we're here,,, finally meet again, because of one things that make us meet back after a few years... to save someone that very special for us. here we are,, the siblings ~~~
"Mana papa?"
"Kita kena selamatkan papa!"
"Malaysia?!"
"Kerja?"
"Nak stay ka...
Mereka menyalam Tok Wan sopan santun sekali."Kami kawan cucu Tok Wan."jelas Adam."Cucu?"soal Tok Wan.Gadis-gadis itu naik berjumpa dengan Tok Wan mereka."Tok Wan.."Tok Wan tersenyum melihat cucu-cucunya."Hampa rupanya.". "Makin hensem Tok Wan."usik Dee. "Biasalah..Tok Wan sapa?"mereka ketawa."Tok mana?"."Ada kat dapur.". Mira pun hanya tersenyum sahaja kerana dia memang tidak mengingati Tok Wan dan Tok Mah.
"Eh,ni mesti Mira kan?"soal Tok Wan."Ha.."."Besaq dah dia.Dulu ganas bukan main,mulut pot pet."Mira ketawa kecil.Tak sangka pula dia sebegitu ketika kecil. "Dah...jom kita pi dapoq.".
"Muka macam garang."kata Rayyan yang juga takut dengan Tok Wan."Kan."."Patutlah Mira aku pun garang."Emir mencelah. Tiba-tiba,Tok Wan beralih ke arah mereka."Hampa tunggu sat,satgi Tok mai."."Ok2."mereka mengukirkan senyuman takut-takut.
*** "Habihlah laki-laki hampa kena soal siasat."usik Mizah. Tok Mah ketawa kecil sambil memotong bawang."Eh..laki diorang je.Laki aku takde."kata Fatin awal-awal."Aku pun."Dee pun menyibuk. "Habis tu Adam tu siapa?"soal Ain.Tok Mah melayan saja kerenah cucunya.
"Amboi,gatai nah hampa."kata Tok Mah.Gadis-gadis itu tersenyum sementara pipi mereka kemerah-merahan."Tudia,amik setempek."kata Mizah lalu ketawa. Mereka pun ketawa mendengar loghat Mizah.
Tok Wan memandang mereka berempat atas bawah. "Hampa ni dari mana?"soal Tok Wan dengan suara komandernya."Kuala Lumpur.Tok Wan,apa khabar?"saja Ian mahu mengambil hati."Awat?Ada nampak aku sakit ka?"Ian menelan air liur setelah mendengar respon Tok Wan."Saja tanya."dia mengukirkan senyuman.
"Nama sapa?"soal Tok Wan kepada Ian."Ian.Yang ni Adam, Rayyan dengan Emir."dia terus memperkenalkan semua."Oh..kerja apa?"soalan seterusnya."Saya ada restoran kat KL."jawapan pertama dari Ian memuaskan hati Tok Wan."Saya CEO kat syarikat ayah saya."lagi memuaskan."Saya pun sama."masih menarik hati."Saya kerja dengan Encik Rayyan."manis Emir mengukirkan senyuman."Herm..."Tok Wan mula menganalisis mereka.
*** Selesai makan tengahari dan solat Zohor berjemaah,Rayyan dan Emir turun untuk mengambil beg mereka.Tiba-tiba,Tok Wan berdiri di beranda menghalang mereka. "Eh,hampa nak buat apa ni?"soal pesara askar itu."Kami nak bawak beg masuk dalam lah."jelas Rayyan.Tok Wan terus menggeleng."Tak boleh.Hampa tidoq homestay."balas Tok Wan."Hah??Mana pulak ni?"Emir mula merungut.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Sini.."tersergam indah homestay yang berwarna ungu tua itu.Memang cantik."Hampa semua tidoq sini.Rumah Tok Wan tu kawasan larangan.Hampa rehat-rehat dulu.Nanti masuk waktu Asar,Tok Wan nak hampa semua ada kat surau.Faham?"arah Tok Wan. "Faham.." suaranya mendatar daripada mereka."Faham ka dak?!" suara askarnya kembali. "Faham,Tok Wan!"mereka terus berdiri semangat.
Emir membaringkan dirinya di atas sofa."Penatnya.."dia melelapkan matanya sekejap."Takleh ke nak solat kat sini je?"soal Adam sedang meregangkan badannya yang lenguh itu."Kau nak kena tempeleng dengan Tok Wan garang tu?Tengok misai dia je dah buat aq gerun."balas Rayyan."Nanti kejutkan tau.Nak tido kejap."kata Emir."Ok."Ian pun melelapkan matanya juga.Last-last habis semua berdengkur tidur.
"Adam..."suara Natasya tiba-tiba muncul dalam mimpi Adam.Terus dia terbangun. "Ish,ape ke benda mimpi minah tu." katanya.Dia melihat jam dinding yang terlekat di atas tv.Matanya terbuntang. "Weih!Bangun woi!Dah nak asar dah!"dia mengejutkan Ian, Rayyan dan Emir yang sedang seronok dibuai mimpi.Ian bangun dengan muka bengang."Kacau ah!"dia menepis lengan Adam."Kacau?!Kau nak ke Tok Wan suruh kita pumping depan surau tu?Dah!Pergi mandi!" mendengar nama Tok Wan,mata Ian terus segar bugar.
Kereta Adam masuk ke dalam kawasan surau.Terdapat sesetengah orang kampung masih mengambil air wudhuk dan masuk ke dalam surau."Weih,kita taklah lambat sangat kan?"soal Rayyan. "Tak. Tepat-tepat je ni."jawapan daripada Emir melegakan hati mereka. Namun, bila mereka keluar sahaja daripada kereta..kelihatan Tok Wan sudah berdiri terpacak di depan pintu surau.
"Assalammualaikum,Tok Wan." mereka menyalam Tok Wan seperti tiada apa-apa yang berlaku.Wajah Tok Wan mereka tidak berani pandang. "Waalaikumussalam.Awat lambat?" soal Tok Wan."Mana ada.."Emir secara drastik menjawab tapi terhenti bila Tok Wan melihatnya."Dah!Masuk." Emir terkena pandangan tajam itu lagi."Kau memang berani bro."kata Rayyan kepada Emir.Dia menunduk kesal dengan perbuatannya.
Mereka masuk ke dalam saf pertama.Tiba-tiba,Tok Wan mencuit Emir."Pi azan."hati Emir terus berdebar."Azan?"soalnya sekali lagi."Hang mau ka tak mau?"soal Tok Wan."Mau2"dia terus kehadapan lalu melaungkan azan.Sebenarnya saja Tok Wan mahu menguji Emir.Suara Emir sedap saja didengari ketika melaungkan azan membuatkan Tok Wan mula berkenan dengannya.
Selesai solat Asar,Tok Wan berjumpa dengan mereka berempat sebelum pulang."Sedap jugak noh suara hang."puji Tok Wan.Emir tersenyum dengan pipinya yang merah."Kembang lah tu."Ian membisikkan sesuatu kepada Adam. Adam hanya tersenyum."Satgi mailah rumah.Tok Mah ada buat kuih sikit. Sambil tu kalau nak dating pun boleh." usik Tok Wan."Kami datang Tok Wan,jangan risau."cepat saja Rayyan memberi jawapan.Mereka ketawa.
*** "Banyaknya tok buat kuih."Mira terus mengambil kuih lapis yang sudah dipotong."Ala,buat ngan kak hang.Cepat sikit.Eloklah tu hampa kan ramai."kata Tok Mah. Mira melihat Fatin yang tiba-tiba rajin hari ni."Rajin kau harini Kak Long.Semalam mimpi apa?Mimpi dah kawin ngan Syed?"usik Mira.Fatin menjeling."Syed?Sapa tu?"soal Tok Mah."Alah..Syed tu.."Mira mula membongkar rahsia.Fatin cepat-cepat menekup mulut Mira.
"Syed tu kawan Fatin je."dia memberi alasan."Ya Allah, pasaipa hampa ni?"Tok Mah tersenyum melihat kerenah dua beradik itu.Fatin terus melepaskan tekupan itu."Tok kenai Syed Syazwi yang hensem kat tv tu."serta merta Mira mengiyakan."Ha!Syed yang tu lah!"katanya.Muka Fatin terus cuak.Tok Mah pun terkejut. "Amboi, class hang Fatin oi."Fatin tertunduk malu.
Tiba-tiba,Mizah muncul. "Fatin,jom ikut aku pi pekan sat.Ada barang nak beli."ajak Mizah. "Herm.. oklah.Tok,Fatin pergi pekan jap."dia menyalam Tok Mah."Hati-hati.".Fatin menampar belakang Mira."Kau jangan nak melantak je,pergi sambung kerja aku."arah Fatin. "Hurm..".
*** Fatin melihat kembali Instagram Syed.Sibuk benar dia dengan kerja."Call lah dia."kata Mizah. "Hah?Takpelah.Aku takut dia busy ke rehat ke.Waktu kat sana dengan kat sini lain."Mizah menjeling. "Alasanlah.Hang kalau rindu,call jalah. "dia mula berleter."Kau tu?Tak rindu si dia ke?"soal Fatin pula."Dia dah call aku tadi.Hang tu.Call jalah Syed tu."Mizah menyuruh Fatin melakukannya juga.