makan minum kau lah. Masakkan untuk kau ke?" Fuhhh, lega. Ingatkan Izhar bermaksudkan apa.“Tak. Lagipun, dia kan tengah berpantang. Mana boleh buat kerja macam tu. Buat masa sekarang ni aku tinggal kejap dia dekat kampung. Hujung minggu ni aku balik Melaka. Ingat nak ambik dia balik KL." Rafiq menghirup expresso macchiato yang sedikit suam.
“Habis tu kalau balik sini. Siapa pula nak jaga Maya? Kau jangan kata aku boleh jaga dia. Kerja doktor macam kita ni bukan selalu ada dekat rumah. Bila cuti, tiba-tiba dapat on call macam mana. Tak takut ke biar dia duduk sorang?"Betul juga apa yang dikatakan oleh Doktor Izhar. Kenapa dia tak berfikir sebelum ini. Memang dia tidak harapkan Maya tinggal seorang diri, takut sesuatu yang buruk berlaku kepadanya.
“Kau tak nak try berubat cara kampung?"
Izhar memandang tepat ke wajah Rafiq.
“Berubat cara kampung? Maksud kau main bomoh? Fuhhh, memang tak lah aku nak bawa dia ke tempat macam tu.." Rafiq mengeluh.“Apa bomoh pula. Kau jumpa ustaz lah. Minta air penawar ke. Aku takut bini kau tu kena gangguan je."
“Maksud kau? Hantu?"
“Meroyan!"
“What???" Terbuntang mata Rafiq. Baru sahaja dia mahu menyoal lebih lanjut telefonnya berdering, menandakan ada panggilan masuk. Diangkat sekejap, ternyata Doktor Hisyam yang menghubunginya menyatakan ada meeting di biliknya.“Har, jom. Lain kali kita sambung lagi. Doktor Hisyam dah panggil tu." Izhar turut bangun dari kerusi lantas membuntuti Rafiq masuk semula ke lobi hospital. Perbualan mereka tamat begitu saja.
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
RomanceDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘