we're here,,, finally meet again, because of one things that make us meet back after a few years... to save someone that very special for us. here we are,, the siblings ~~~
"Mana papa?"
"Kita kena selamatkan papa!"
"Malaysia?!"
"Kerja?"
"Nak stay ka...
*** Solihah makan bersama Rayyan tapi suasana sunyi sepi."Awak.."baru sepatah dia mahu keluarkan tapi Solihah mencantas."Diam!"dah macam bos pula mengarah Rayyan."Ok."kata Rayyan.Sejak kejadian tercekik tadi,dia sudah insaf.No more talking while eating.Tanpa mereka sedari,waktu rehat sudahpun habis.Bunyi ketukan pintu bilik Rayyan membuatkan mereka kelam kabut.
"Masuk."kata Rayyan sambil duduk di kerusinya.Rupanya itu Cik Sal yang mahu memberitahu tentang pelan hariannya."Apa yang saya hari ni?"soal Rayyan dengan penuh berlagak.Solihah?Gadis itu sedang bersembunyi di sebalik sofa."Petang ni Encik Rayyan cuma ada perjumpaan dengan Syarikat Jauhari Angkasa.Jam 3:30 petang.".Solihah tersentak."Jauhari Angkasa?"soalnya.Secara tidak sengaja,nada suaranya agak kuat membuat Cik Sal beralih ke belakang.
"Suara siapa tu,Encik Rayyan?"soal wanita itu ketakutan."Jangan tegur!Nanti dia marah."Rayyan menambah-nambahkan lagi ketakutan Cik Sal."Takpalah.Nanti saya panggilkan ustaz suruh 'bersihkan' kawasan ni."Solihah yang terdengar,ketawa kecil."Pastikan ustaz yang awak panggil tu power.Sebab hantu ni garang.Comel pulak tu."sempat lagi dia mengenakan Solihah."Ok!"Cik Sal kelam kabut meninggalkan bilik Rayyan.
Solihah ketawa tak habis-habis mendengarnya.Rayyan berjalan ke tempat persembunyiannya lalu menegur."Hello Cik Hantu,awak kena masuk kerja sekarang."katanya."Tapi tuan,saya tak habis makan lagi."mereka berdua ketawa."Sampai hati awak panggil saya hantu!Nasib baik hantu comel.".Rayyan mengukirkan senyuman."Sayang gila dekat hantu saya nih. ".
*** Kerja Mira sudah selesaikan dilakukan lalu dia bercadang berehat di pantri seketika.Sambil menikmati Nescafe,Mira bermain game.Unblock Me.Semua level diatasi dengan mudah sehinggalah level 10."Macam mana ni?"sudah berkali-kali dia mencuba tapi malang.Sedang dia mengeluh sendirian,Emir muncul dari belakang.Jarinya tiba-tiba membantu Mira menyelesaikan level itu.Dan berjaya!
"Wow,dasyhat awak."puji gadis itu.Emir tersenyum lalu duduk di sebelah Mira."Saya pun suka main game ni.Challenging."katanya."Tapi nak ngorat awak lagi challenging."sambung Emir seraya ketawa kecil."Of course.Saya bukannya level satu yang boleh bagi hint."dua-dua berkias bahasa pula.Solihah pula muncul setelah keluar dari bilik Rayyan.Dia terkejut melihat Emir bersama Mira.
"Aik Adik.Dalam pejabat pun boleh dating?"usiknya lalu duduk di hadapan Mira.Merah pipinya menahan malu.Begitu juga Emir yang asyik menggaru kepalanya walaupun tiada seekor kutu."Takpe dik.Achik restu."kata-kata itu menghairankan Mira."Restu apa?"soal gadis itu.
"Restu hubungan koranglah."Emir tersenyum gembira."Cantik.Lepas ni bolehlah kita gi Siam terus."dia bergurau.Mira tidak tahu hendak buat apa kerana malu."Aip,ada 3 lagi restu yang awak kena mintak.Bawak bersabar sikit."kata Mira."Alah,confirm diorang setuju punya."Solihah saja mahu mengusik lagi. Seraya kaki Mira memijak kaki Solihah."Achik,apa kata kau pergi buat kerja kau sekarang."katanya sambil tersenyum marah.
Kakinya dilepaskan lalu Solihah bangun."Jaga-jaga,Mira ni anak singa bukannya anak kucing."pesan Solihah lalu pergi.Emir ketawa kecil."Kalau awak anak singa,awaklah anak singa yang paling comel pernah saya jumpa."kata lelaki Itu.Mira ketawa kecil."Awak pernah rasa cakaran anak singa tak?"soal Mira."Tak.Tapi kalau awak,saya yakin awak ingin mencakar hati saya agar terbukak untuk awak."pick up line-nya tahap legend.
"Tutup mata."masa untuk mengenakannya.Emir pun menutup mata lalu Mira perlahan-lahan bangun meninggalkan Emir.Kebetulan Cik Sal sedang berjalan menuju ke pantri lalu melihat kelakuan Emir."Cepatlah cakar saya."katanya.Wanita itu mengambil cawan lalu diisinya air panas.Selesai itu, diletakkan pula cawan panas itu ke pipi Emir.Apa lagi,terus terbuka mata.
"Apa ni,Cik Sal?"katanya sambil memegang pipi."Wah2,siap nak bercakar lagi ni.Kau dah pahal?"marah Cik Sal tapi masih terkawal.Emir mencari Mira dan dia pasti gadis itu kenakan dia."Pergi buat kerja."arah wanita 30-an itu.Emir pun pergi ke tempatnya.Di situ,Mira ketawa kecil.
"Sedap tak cakaran anak singa?"katanya."Itu bukan anak singa dah tu.Mak singa jawapannya."gadis itu ketawa dengan reaksi Emir. *** Malam menjelma dan hanya tinggal Ian bersama Ain di Restoran Saranghae.Mereka berdua sedang sibuk mengemas dapur sambil mencipta kenangan terindah."Awak dah basuh pinggan dah?"soal Ain kepada Ian."Settle.Awak?"Ain mengangguk."Jom."Ian mengajak Ain."Ke mana?"dia hairan."Makanlah.Pikir bukan-bukanlah tu."kata Ian.Gadis itu mencebik bibirnya."Eleh.".
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mereka menikmati ramyeon ataupun ramen dan bulgogi masakan khas oleh Chef Ian Zafry.Ain makan dengan penuh berselera sekali kerana perutnya lapar sejak tengah hari tadi."Sedap.Daebak."kata Ain.Ian hanya tersenyum."Awak ni makanlah sopan sikit.Eat like a girl."pesan lelaki itu.Tapi malang,dia berkata kepada Ain yang bukannya gadis melayu yang mengamalkan berbagai adat."Seriously?Bagi sayalah kan,buat apa nak makan sopan-sopan.Just enjoy your food."jelasnya.
Ian ketawa."Kenapa?"soal Ain.Lelaki itu mengambil sekeping tisu lalu mengelap pipi Ain."Comot sikit.Awak enjoy sangat makan.Dah tak cute dahlah makwe saya."kata-katanya membuat Ain blushing.Dia terus merampas tisu dari tangan Ian."Is ok.Saya boleh lap sendiri."katanya.
Ain membawa pinggan mangkuk ke dapur begitu juga Ian.Gadis itu meletakkan ke dalam sink dan membasuhnya."Awak basuh pinggan?"soal Ian terkejut."Pelik ke?"soal gadis itu kembali."Taklah.Saya ingatkan awak memang tak suka basuh pinggan.Senanglah kalau camni."kata Ian.Ain ketawa kecil."Kenapa?Awak nak naikkan pangkat saya ke,bos?"Ian kaget."How...."."Saya taulah sejak awal lagi.Takkanlah awak kerja tukang masak je kot.Lagipun Kak Timah yang bagitau saya."Ian ketawa mendengar penjelasan Ain.
"Oh,dah tahu rupanya."Ian meletakkan buih sabun di hidung Ain."Hey!"begitu juga gadis Itu.Masing-masing bermain buih persis anak kecil tapi di sudut hati mereka rasa bahagia lahir secara tiba-tiba.