we're here,,, finally meet again, because of one things that make us meet back after a few years... to save someone that very special for us. here we are,, the siblings ~~~
"Mana papa?"
"Kita kena selamatkan papa!"
"Malaysia?!"
"Kerja?"
"Nak stay ka...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Fatin tiba di sebuah kafe yang memerlukan jawatan kosong sebagai pelayan. Dia masuk ke dalam kafe itu dengan lafaz bismillah. "Assalammualaikum, saya nak tanya, kat pintu tu ada tulis perlukan pekerja. Jawatan tu masih kosong ke?" soal Fatin kepada barista kopi yang berdiri di kaunter pembayaran.
"Kosong lagi. Kalau cik berminat, boleh jumpa dengan boss kami." balas barista lelaki itu.Wajah gadis itu mengukirkan senyuman tanda syukur.
Lain pula kisah Si Angah. Ain berjalan sehingga kakinya hampir lenguh. Dia duduk di bangku yang disediakan sambil mengurut kakinya. "Kenapalah kena kerja? Aish! Chicha!!" rungut gadis itu sendirian. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(just anggap restoran tu nama RESTORAN SARANGHAE)
Tiba-tiba, dia terlihat sebuah restoran Korea di hadapannya. Terus sahaja dia tersenyum.
Dee berjalan di kawasan perumahannya dan mencari tadika kanak-kanak. Nasib baik semalam dia ada terlihat tadika itu dan terpampang banner yang memerlukan jawatan kosong.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Assalammualaikum." Dee cuba menjenguk ke dalam. "Waalaikumussalam." Dee terkejut kerana disergah dari belakang. Dia beralih dan melihat siapa. Gadis yang ayu berbaju kurung itu tersenyum manis kepada Dee. "Ye cik? Ada apa?" soalnya. "Saya datang nak mohon jawatan kosong yang tulis kat depan tu ha. Masih ada?". Gadis itu mengangguk lalu mengajak Dee masuk ke dalam.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Solihah dan Mira tiba di sebuah bangunan yang agak besar. Pencakar langit itu memaksa mereka berdua mendongak. "Lets do it, Adik!" kata Solihah sebagai pembakar semangat. "Fighting!!".
Mereka berdua berjumpa penyambut tetamu. Bangunan itu amat cantik dengan hiasan moden. "Hi, may I ask a question?" soal Solihah kepada penyambut tetamu yang berbangsa Cina itu.
"Yes." gadis Cina itu tersenyum."Saya ada nampak yang ada jawatan kosong kat sini. Masih ada lagi tak?" soal Mira pula. "Oh. Masih ada. Kalau cik berdua ni berminat, boleh interview sekarang." ayat itu sudah cukup menggembirakan hati mereka berdua.
***
Ain masuk membuka pagar lalu menguncinya kembali. Kelihatan hanya kasut Fatin yang tiada. "Assalammualaikum. How's today, guys?" soal Ain sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dee yang sedang makan maggie mee membalas pertanyaan Ain. "Ok." .Solihah dan Mira juga tiba di ruang tamu. "Completely...". "Ok!" mereka berdua girang.
"Kau apasal balik lambat?Amacam?" soal Dee pula kepada Ain. Gadis itu baring di sofa dan mengurut kepalanya. "Aku kenyang." katanya. Mereka semua hairan. Orang lain penat, dia pula kenyang?!
"Angah, jangan cakap kau...." Solihah dapat menjangka sesuatu. "Aku tak dapat kerja. Tapi aku jumpa restoran Korea ni. Sedap gila bibimbap dia. Tapi tak macam kat Korea. Tapi takpalah.. asalkan dapat puas aq punya craving ni. "Ain tersenyum sendiri.
"Angah, kau janganlah boros sangat. Takut nanti duit simpanan kita tak cukup nak tampung semua ni." nasihat si Adik. "Ya. Esok aku cari kerja." Dee hanya menggeleng melihat kelakuan Ain.
Pukul 11 malam.
Solihah melihat jam dan dia hampir tersengguk. Mira masih asyik bermain telefon. Mereka berdua sedang menunggu Fatin balik.Dee dan Ain sudahpun masuk tidur kerana malas memikirkan soal Fatin. Hanya penat yang mereka tahu. "Kau dah call Kak Long?" soal Solihah kepada Mira.
"Dah. Dia kata dia tengah otw." balas Mira. Solihah mengeluh. Dia melihat rancangan di televisyen dan itu membuatkan dia bosan. Semuanya cerita Melayu. Bosan! Sepatutnya hari ini dia boleh menyaksikan konsert BTS namun hanya kerana papanya bankrap, membuatkan dia membatalkan niatnya.
"Bosannya. Cerita tak best. Nujum Pak Belalang lah, Pendekar Bujang Lapok lah, Pinggan Tak Pecah,Nasi Tak Basi? What the... Ya Allah, bosannya." keluh gadis itu sambil melelapkan mata. Mira ketawa kecil. "Sape ntah yang kata yang kita boleh sesuaikan diri. Sekali sekala." perli Mira sambil ketawa kecil. Solihah menjeling.
"Aku just cakap yang maybe kita boleh sesuaikan diri persekitaran kat sini. Bukannya dengan cerita2 ni.Aku nak Hwarang ke, Goblin ke ataupun W Two World! Aish! jinjja!" fikirannya melayang ke masa lalu. "Whateverlah.".
Tiba-tiba, pintu dibuka. "Assalammualaikum." rupanya Fatin baru balik. "Waalaikumussalam." jawab Solihah dan Mira. Fatin kelihatan penat. Sama seperti Ain, dia melepaskan dirinya di sofa. "Leganya." katanya. "Amacam Long?" soal Mira. "Ok. Penat sikit. Aku dapat kerja dekat kafe." katanya.
"Ouh. Kalau macamtu pergilah tido. Esok kita nak kerja kan?" ajak Mira. Solihah segera menutup tv lalu bergegas masuk ke dalam bilik mereka. Fatin masih lagi mahu merasa nikmat di sofa. Makin lama dia terlelap.