Bab 6

5.8K 118 2
                                    

Rafiq tenang menonton peti televisyen di ruang menonton tingkat atas. Sesekali dia mengekek ketawa dengan aksi lucu pelawak-pelawak terkenal di rancangan ulangan 'Sepahtu Reunion Live' di astro warna. Maya turut menonton rancangan itu. Kepalanya disandarkan manja di dada bidang suaminya manakala tangan sasa jejaki itu melilit kemas pinggangnya. Dia mengelus lembut lengan suaminya.

"Abang...?"
"Hermm...."
"Tak nak tidur lagi ke? Dah lewat ni. Esok susah pula nak bangun."
"Esok abang cuti lah sayang."
"Cuti?"

Maya mengerutkan kening. Muka kacak suaminya direnung. "Kenapa tiba-tiba cuti. Abang tak sihat?"
"Saja apply cuti. Esok abang ingat nak shopping barang-barang baby dengan sayang." Suaminya menayang gigi.
"Abang.. Suka-suka je cuti ni. Karang kalau kena buang kerja baru tahu. Abang jangan mengadu dengan Maya pula." Rafiq melepaskan tawa. Dibelai rambut isterinya dengan manja.

"Kenapa pula diorang nak buang abang. Tak kan lah, sayang. Abang ni jarang ambil cuti. Takpelah, sesekali nak juga release tension ni hah. So, esok nak tak kita keluar pergi beli barang baby?"
"Tak awal sangat ke, bang? Baby ni baru nak masuk tiga bulan. Macam cepat sangat je."

"Kita beli barang keperluan dia je sikit-sikit. Macam pampers, towel, toiletries baby, stroller, baby car seat macam tu je. Nanti tak kalut sangat."
"Herm.. Ikut abang lah. Maya ikut je."
Balas Maya sambil tersenyum. Rafiq turut tersenyum membalas.

"Sayang rasa baby kita ni girl or boy?"
"Tak tahu lah, bang. Baby ni baru berapa bulan. Tak boleh nak scan lagi. Lagipun, Maya tak kisah boy or girl. Asalkan dia sihat sudah."
"Ye, sayang." Rafiq merenung anak mata coklat isterinya penuh makna.

🌸🌸🌸🌸🌸

EMPAT BULAN KEMUDIAN...

"Abang, dekat sebelah sana tu banyak yang ranum." Maya menunjukkan jari telunjuk ke arah atas sebelah kanan Rafiq. Suaminya mendongak. "A'aa lah, yang. Sayang kutip tau. Abang nak petik ni." Dia memanjat lagi pokok rambutan kepunyaan ibunya. Ketika itu mereka di Melaka. Sudah lama tidak menziarahi Che Hasnah. Maya yang mengajak pulang ke kampung sebenarnya. Dia menurut sahaja.

Che Hasnah keluar dari pintu dari dapur sambil menatang sedulang teh panas dan sepinggan keropok lekor bersama sos pencicah. Dia memandang anaknya yang masih lagi berada di atas pokok.
"Hati-hati sikit panjat pokok tu. Kang terjatuh karang siapa nak berusung kau ke hospital." Rafiq tidak menjawab. Dia terus melompat turun dari atas pokok. Ketinggian pokok rambutan itu tidaklah tinggi mana, rendang sahaja.

Dia menyuruh isterinya yang masih lagi mengutip buah rambutan yang jatuh ke tanah itu masuk ke dapur, mengambil bekas untuk mengisi lagi. Isterinya akur. Rumah ibunya itu memang banyak pokok buah-buahan. Arwah bapanya yang menanam sebelum kehadiran dirinya lagi. Rambutan, langsat, manggis termasuklah durian. Pendek kata sebut sahaja mahu apa, semuanya ada.

Rafiq duduk di sisi Che Hasnah di atas pangkin beratapkan pokok manggis. Cuaca ketika itu tidak terlalu panas, berangin saja. "Mak jadi tak nak ikut kami balik kl?" Muka ibunya ditatap.
"Tak naklah. Hujung minggu ni masjid ada buat gotong- royong. Kalau aku takde, apa pula kata orang."

Rafiq tidak membalas. Sebenarnya, dia tidak berapa kisah samada ibunya mahu ikut dia pulang ke Kuala Lumpur ataupun tidak. Dia lebih risaukan Maya. Che Hasnah bukannya reti jaga hati isterinya itu. Pantang ada yang tidak kena di matanya. Terus saja disembur tidak kira siapa.

Isterinya terlalu baik, telan saja apa yang dikata oleh ibunya dengan sabar. Cuma, sejak kebelangkangan ini, perangai ibunya sedikit berubah. Sudah tidak baran seperti dulu lagi. Sudah pandai menjaga hati mereka, dan tidak bercakap lepas. Hikmah isterinya mengandung barangkali.
"Ni mak nak cakap sikit."
"Ada apa mak?"

Che Hasnah memandang wajah tampan anak tunggalnya. Anaknya itu sedikit berisi kebelakangan kini. "Mak ingat lepas Maya bersalin. Mak nak jaga dia. Kau setuju?" Mata Rafiq membulat. Hatinya gembira tidak terkata. Pelawaan ibunya itu seakan bukan jatuh ke riba. Sudah lama dia terfikir, kalau dia sibuk bekerja nanti. Siapa pula yang akan menjaga isteri kesayangannya itu.

Dia tidak harapkan isterinya duduk di rumah seorang, bimbang takut apa-apa terjadi. Mahu meminta tolong ibunya, dia segan kerana sebelum ini hubungan mereka tidak terlalu baik.
"Betul ke ni, mak?"
"Betul lah. Apa kau ingat ada masa ke aku nak main-main?"
"Terima kasih, mak. Terima kasih sangat. Fiq rasa Maya pun setuju kalau mak nak jaga dia."
"Mestilah dia setuju dah takde siapa lagi dah nak jaga dia. Kau pun nanti mesti sibuk kerja.

Tak kan asyik nak menempel je dekat rumah. Ni kau jangan risaulah. Aku tak kan marah-marah lagi dah bini kau tu. Aku sayang dia. Aku sayang juga cucu aku tu."
"Habis Fiq, mak tak sayang ke?" Sengaja dia menyakat ibunya itu. Bukan selalu nak beramah macam ni.
"Mesti lah aku sayang. Kau tu anak aku!" Rafiq tersengih menampakkan giginya yang putih. Ibunya hanya buat muka selamba.

"Tapi ada satu syarat."
"Syarat?" Rafiq menelan liur. Syarat apa pula ni. Tak kan ibunya itu mahu meletak syarat yang bukan-bukan.
"Mak nak Maya berpantang dekat sini. Mak tak nak duduk kl."
"Kenapa? Rumah Fiq tak selesa ke, mak?"
"Terlajak selesa sangat rumah kau tu. Bukan apa. Kalau duduk dekat kampung ni senang.

Pucuk kaduk dekat belakang rumah tu belambak senang aku nak masak dekat bini kau tu nanti. Baik untuk dalaman. Lagi satu nanti senang kalau Bok Miah bidan kampung tu nak datang mengurut. Kau tahu tak, lepas beranak ni kena berurut?" Rafiq mengangguk. "Fiq tak kisah. Fiq boleh je tiap-tiap minggu balik Melaka ni. Lagipun, hospital ada bagi cuti bersalin untuk mana-mana suami kalau isteri bersalin. Bolehlah Fiq luang masa sikit."

"Yelah. Kalau itu jawapannya kira takde masalah dah lah ni. Cuma satu je mak nak pesan."
"Apa dia, mak?"
"Bini kau tu bukan sekadar berpantang bersalin je. Dia pun kena berpantang juga dengan kau. Faham?"
Rafiq menggaru kepala. Apalah Che Hasnah ni pesan macam tu. Mestilah dia tahu.
"Mestilah faham."
"Haa, baguslah faham. Dengan itu, aku larang kau dekat dengan Maya selama 100 hari. Tidur asing!"
"What??"

Rafiq menelan liur. Seketika tidak mengawal raut wajah saat terpandang ibunya yang sudah mencerlung. "Lamanya 100 hari. Bukan selalu 44 hari je ke, mak?" Dia sudah susah hati. Mana boleh tidur asing bersama isterinya itu selama itu. Sedangkan sehari tidak berjumpa pun dia boleh naik gila rindukan Maya. Ini pula 100 hari tidak tidur bersama. Pasti dia akan rindukan bau wangian tubuh montok isterinya itu.

"44 hari tu biasanya orang kebanyakkan. Aku nak isteri aku ni pantang dengan cara aku. Tubuh badan dia nak pakai lama. Biarlah dia berehat kejap. Kau tak payah beria sangat susah hati. Aku lepuk karang!"
"Takde excuse ke?" Dia menjeling Rafiq. Jejaka itu memasamkan wajah. "Yelah, mak. Fiq faham."

"Faham... Faham. Yelah tu kau faham. Jangan esok genap je sebulan kau dah merangkak masuk bilik. Bukan aku tak tahu perangai gatal kau tu. Ikut arwah bapak kau." Rafiq tersengih sambil menggaru telinga. Dia malu sebenarnya, ibunya memang pandai membaca naluri hatinya. Baru saja dia mahu membuka mulut. Tiba-tiba....

"Abanggggg......!!!!"
Rafiq dan Che Hasnah terperanjat. Terus mereka berlari masuk ke pintu dapur. Sampai sahaja. mereka terlopong melihat keadaan Maya. Dia sudah terduduk di lantai bilik air sambil mengerang kesakitan. Darah pekat yang banyak itu mengalir di bawah kain gaun mengandung yang dipakai.

Paling memilukan dia ternampak raga besar bersebelahan isterinya. MasyaAllah! Amat menakutkan sesiapa sahaja yang memandang. Che Hasnah segera menenangkan Maya yang menangis teresak-esak.

Rafiq tidak menunggu lama. Dengan tangan yang terketar terus dia mencempung badan isterinya ke kereta. Che Hasnah juga turut ikut. Kesan darah yang terkena di baju yang dipakai tidak dihiraukan. Dia harus cepat membawa Maya ke hospital. Dua nyawa itu harus diselamatkan. Isteri dan anaknya! Dia berdoa semoga mereka baik-baik saja.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now