Bab 36

3.3K 161 12
                                    

Ustaz Hadi

“Allahumma salli Ala muhammad, Waala Ali Muhammad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Allahumma salli Ala muhammad, Waala Ali Muhammad.. ALLAHU AKHBARR!!" Suara Ustaz Adam dan Ustaz Adam membacakan sesuatu meminta Malika supaya memunculkan diri. Tiba-tiba angin yang tadinya bertiup kencang kini bertukar senyap sunyi. Hanya kedengaran suara kokokan burung hantu yang pasti membuatkan diri siapa sahaja berasa meremang.

“Hmmmm.... Hmmmmmm... Hmmmm...." Kedengaran seperti suara wanita di sebalik pokok besar tadi. Kesemuanya sibuk mencari siapakah gerangan suara tersebut kecuali Ustaz Adam dan Ustaz Izhar. Mereka kelihatan sangat tenang dan masih berdiri di hadapan pokok itu.

Tiba-tiba, pantulan cahaya keluar di sebalik semak berhampiran pokok tadi. Seorang wanita cantik berjalan dengan begitu perlahan menuju ke arah mereka. Wajahnya tersenyum manis kepada mereka yang kelihatan terkejut saat melihat dirinya. Tubuh badannya dihias cantik dengan kebaya merah. Wajahnya dimekap tebal manakala, rambutnya disanggul tinggi.

“Mayaaaaaa!!!!!" Jerit Rafiq kuat. Dia ingin bangun namun, pantas ditahan oleh Doktor Izhar. Rafiq mendengus.
“Har! Bini aku tuuu! Tu Maya, Har! Lepaskan aku. Aku nak pergi dekat Maya!!" Marah Rafiq. Tangannya lincah menepis Doktor Izhar supaya melepaskannya.
“Sabar, Fiq. Kita kena dengar arahan diorang dulu. Jangan bertindak terburu-buru macam ni?" Pujuk Doktor Izhar perlahan.

“Tapi, tu Maya. Kau tak nampak ke? Kau tengok tu! Dia panggil aku, Har. Bini aku panggil aku. Sekejap, sayang. Abang nak datang ni! Ustaz!! Tolong jangan buat apa-apa dekat dia. Maya tak salah ustaz. Saya... Saya yang salah." Rafiq berusaha lagi untuk bangun. Namun, oleh kerana kudratnya yang lemah. Dia kembali terduduk di tanah.

“Astarghfirullahalazim.. Bawa bersabar, Rafiq. Cekalkan hati tu. Mengucap banyak-banyak dalam hati. Dengar sini semua. Kita sama-sama baca ayat kursi, surah 3 Qul dan al-fatihah sebanyak mungkin. Dengan ini kita dapat membantu diorang berdua dalam diam. Ingat! Baca selagi boleh. Jangan terpedaya tipu muslihat syaitan!"

Sampuk Imam Latiff pula. Sempat dia menasihatkan kepada kumpulan itu. Seketika dia membaca sesuatu kepada Rafiq, kelihatan wajahnya sedikit tenang. Namun, matanya masih memandang ke arah susuk tubuh Maya yang tidak berhijab itu. Wajah itu seiras dengan Maya!!

“Ustaz.... Syaitan tu dah lepaskan saya. Mari kita balik. Saya dah penat sangat. Saya nak rehat.." Maya bersuara lembut. Matanya memandang sayu ke arah Ustaz Adam. Ustaz Hadi yang terperasankan hal itu segera membisikkan sesuatu kepada Ustaz Adam. Dia tidak sedap hati.
“Dam. Betul ke ni, Maya? Aku musyhkil ni." Segera Ustaz Adam berpaling kepadanya.

“Jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan, Di. Ini bukan Maya. Dia menyerupai saja. Dia sengaja nak mainkan kita. Allahuakhbar!! Kau jangan main-main dengan kami. Pulangkan Maya cepat. Atau aku bakar je tempat ni. Dengan sekali kau pun aku bakar kalau kau berdegil lagi!!" Ustaz Adam bersuara keras. Matanya mencerlung memandang ke mata Malika.

ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDH!!"  Ustaz Hadi membaca ayat kursi dengan kuat membuatkan tubuh badan ‘Maya' menggigil ketakutan.

MALIKA {COMPLETE}Where stories live. Discover now