BAB 55(WAITING FOR HIM)

158 12 0
                                        

                    Malam menjelma dan Ian masih lagi belum sedarkan diri.Ain masih lagi di sisinya.Solihah masuk mengejutkan Ain."Angah,jom balik."katanya."Korang baliklah.Aku stay sini."katanya."Kau kan tak sihat lagi.Jomlah kita balik dulu."suara lembutnya memujuk Ain lagi."Aku cakap aku tak nak.Aku tak naklah."gadis degil itu mahu Ian sedar di sisinya.Solihah mengerti."Oklah."dia keluar.

                        "Macam mana?"soal Dee.Solihah mengeluh."Dia nak stay.Takpelah,aku temankan dia.Korang balik dulu."mendengar saja ayat itu,Rayyan pun cepat-cepat mahu bersama Solihah."Aa..biar saya temankan dia.".Dee dan Mira saling berpandangan lalu tersenyum."Ok.Have a great night."kata Mira.Solihah ketawa kecil.Emir melambaikan tangan ke arah Mira.Begitu juga gadis itu.

                            Mereka bergerak keluar daripada hospital itu bersama Firdaus.Tanpa disangkal,mereka bertembung dengan Adam.Dee dan Adam langsung tidak memandang antara satu sama lain.Firdaus pula gembira dalam hati.Mira merasakan kedinginan antara Adam dan Dee.

                            "Thank you."kata Dee kepada Firdaus setelah sampai di rumah mereka."Welcome.Esok macam mana?"soal lelaki itu."Erm..esok kami tempahlah GRAB.Tak naklah susahkan kau."balas gadis itu."Eh,takpe.Esok sama jugak macam hari ni?"Firdaus tetap mahu menawarkan dirinya.Mira acah-acah muntah di belakang."Takpayahlah."Dee menolak.Mira menyampuk."Ha..esok macam hari ni jugak.Terima kasih banyak-banyak tau.Alang,jom kita.Aku ngantuklah."kata Mira lalu keluar daripada kereta.

                              Dee mengerutkan dahinya."Erm..bye.Assalammualaikum."kata gadis itu lalu keluar.Firdaus mengukirkan senyuman."Waalaikumussalam.".Tapi dalam hati dia mengutuk Mira.😂

                           "Assalammualaikum."Dee dan Mira masuk ke dalam rumah dan melihat Fatin sedang tertidur dengan TV terpasang."Kak Long!"Mira menggerakkan badan Fatin.Gadis itu bangun sambil menggosokkan matanya."Korang dah sampai?"soalnya sambil menguap."Yelah.Kau nilah.Dengan pintu tak berkunci,tv terbukak.Kau buat apa dekat Johor tu?"soal Dee.

                   Mira pun membaringkan dirinya di sofa."Penat tau dak.Penat dia tak hilang."rungut Fatin."Penat?"Mira hairan.Dee duduk di sebelah Fatin."Yelah.Mula-mula,aku kena tipu dengan mamat ni.Habis hangus duit aku.Nasib baik jumpa Mizah."Mira terbangun.Kedengaran menariklah pulak."Lagi-lagi?"."Lepas tu jumpa dengan family Syed.Pastu boleh pulak ada paparazi tangkap gambar aku."mereka berdua tahu tentang itu."Ha..yang tu kami tahu.".

                       "Pastu mak Syed pulak.Dia uji aku macam-macam. Mula-mula suruh beli ikan,pastu dia suruh aku bayarkan pulak.Kau bayangkan dia beli sayur semuanya 27 ringgit.Yang last ni dia suruh aku ambil telefon dia yang tertinggal kat kedai sayur tadi.Balik rumah,masak pulak dengan ibu dia."Dee dan Mira ketawa."Wow2.Bodek mak mertua."usik Dee."Yang pasal mak Syed tu aku tak berkira sangat sebab bakal mak mertua aku jugak.Balik tadi,aku terjumpa laki yang tipu aku tu.Aku belasah dia dan akhirnya dapat jugaklah duit aku balik.Meringkuklah kau dalam lokap tu."selesai Fatin bercerita.

                     Dee dan Mira tak habis-habis ketawa."Apa nasib kau ni Long."."Boleh buat drama."."Apa-apa jelah.Achik mana?"soal Fatin."Achik teman Angah kat hospital.Rayyan pun dan dan nak ikut."jawab Dee."Haa..Ian macam mana?"."Ian dah stabil.Dia tak sedarkan diri lagi.Doktor kata ada hentakan kuat kat kepala dia."Fatin mengerti."Haish..kesian Angah.".

                                                *** 
                     Ain tertidur di tempat yang sama selepas solat Isyak.Solihah yang berada di luar  risau melihatnya.Tiba-tiba,Rayyan menegur dari belakang."Awak."dia terkejut."Awak ni."lelaki itu ketawa kecil."Jom."Solihah pelik melihatnya."Jom?"."Jom solat sama2."gadis manis itu tersenyum."Jom."mereka berdua berjalan menuju ke surau.

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang