BAB 22(HARD)

187 17 0
                                    

.        ***
               Ain perlahan-lahan membuka matanya.Kepalanya masih lagi merasa pening.Apabila membuka mata,Ain terkejut kerana Ian berada di hadapannya."Awak..awak ok?"soal lelaki itu.

Dia berada di sebuah klinik yang berdekatan dengan Restoran Saranghae

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia berada di sebuah klinik yang berdekatan dengan Restoran Saranghae."Saya..saya kat mana ni?"soalnya."Awak ada kat klinik sekarang ni.Doktor kata awak stress."Ain perlahan-lahan bangun."Stress?Mana ada.Dahlah jom kita masuk kerja."Ain seakan-akan mahu berjalan keluar tapi langkahnya masih tak teratur lagi dan dia hampir-hampir jatuh.

           Namun,Ian sempat menangkap."Ain,jangan degil boleh tak?!Awak tak sihat.Takpe,saya hantar awak balik."marah Ian terhadap gadis itu.Ain yang bagaikan tiada tenaga hanya mengiyakan.

               Kereta milik lelaki itu tiba di hadapan rumah Ain dalam jam 3 petang.Hanya Dee yang berada di rumah."Awak nak saya hantarkan masuk dalam ke?"soal Ian yang sangat risaukan Ain.Tapi gadis itu hanya menggeleng."Thanks."wajah yang pucat itu mengukirkan senyuman yang mekar."Rehat tau."pesan Ian."Baik,bos!".

                Dee terkejut apabila melihat Ain masuk sedangkan waktu pulangnya masih awal."Eh,awal balik Ngah?"soal Dee."Aku..aku pengsan masa keja tadi."kata-kata itu sudah cukup membuatkan Dee risau."Kau pengsan?Ya Allah."Ain duduk di sebelah Dee lalu meletakkan kepalanya di bahu gadis itu.

               "Aku tahu kau risaukan Papa.Kami semua pun risaukan Papa tapi janganlah macam ni,Ngah.Kita semua perlukan satu sama lain masa ni."kata Dee.Air mata demi air mata."Aku tahu.Mungkin semua yang aku hadapi selama ini aku boleh tabahkan hati.Tapi ni..Papa kita.Aku tak percaya yang Papa buat macam tu."kepalanya masih sarat dengan emosi.

           "Kita semua tak percaya yang Papa buat macam tu.Papa takkan buat macam tu."Ain hanya terdiam.Mereka menangis selagi rasa pedih di hati tidak lenyap.

  ***
            Solihah tertidur kerana terlalu banyak menangis.Hal itu membuatkan kerja yang diberi oleh Rayyan langsung tidak terusik.Rayyan melihat Solihah yang tertidur lalu segera ke mejanya.Bukan untuk memarahi gadis itu sekali lagi tapi untuk menyelami tangisan Solihah.

              "Maafkan saya.Maafkan saya."ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga Rayyan."Apa yang awak pendam sebenarnya?Kenapa awak menangis?Wae?"soalan Rayyan yang tiada jawapan.Para staff lain hanya melihat kelakuan Rayyan.Setahu mereka,kalau itu yang berada di depan mata Rayyan Mikael Kim pasti sudah lama dimarahi.

               Tangan Rayyan mengambil fail itu kembali lalu membawa masuk ke dalam biliknya.Dia membiarkan Solihah tidur sedangkan staff lain seakan tidak berpuas hati dengan tindakan Rayyan."Asal bos tak marah dia?"."Biasalah tu.Budak baru."."Entah-entah ada something kot antara dia dengan boss."hanya skandal yang mereka fikirkan.

                 Solihah terjaga dan melihat jam hampir pukul 5 petang.Dia kelam kabut mencari fail di atas meja tadi tapi tiada."Ya Allah,macam mana aku boleh tidur ni?"bisik hatinya kerisauan.Pasti Rayyan marah teruk terhadapnya.Staf-staf yang lain hanya buat tak tahu.Mereka malas mengambil tahu tentang Solihah kecuali Cik Sal.

               Jam 6 petang.

        Solihah mati akal dan hanya menunggu Rayyan memanggilnya.Mira yang telah bersiap sedia untuk balik segera ke meja Solihah.Tapi apa yang dia lihat hanya gadis itu masih lagi membatukan dirinya."Eh,kau tunggu apa lagi?Jomlah balik."kata Mira."Tak boleh sebab..."tiba-tiba telefon pejabat Solihah berbunyi.

               "Masuk dalam bilik saya."nada serius oleh Rayyan.Gadis itu tersentak."Cepat sikit!"kata Mira kepada Solihah lalu menunggu di pantri.Hatinya bermain berbagai andaian.Dia pasti dimarahi cukup-cukup oleh Rayyan.

          Pintu dibuka dan Solihah melihat Rayyan duduk di tempatnya seperti menunggu sesuatu.Dengan riak wajahnya yang garang itu,membuatkan Solihah tunduk kerana tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu.

             "Mana fail?"soalan itu!Aish..Solihah hanya diam."Solihah,mana fail?"nada lembutnya masih ada tapi makin lama makin hilang."Sebenarnya..sebenarnya..".

Jeng3... Vote plezzz~~~

To be continued

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Where stories live. Discover now