Bab 2

7K 168 4
                                    

Rafiq masuk ke dalam bilik. Matanya terpandang isterinya yang sedang mengikat rambut di hadapan cermin solek. Perlahan dia menapak ke arah isterinya. Tubuh itu dipeluk dari arah belakang, dicium rambut panjang isterinya dengan penuh nafsu. Wangi!
Leeya merasa geli akan perbuatan suaminya itu menegur perlahan.

"Abang...."
"Hmmmm....??" Rafiq mengelus manja rambut isterinya. Entah kenapa bila memandang wajah cantik isterinya, dia akan berasa tenang. Terasa beban yang dipikul sedikit hilang.
"Kenapa abang tak halang mak. Kesian mak balik kampung sorang-sorang. Abang tak risau?"

Rafiq melepaskan keluhan berat. Dia malas bercakap pasal ibunya sebenarnya. Cukuplah, wanita tua itu menyakiti hati isterinya.
"Mak yang nak balik, sayang. Abang tak boleh halang." Terpaksa dia menipu. Risau kalau Maya marah kepada dirinya. Nanti tidak pasal-pasal dia bergaduh pula dengan isterinya itu pula.

"Abang jangan tipu semata-mata nak jaga perasaan Maya. Maya dah tahu, bang?"
"Apa maksud sayang?"
"Mak nak suruh abang kahwin lagi satu kan?" Rafiq terkejut. Namun, dia cepat menenangkan diri. Tidak mahu wanita itu tahu gelodak perasaannya.
"Takde lah, yang. Mana Maya dengar semua ni?"

"Maya dengar abang gaduh dengan mak pagi tadi. Masa tu Maya duduk atas tangga. Abang je yang tak perasan." Maya memandang tepat ke arah muka kacak suaminya.
"Sayang jangan salah faham. Tak pernah abang terlintas nak kahwin lain. Abang sayangkan Maya seorang je."
"Abang....." Maya memegang dagu suaminya dengan lembut.

"Maya tak pernah salahkan abang. Maya pun tak pernah marahkan mak. Betul apa yang mak cakap tu bang. Abang kena kahwin lain. Abang kena ada anak, anak tu penyambung waris abang. Maya tak boleh mengandung, bang."

Naufal tersentuh mendengar luahan hati isterinya. Disapu air mata yang mengalir di tubir mata Maya Qaisara.
"Abang tak kisah kalau kita takde anak pun. Abang tak kisah kalau mak nak marahkan abang pun. Abang tak kisah semua tu. Yang abang tahu, abang tak nak kehilangan isteri abang yang cantik ni. Abang sayang Maya." Dikucup dahi isterinya dengan lembut.

"Apa guna ada isteri cantik tapi mandul."
"Shhhhhh...." Naufal meletakkan jari telunjuk di bibir isterinya.
"Jangan cakap macam tu, sayang. Tak baik. Isteri abang ni bukan mandul. Cuma, belum ada rezeki kita. In sha Allah, lambat laun kita akan ada zuriat juga sayang. Ada orang yang kahwin sepuluh tahun, baru diorang dikurniakan anak. Tapi, kita baru kahwin tiga tahun. Belum sampai masanya lagi, sayang."

"Tapi, Maya tak nak abang jadi anak derhaka. Maya dengar tadi, bang. Mak kata selagi Maya tak mengandung atau pun bersalin, mak haramkan kaki abang pijak di lantai rumah dia. Maya....."
Rafiq mencium bibir isterinya membuat isterinya itu berhenti bersuara. Seketika dia melepaskan pautan bibir mereka. Rambut di dahi isterinya dikuis ke tepi telinga. "Sayang jangan fikir apa-apa eh pasal abang dengan mak. Mak tu marahkan abang je tu. Abang ni anak tunggal dia, yang. Tak kan dia sanggup buat abang macam tu."

Maya tidak membalas. Dia memandang saja perilaku suaminya itu. Rafiq menutup lampu bilik, yang tinggal hanya lampu meja. Samar-samar bilik mereka ketika ini. Dia tersenyum melihat wajah buntu isterinya.

"Sekarang masa untuk kita berehat. Dah lewat ni. Ingat tau, yang. Abang tak nak sayang fikir apa dah pasal mak tu. Anggap saja benda tu semua tak penting. Yang penting sekarang ni abang nak tengok isteri abang gembira kembali. Abang nak tengok bibir isteri abang yang seksi ni selalu tersenyum. Selagi abang di sisi sayang, abang tak kan biarlah orang luar menyakiti hati dan perasaan sayang. Even mak sekalipun, orait sayang?"

Rafiq mengucup dahi isterinya perlahan. Comforter ditarik sampai ke dada. Hujan sedang membasahi bumi. Dia hendak tidur, malas berfikir apa yang terjadi hari ini. Buatkan kepalanya sakit sahaja. Lampu meja kecil turut dimatikan. Habis gelap bilik itu. Maya di sebelah dipeluk erat. Dia ingin bermimpi indah-indah bersama isteri kesayangannya itu.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now