***
Hari ini genap 4 bulan mereka berada di Malaysia dan bekerja.Nampaknya masing-masing gembira dengan kehidupan yang dicorak oleh mereka.Syed masih lagi bersama Fatin dan sentiasa berada di Kafe De'Maya ketika masa lapangnya.Ain gembira dan kekal gedik dengan Ian tetapi lelaki itu hanya melayannya sepenuh hati.Namun,pangkat cleaner masih lagi miliknya.Danish mula menerima Dee yang mungkin bakal menjadi ibunya.Dee gembira apabila dapat bersama lagi dengan bekas cinta hatinya;Adam.Solihah masih lagi membeli kopi dan bagel untuk Rayyan sayangnya.Dan leteran masih lagi tidak dapat dipisahkan oleh mulut lelaki kacak itu namun gadis itu mengerti yang leterannya kini lebih kepada ambil berat.Caring katanya.Emir dianggap sebagai crush di hati Mira.Kata cinta itu belum diluahkan dari mana-mana pihak dan masing-masing menyimpan perasaan yang sama.Berdiam mulut dan hati menanggung rindu.
Hari Ahad(Offday!!!🎉🎊)
Fatin melihat Ain.Mira dan Solihah menyokong dari belakang."Are you ready,guys?"soal Fatin."Palli Yaaa!!"kata Ain.Bush!!Ain dan Fatin menyimbah air ke atas Dee yang sedang nyenyak tidur walaupun jam sudah hampir 10 pagi.Solihah dan Mira ketawa terbahak-bahak.Dee bangun dengan keadaan terkejut sambil air membasahi badannya."Woii!!"marahnya.
"Tulah.Bangun lambat lagi!"kata Ain sambil memegang baldi."Ingatkan nak panggil bomba tadi kejut kau."gurau Mira.Dee menjeling lalu bangun mengambil kain tualanya.Dia amat amat marah."Kesian."kata Solihah sambil ketawa."Dalam bilik air jangan tido pula!! "perli Fatin.Mereka ketawa."Shut up you guys!!! "Dee yang berada dalam bilik air marah.

Jarum jam makin lama menghampiri jam 12 dan perut mereka sudah berbunyi."Weih,jom masak."kata Mira sambil mencuit Dee yang sedang bermain telefonnya."Masak apa?"soal Dee yang masih marah."Entahlah.Kalau delivery je macam mana?"cadang Ain."Erm...better masak.Jimat dan banyak.Free pulak tu."Dee membantah.Fatin mengangguk begitu juga Solihah."Tapi kita nak masak apa??? "Solihah masih kebingungan.
Dee bangun dan memandang mereka semua."Disebabkan korang semua spoil mood aku pagi2 tadi,aku nak korang dengar cakap aku.Hari ni aku akan masak Nasi Ayam.So,Kak Long dan Angah pergi beli bawang,halia,daun kari,bunga cengkih and the most important is,kicap.Achik dengan Adik tolong aku kat dapur.So,korang lapar ke tak?"soal Dee kepada mereka semua.Fatin memandang Ain.Ain pula memandang Solihah dan gadis itu memandang Mira lalu beralih ke Dee.
"Semuanya sebab aku lapar.Kalau tak,memang tak hadap aku nak pergi kedai jalan kaki macam ni.Dahlah panas."rungut Fatin.Ain yang memegang payung mencebik bibir."Eleh, aku suruh delivery tadi x nak.Kan senang keja."kata Ain.Fatin hanya mendiamkan diri.Akhirnya mereka tiba di kedai,barulah tahu apa itu erti teduh."Fuh,lega."kata Ain seraya menutup payung.Fatin pergi melihat bawang.Begitu juga Ain.
***
Tapi mereka bukan sahaja akan melihat bawang malah berlawan dengan 'mak cik bawang'.Mak Kiah terlihat Fatin dan misilnya di mulut bermula.Nampaknya misil bakal mendarat di telinga Mak Semah. "Baru pindah 4 bulan dah berani bawak jantan.Aku tak sangkalah taman kita ni boleh jadi tempat maksiat."perli Mak Kiah sambil menguatkan suaranya.Rahim yang sedang mengira barang Mak Kiah menggelengkan kepala.Dia tahulah yang mak cik-mak cik itu sedang berbawang.
"Astagfirrullahalazim.Perempuan muda zaman sekarang ni takleh diharap.Memanglah bertutup litup tapi dalamnya....Allah je yang tahu.Ya Allah."perlian Mak Semah seakan-akan over.Ain berasa sangsi dengan dua orang mak cik itu segera mencuit Fatin."Weih,aku rasa mak cik2 tu tengah sibuk membawang kitalah."kata Ain dalam nada yang perlahan.Fatin memerhati Mak Kiah dan Mak Semah.Dia tahu apa yang hendak dilakukan."Kalau diorang tu cili padi,kita ni wasabi."Fatin memandang Ain.Dia faham lalu tersenyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]
De Todowe're here,,, finally meet again, because of one things that make us meet back after a few years... to save someone that very special for us. here we are,, the siblings ~~~ "Mana papa?" "Kita kena selamatkan papa!" "Malaysia?!" "Kerja?" "Nak stay ka...
![SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/162090995-64-k345397.jpg)