BAB 32(PROBLEM CONTINUE)

175 10 0
                                        

***
                   "Ok."kata Firdaus sambil memandang Adam tanda yang dia sanggup lakukan apa saja untuk Dee semula.Serta merta lelaki itu terasa tercabar."Saya join."mata Adam memandang tajam Firdaus."Thanks!Syed?"Dee mengukirkan senyuman." Madam besar suruh.Kena ikutlah."Syed melihat Fatin ketawa kecil.

                  Akhirnya,semua bersetuju untuk turut serta dalam rencana ini.Nampaknya bakal timbul persaingan antara Adam dan Firdaus.

                                        ***
                   Rayyan melihat sofa di biliknya.Tempat ketika dia dan Solihah makan bersama."Awak!!"kekalutan gadis itu menepuk belakang Rayyan kerana hampir tercekik."Shhh..I love you."."I love you too."kata-kata itu bermain dalam minda lelaki itu sekaligus memainkan detik permulaan mereka mengenal cinta masing-masing.

                  FLASHBACK..

                  Rayyan melihat keadaan sekelilingnya.Suasana putih dan bercahaya menyelubungi persekitarannya membuatkan lelaki itu hairan.Di mana dia?Tiba-tiba,mata Rayyan yang meliar berhenti melihat seorang wanita yang berdiri dari belakang.Pakaian gaun putih serta putih.Wajahnya tidak kelihatan."Siapa ni?"soal Rayyan.

                   Wanita itu hanya ketawa kecil.Dia beralih sekaligus bagaikan ada cahaya yang menghalang Rayyan melihat wajahnya.Namun,dia dapat melihat wajah wanita itu samar-samar."Saya gadis tu."suaranya membuatkan Rayyan dapat mengetahui siapa.

                 "Aah!"terus Rayyan bangun.Rupanya dia sedang bermimpi tadi."Astagfirrullahalazim."matanya melihat jam locengnya tepat jam 4 pagi.Rayyan mengeluh."Siapa dia sebenarnya?"soal lelaki itu.Tanpa membuang masa,Rayyan mengorak langkah menuju ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk.

                 Selesai solat Tahajjud dan Istikharah,Rayyan berdoa kepada Yang Maha Esa.Hatinya ingin tahu siapa wanita itu.Adakah itu jodohnya?

                "Ya Allah,kau ampunkanlah dosaku.Kuatkanlah imanku serta permudahkanlah urusanku.Ya Allah Ya Tuhanku,kau berikanlah ku petunjuk tentang siapa wanita itu.Adakah dia gadis yang ku cari selama ini?Andai dia jodohku,permudahkanlah pertemuan dan hidup kami.Kuatkanlah aku untuk membimbingnya menjadi seorang yang solehah.Amin."luah hati Rayyan.

                Pagi itu,Solihah seperti biasa bergegas ke kafe untuk membeli bagel dan kopi untuk Rayyan."Along,macam biasa."pesan gadis itu kepada Fatin.Fatin terus menyediakannya.Pada masa yang sama,Ellie juga menyediakan pesanan yang bersama cuma berlainan orang.Yang pasti,pesanan yang diterima oleh Ellie adalah untuk sepasang kekasih.Ada kad ucapan di dalamnya.Memang Kafe DeMaya menyediakn perkhidmatan 'manis' seperti itu.

                  Pagi yang kelam kabut membuatkan Fatin tertukar dengan Ellie.Solihah yang hendak bergegas ke pejabat langsung tidak menyedarinya lalu terus mengambil  pesanan itu.

                  "Morning,Encik Rayyan."sapa Cik Sal apabila melihat Rayyan Mikael Kim masuk ke pejabat.Lelaki kacak itu mengukirkan senyuman.Buka saja pintu biliknya,dia terus saja melihat kotak bagel bersama kopi di atas mejanya.Rayyan tersenyum.

                  "Good girl."katanya lalu membuka kotak bagel itu.Dia melihat sekeping kad ucapan kecil di dalamnya.Rayyan hairan lalu membaca kad yang asalnya bukan miliknya.

         "Hai.Kali ni,saya bagi bagel yang paling special untuk awak.Setiap kali saya belikannya untuk awak,hanya wajah awak yang saya bayangkan.Jadilah,nikmatilah kemanisan bagel ni dan seterusnya hubungan kita jugak.❤"

                    Rayyan mengerutkan dahinya."Dia ke?".Solihah terus dipanggil masuk ke dalam bilik Rayyan."Kenapa ni,boss?Kopi tu tak cukup panas ke?"soal Solihah risau.Ketika itu,dirinya masih takut dengan ketegasan Rayyan namun dalam hati tersimpan rasa suka."Apa ni?"lelaki itu menunjukkan sekeping kad ucapan itu.Kad ucapan kecil yang berwarna merah hati membuatkan Solihah juga terkejut.

SIBLINGS[F.A.D.S.A][COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang