Masing-masing tercengang dengan kenyataan dari Rafiq. Macam tak percaya sahaja dengan apa yang dikatakan itu.
“Fiq... Kau.. Kau cakap apa ni?" Soal Doktor Izhar. Matanya memandang kesemuanya. Jelas wajah kesemua seperti keliru dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
“Betul.. Aku mengaku semua ni salah aku. Aku yang bomohkan Maya. Aku lebih tepat lagi.Aku jumpa dukun minta dia ubatkan Maya supaya Maya boleh mengandung. Aku serabut! Aku serabut dengan semua orang yang asyik tanya aku bila nak ada anak? Bila nak ada anak? Aku terpaksa buat cara macam ni. Cara moden tak berhasil, Har! Walaupun aku doktor, aku tak tahu apa lagi yang buat supaya Maya boleh mengandung. Duit aku dah habis banyak. Macam-macam aku buat. Semuanya tak berhasil!"
Rafiq melepaskan pengakuan. Matanya memandang sekeliling dan tiba-tiba.
PANGGG!!!!
Satu penampar yang cukup kuat hinggap di pipinya. Rafiq memegang pipinya yang sakit itu. Segera matanya mencari gerangan yang memukulnya. Mulutnya menggeletar. Semua di situ terkejut dengan kejadian yang berlaku secara spontan itu.
“Makkk!!" Panggil Rafiq kuat!“Jangan kau panggil aku, mak! Aku takde anak yang berhati syaitan macam kau!" Che Hasnah memuntahkan amarahnya. Matanya merah menahan marah yang teramat sangat.
“Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni, Mohd Rafiq!! Kau belajar tinggi. Kerja bagus! Kau kata kau sayang Maya. Cintakan Maya tapi kenapa kau sanggup buat macam ni?Kau kata kau tak percaya benda karut? Tapi, apa semua ni? Berdosa besar kau tahu tak? Kau dah lakukan benda khurafat! Aku tak sangka kau akan bertindak macam ni semata-mata nak anak! Aku tak sangka!!" Che Hasnah menggengam tangannya yang menampar Rafiq tadi. Ini adalah kali pertama dia berkasar dengan Rafiq. Selama ini, segarang mana pun dia. Tak pernah lagi dia naik tangan. Hanya sekadar garang di mulut.
Tapi, Rafiq sudah benar-benar melampau. Sanggup membuat perbuatan terkutuk. Sanggup berkerjasama dengan syaitan! Ma Sha Allah, anaknya itu sudah jauh terpesong.
Tiba-tiba kedengaran Rafiq ketawa kecil. Dia menggeleng kepala. “Yang mak nak marah ni kenapa? Mak tahu tak sebab mak lah Fiq buat semua ni!!" Matanya tajam menikam pandangan mata Che Hasnah. Dia lupa dengan siapa yang sedang dia bercakap oleh kerana perasaan marah dan dendam yang bergelora di jiwa.
“Mak yang paksa Fiq dengan Maya dapatkan anak. Mak yang kata mak malu sebab Maya mandul! Urghh... Mak tak ingat ke mak pernah nak jodohkan Fiq dengan anak kawan mak. Semata-mata nak apa? Sebab mak nak cucu je, kan? Punyalah gigih mak nak cucu sampai sanggup ketepikan perasaan kami suami isteri. Fiq dah cakap yang Fiq tak akan duakan Maya. Dia cinta hati Fiq, mak. Sampai mati pun Fiq tak kan duakan dia.
Tapi, mak memang dah melampau. Mak yang paksa Fiq suruh pilih satu di antara dua. Samada mak atau Maya. Fiq dilema. Fiq tak tahu apa yang Fiq nak buat. Fiq sayangkan mak. Dalam masa yang sama Fiq cintakan Maya. Fiq tak sanggup pilih di antara Maya dan mak." Rafiq berteriak kuat. Dia langsung tidak memperduli hati dan perasaan Che Hasnah.
Biarkan! Hatinya yang sakit ini tiada siapa yang tahu. Selama ini semua orang asyik kata dekat dia macam-macam. Bodoh sebab tak percayakan Maya. Jantan tak guna! Macam-macam. Padahal mereka tak tahu. Dia buat semua ni sebabkan dia sangat sayangkan Maya. Dia tak nak Maya makan hati dengan cacian yang diberikan ibunya itu lagi. Dia tak nak Maya terus memaksanya agar berkahwin lagi. Dia tak nak!
Dia rela pura-pura tidak mempercayai Maya dulu. Hanya dia saja yang tahu, betapa serba salahnya saat dia mendengar luahan hati Maya. Maya ternampak Malika! Maya diganggu! Dia terpaksa berlakon tidak percayakan makhluk halus kerana dia takut rahsia yang disimpan selama ini terbongkar.
Anak! Semua ini adalah disebabkan anak! Penting sangatkah semua itu? Bukan salah dia, bukan salah sesiapa sekiranya Maya tidak boleh hamil dulu. Pasti semua yang terjadi ada sebab. Tetapi, oleh kerana Che Hasnah terus-terusan memaksanya. Rafiq terpaksa berbuat semua itu. Terpaksa bomohkan isteri sendiri. Macam tak percaya, kan? Tapi, itulah realitinya.
YOU ARE READING
MALIKA {COMPLETE}
RomanceDuhai anak, hadirmu bagaikan tiada erti. Dan apabila takdir kita bertemu namun ada sesuatu yang menghalang. Berkisahkan tentang kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandung olehnya. SELMAT MEMBACA😘